Monday 9 May 2011

Siapa letak Malaysia nombor corot???

Kita baru aja dapat report card...nombor 141 rupanya kita, beb! Malaysia antara yang tercorot dalam senarai Indeks Kebebasan Akhbar negara-negara di dunia yang berjumlah 178 kesemuanya.

 Reporters Without Borders (diterjemahkan Wartawan Tanpa Sempadan) yang bertanggungjawab meletakkan Malaysia di kedudukan tu mengatakan setelah mereka membuat penilaian melalui soal selidik (questionnaire) mereka dapati bahawa Malaysia adalah di kalangan negara yang banyak menganiaya dan menyekat kebebasan bersuara melalui akhbar. Antara begitu banyak jahil dalam dunia, agaknya inilah kumpulan jahil yang terbesar sekali yang ada.

Jadi siapa 'menatang' yang letak Malaysia nombor corot ni??? Kata orang tua, kalau nak tau baik seseorang - tanya pada kawannya. Nak tau buruknya - tanya pada musuhnya. Cuba geng semua teka di mana duduknya Amerika dalam senarai indeks rekaan ini? Tau takpe... (tepuk tangan sikit sebab pandai)...tentulah dalam kalangan 20 anak mata tangga teratas sekali. Kalau letak nombor 1, nampak sangat pulak masuk bakul angkat sendiri, iya tak? Jadi letaklah nombor 20 - ngam-ngam supaya orang tak bising sangat. Tak payah jawab guna soal selidik pun kita dah boleh buat kira-kira tu, betul tak?

Tapi cuba tanya diri kita sendiri, masuk akal tak Amerika dapat nombor 20 ni?

Mengikut kata La Presse Sans Frontieres yang berpengkalan di Paris ini, Indeks Kebebasan Akhbar yang mereka siarkan ini hanya mengukur tahap pencabulan kebebasan akhbar sahaja - dan tiada kaitan dengan pencabulan hak asasi manusia. Apa tu ehh??? Dan satu lagi, indeks ini jugak dikatakan tidak mencerminkan mutu akhbar/kewartawanan di negara-negara berkenaan....???? Lagi golmarrr...@#*!^...
Trust these idiots to come up with such ambiguity to cover up their nebulousness...


Indeks ini hanya membayangkan tahap kebebasan yang dinikmati oleh wartawan atau pertubuhan berita di sesebuah negara dan sejauh mana pihak berkuasa di negara berkenaan menghormati atau menjamin kebebasan ini dihormati.

Jadi,

Soalan: Bagaimana Indeks ini dikira???

Jawapan: Okay, satu soalselidik (questionnaire) mengandungi 43 kriteria telah dirangka oleh Reporters without Borders ini yang meliputi perkara-perkara:

1) pencabulan kebebasan secara langsung kepada pemberita/wartawan e.g. dibunuh, dipenjara, diserang secara fizikal, diancam/ diugut dsb.

2) pencabulan kebebasan media e.g. censorship, akhbar ditutup secara paksa, rampas peralatan, arahan geledah, penderaan dsb.

3) tahap perlindungan yang dinikmati oleh pihak yang bertanggungjawab mencabul kebebasan ini dari dinikmati

4) ukuran tahap self censorship di setiap negara

(Sila ambil perhatian: Penilaian dibuat atas pencabulan kebebasan pemberita/wartawan atau badan berita berkenaan. Pencabulan yang dilakukan oleh wartawan atau badan berita berkenaan terhadap komuniti atau negara berkenaan tak perlu diambil kira! Boleh??? )

Soalan: SIAPA yang jawab soalselidik ini???

Jawapan: 15 kumpulan yang bebas bersuara (freedom of expression groups) yang telah dikenalpasti di 5 buah benua di dunia terdiri dari 140 correspondents (antaranya pemberita/wartawan, pakar kajiselidik, ahli perundangan dan aktivis hak asasi manusia) yang termasuk dalam rangkaian ini akan menerima soalselidik ini untuk di isi.


Siapa dan apa identiti 15 kumpulan yang bebas bersuara ini, wallahu a'lam...

Berdasarkan jawapan dan soalselidik yang 140 makhluk ini lengkapkan, maka negara-negara yang dinilai termasuk Malaysia akan menerima ranking atau kedudukan mereka dalam senarai indeks yang disebut. Bagus kan? Macam sial!!!

Tapi nanti dulu, belum habis lagi - ada satu lagi report card yang Malaysia dapat... ini pun markah kita kurang baik jugak.

Pada 28 April yang baru lalu,  Bank Dunia (World Bank) mengeluarkan Laporan yang mengatakan   dasar-dasar Malaysia sendiri yang telah menjadi senjata makan tuan dan menjadi penyebab utama berlakunya "brain drain" di negara ini.

(Takrif brain drain - ketirisan tenaga cerdik pandai atau talents ke luar negara)

Laporan itu turut menghujjah bahawa jika dasar-dasar ini dibiar berterusan - jangan harap Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Lebih kurang gitulah isi kandungan Laporan tersebut...

Philip Schellekens, ahli ekonomi di World Bank yang turut menulis laporan ini juga berkata ini adalah petanda kritikal yang menunjukkan bahawa sudah tiba masa para pembuat dasar negara kita perlu mengganda usaha menarik dan mengekalkan talents  ini dengan cara menghapuskan dasar-dasar yang pada awalnya menjadi sebab kumpulan ini tidak berpuas hati.

