Tuesday 3 May 2011

Camne kalau takde Cina dalam Kabinet???

Okay, camne kalau takde Cina dalam Kabinet??? Soalan cepumas tu! Mari kita perjelaskan lagi. Kalau takde sorang pun Cina duduk dalam Jemaah Menteri, boleh kah BN terus memerintah negara ni? Ini soalan realistik dan praktikal yang harus dijawab oleh semua yang inginkan BN terus menerus berkuasa.

Sebelum Pilihanraya Sarawak bulan lepas, Dato Najib dah berkali-kali sebut yang BN mesti meletakkan winnable candidates untuk menjamin kemenangan parti dalam setiap pertandingan.

Winnable candidates! Winnable candidates! WE WANT/ NEED WINNABLE CANDIDATES!!!

Dengar tak??? OOOiiiiii!!!  Dengar, memang semuanya dengar. Hari-hari sebut 'winnable candidate' - pekak, kalau tak dengar, bodoh, kalau tak faham...dan pendek umur, kalau tak nampak!

Tapi yang takut pendek umur tu, diorang tu tau ke abende "Winnable Candidate" tu beb???

Cuba tanya diorang, dia tau ke apa makna "Winnable Candidate" tu! Dato Najib dah berkali-kali kata winnable candidate adalah calun-calun yang dikenalpasti boleh menang dalam pilihanraya, tak kira lah pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Faham?

Tak berapa faham iya? Okay, gini.... Candidate atau calun yang dipilih untuk bertanding mewakili BN (saya sebut BN sebab parti lain tak pakai syarat sama - diorang hanya pilih calun yang anggap Anuwar anugerah Tuhan aje, senang cerita) mestilah calun yang boleh menewaskan calun parti lawan, yang punya rekod cemerlang dan lebih baik lagi kalau dia boleh menyebabkan calun lawan tersebut hilang wang pertaruhan. Tapi dalam pada BN nak mencari winnable candidate ni, ngapa masih ada masalah jugak untuk calun BN nak menang ekkk?

Sebenarnya nak mengalahkan calun parti lawan dalam pilihanraya bukanlah sesuatu yang mudah,... tetapi ia bukan jugak suatu perkara yang mustahil. Saya ingat saya nak ajak bro dan beb di luar sana untuk kita sama-sama mengenalpasti dan menentukan Winnable candidates untuk BN - untuk memudahkan kita bila masanya tiba untuk kita buat pemilihan.

Pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebenarnya petunjuk yang maha jelas tentang siapakah winnable candidate yang patut BN cari. Sarawak is a very telling election...one very clear thing it's telling is that - it is of no consequence what BN gives, what BN promises to give or what BN has given...the Chinese voters there simply do not want BN. Get it??? So...what should BN do? Anyone???


Baik, mari kita fikir balik. Sewaktu BN kehilangan lima negeri dalam Pilihanraya 2008, ada tak buat post mortem sejujur-jujurnya tentang sebab-sebab kekalahan tersebut? JUJUR tu maknanya kajian penilaian yang telus dan menyingkap kebenaran, yang tak menipu para penyokong parti...dan yang lebih penting lagi yang tak menipu diri sendiri.

Kalau sakit jumpa doktor. Bila jumpa doktor, kena bagi tau tanda-tanda atau symptoms (kata orang putih) yang betul. Sebab kalau doktor buat diagnosis yang salah disebabkan maklumat symptoms yang tak betul, macam mana penyakit nak diubat??? Silap-silap kaki yang tak sakit pulak yang kena potong, kan ke masalah? Itu analogy yang paling mudah nak faham.

Senang, begini ajelah...kita kena bagi rakyat apa dia nak. Kalau dia nak DAP, bagi dia DAP. Kalau dia pilih PKR, biar dia tunggang terbalik dengan PKR.

Tapi kalau pengundi Cina misalnya tak nak BN, janganlah pulak bagi lebih lagi gula-gula...sedaplah dia. Dah lah tak pilih BN, tambah pulak habuan, mana ada lojik! Ambil balik gula-gula pada diorang tu, kensel! Gula-gula tu bukan saja peruntukan ok bro - tapi termasuklah dasar, peraturan pembahagian kek ekonomi dan segala-gala yang manis yang selama ini dinikmati tanpa menghargai susah payah ianya dirundingkan dengan kaum-kaum lain yang juga rakyat Malaysia. Bagi gula-gula ni pada tempat dan kawasan yang pilih calun BN, selesai masalah. Secara otomatik, calun BN semua akan terjamin jadi winnable candidate sampai bila-bila. BN kan dacing, jadi kenalah tunjuk keseimbangan. Orang sokong kita, kita sokong dia. Orang tak sokong kita, jangan pening kepala - biar dia mintak pada orang yang dia sokong. Selamat duit BN! Taklah muflis negara, macam kata Idris Jala.


Dato Najib buat panggilan kepada MCA (rakan komponen BN) khususnya untuk menangani isu pengundi Cina yang jelas lari dari memberi sokongan kepada BN. Ramai penyokong BN ingatkan Soi Lek akan beri komitmen kepimpinan MCA untuk ini tidak terus berlaku pada PRU 13 nanti - rupanya tidak. Sebaliknya dia kata kalau payah-payah sangat, tak payah letak wakil Cina dalam Kabinet. Jadi, ketuanya dah buat keputusan gitu, oklah. Jangan kelahi, bagi dia apa dia nak. Soi Lek lebih kenal bangsa dia - jadi kita jangan pertikai. Sikap 'menyerah sebelum kalah' ni dah cukup untuk membantu BN mengenalpasti winnable candidate yang sesuai bagi pilihanraya umum yang bakal tiba.


Pengundi Cina memang terkenal mengundi  berdasarkan isu - dan bukan atas dasar kepartian.




Trend ini jelas kita dapat lihat selepas sedozen pilihanraya. Takkan tak pandai-pandai lagi menilai, beb? Alah bisa tegal biasa...peribahasa lama tu besar hikmahnya, BN kena ambil iktibar dan bertindak dengan bijaksana!

4 comments:

  1. Suroh aje MCA/Gerakan letak winnable candidate di tempat majoriti cina. Biar dia orang bertarung dengan DAP. Barulah kita tau "winnable candidate" nya menang atau tidak. Semua kerusi UMNO ditempat-tempat majoriti melayu MCA duduk dulu diambik balik ke UMNO...senang bicara. Lagi pun MCA kata kalau kalah dan tak dapat sokongan pengundi cina rela tak letak wakil dalam kerajaan. OK, kalau begitu biar dia jadi hantu diluar gelanggang dari duduk didalam. Senang BN buat dasar negara tanpa gangguan cina dalam kabinet. Hiphip horay malaysiaku berjaya tanpa cina.

    ReplyDelete
  2. Macamana melayu Singapura dibuat oleh Lee Kuan Yew hingga suara melayu disana hilang macam itulah baiknya kalau berlaku dengan cina di Malaysia. Itupun cina Malaysia nasibnya baik lagi dibawah UMNO hingga masih boleh dapat biasiswa kerajaan, dan masih ada pegawai polis cina dan juga dalam tentera serta jawatan tinggi ditempat lain-lain dalam kerajaan Tetapi di Singapura adakah kerajaan PAP bagi anak2 melayu Singapura peluang biasiswa serta jadi pegawai tinggi seperti KSU dalam kerajaan. Kerja jawatan rendah dan membersihkan tandas adalah.Tak duduk dalam kerajaan pun cina tak mampus atau rugi jadi biar lantak cina hilang suara dalam kerajaan. Bukan membantu kalau ada dalam kerajaan tapi menyemak aje.

    ReplyDelete
  3. Ala..tak payah tunggu PRU 13. Sekarang ni pun MCA boleh letak jawatan. Jadi kalau muka tau malu MCA kena pulang balik jawatan menteri kepada UMNO yang banyak menang kerusi DUN dan Parlimen. Cakap besar je Soi Lek memang dasar talam dua muka dan lidah biawak. Najib patut jangan layan lagi muka yang kalah ini. Termasuklah calon UMNO. Kalau dah kalah tu pencenkan dia orang. Jangan bikin malu BN daa!!!

    ReplyDelete
  4. SANGAT SETUJU BRO DENGAN ULASAN YOU. YAB DATO SERI PERDANA MENTERI, PLEASE, JANGANLAH BAGI APA APA KEPADA BANGSA CINA YANG TIDAK MENGENANG BUDI. BIAR MEREKA BERAMBOS BALIK KE TANAH BESAR CINA. TANAH MELAYU MILIK MELAYU. KALAU TAK NAK UNDI MELAYU, PERGILAH MAMPOS.

    BERILAH GULA GULA KEPADA MEREKA YANG SETIA MENGUNDI KITA.

    TQ

    ReplyDelete