Sebenarnya adalah mustahil untuk sesiapa memahami atau menerima struktur kaum di mana-mana negara dan seterusnya dasar-dasar yang lahir dari kedudukan struktur tersebut - tanpa memahami atau mendalami sejarah bangsa serta negara berkenaan. Hanya apabila kita mempelajari sejarah Amerika atau asal usul apa yang dikatakan The Wild West serta kedudukan dan status kaum asli Red Indian - maka kita akan dapat memahami perihal serta muslihat sebalik dasar bangsa orang putih yang datang menakluki mereka. Begitu juga di negara Malaysia ini, dasar-dasar inclusiveness dan affirmative action yang menjadi asas kepada struktur pentabiran negara perlu difahami dari perspektif penduduk asal Tanah Melayu yang terpaksa menjaga hak kepentingan mereka yang sentiasa kena beralah dengan setiap kaum dan pihak yang datang tak henti-henti menuntut bahagian mereka. Seperti Kisah Arab dengan Unta, fahamlah bahawa orang-orang Melayu di Tanah Melayu tak berminat di 'unta' kan oleh sesiapa.

 Jadi siapakah talents yang menganggotai diaspora yang kononnya mengakibatkan fenomena brain drain kita di Malaysia ni?

Menurut Philip Schellekens, taburan 57% dari diaspora ini berada di Singapura, manakala baki 43% terdapat di Australia, Brunei, United Kingdom dan Amerika Syarikat - seterusnya 90% dari jumlah keseluruhan diaspora ini terdiri dari kaum Cina. Inilah dia kelompok talents yang perlu kita sembah tepak sirih untuk balik ke Malaysia...kalau tidak kata Philip, tak taulah apa nasib negara kita ni pada tahun 2020 nanti.

Nampak tak?


Talent Corporation kita tak perlulah hilang punca nak menyelesaikan masalah brain drain ni! Bukan 90% tu sahaja yang mampu menjadikan kita negara maju yang berpendapatan tinggi. Malaysia tidak menjadi negara maju seperti sekarang dengan bergantung kepada diaspora ini.  Yang penting kita jangan menidakkan talent tempatan yang belum kita manfaatkan sepenuhnya. Dan yang lagi penting, bangsa kita yang merdeka jangan dibiar lagi dijajah secara halus melalui report card yang ibarat gunting dalam lipatan ini.



What is important is to attract the 'right' talent - not just those that will significantly do good for our nation's GDP, balance of payments, good name and reputation...but also those that are unabashed about their citizenry and will not so easily flee the country at the first sign of problems. Let's be honest about this. You'd be a fool to expect the same loyalties from people who do not think twice about moving to where the grass (and cash) is greener - and another  that lives by the proverbial code of "though it rains gold in another's country and rains pebbles in yours - your country is by far better"! 

This is what distinguishes the true Malaysians from the worthless imitations. So why lose sleep over the fabricators of these report cards anyway? 

REALLY...WHO THE HELL DIED AND MADE THEM KING???

3 comments:

  1. Tengku Cicin, analisa yang sangat bagus, "by a local writer" mind you, menangkis pandangan2 negatif dan sangat2 berat sebelah. Kalau tanpa dasar2 kerajaan yang membantu dan mempertahan hak2 bumiputera selama ni, dah lama negara kita jadi lebih teruk dari singapura dilanggar "penyamun2". Do keep writing in your blog highlighting against issues that are insulting to our poeple and this nation. May Allah blessed you for your effort. TQ.

    ReplyDelete
  2. Setuju dan sokong panndangan anda. Memang la Amerika nampak cantik dapat nombor 20 sebab dia guru besar @ setan besar yang buat report card. Negara lain macam malaysia dia kata takde freedom of the press and lack of democracy. Macam lah Amerika tu bagus sangat, macam dia takde problem racial politic, fundamental rights and freedom of the press. Mana dia orang dapat maklumat pasal malaysia ni dari Anu War, Kit Siang atau Kapal Sink. Bukan kah depa tu pakar2 talibarut Amerika... anak pistol (son of a gun).

    ReplyDelete
  3. As'alaikum Lord! Sebenarnya 90% yang lu cakap tu dah mula tak diterima dinegara luar sana. Isu brain drain dan capital flight ni kebanyakkan nya dari kaum cina yang lari masa malaysia susah dan miskin dulu tapi sekarang dah lain. Australia, UK, US semua dah rimas menengokkan bangsa ni menyemak kat tempat diorang. Singapura pun dah mula sekat tuntutan diorang nak milik hartabenda kat sana. Biasalah, bila mangkuk ni mula susah atau dah tak dapat nak mengaut harta kekayaan dia mulalah cari tempat lain...atau balik ke Malaysia yang dulu diorang tinggalkan. Gua pikir tak yah bagi can kacang2 yang lupakan kulit ni balik. Kalau kat UK atau Amerika, sekali lu give up citizenship, sampai sudah takkan dapat balik. Jadi kenapa kita kat Malaysia ni jadi "suckers"??? So jangan bagi balik kerakyatan nya dia berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete