Friday 10 June 2011

PAS Sudah Tidak Relevan!

Muktamar PAS sudah beberapa hari berlalu, namun jurucakap-jurucakapnya yang cuba memberi statement atau kenyataan nampaknya bersalah-salahan, hilang fokus dan tak konsisten. Semakin mereka nak defend, semakin teruk imej PAS!

1. Dalam keghairahan mempertahan dan memberi rasional keputusan pemilihan pucuk pimpinan baru  PAS,  Zulkifli Yahya, Pengarah Urusetia Penerangan PAS negeri Kedah menegaskan bahawa semua keputusan pemilihan yang dibuat adalah 'kebetulan'.
  • Kebetulan pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu dan bukan ulamak
  • Kebetulan Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat adalah dari gulungan ulamak, dan
  • Kebetulan jugak 13 dari 17 kepimpinan Pemuda baru PAS adalah dari kalangan ulamak
Pendek kata keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang baru adalah keputusan individu perwakilan yang semuanya kebetulan dan bukan hasil perancangan mana-mana pihak dan lebih penting lagi bukan dorongan dari mana-mana kumpulan. 

Betul ke keputusan pemilihan Muktamar PAS ke 57 ini suatu 'kebetulan'? Munasabah ke dalam politik ni semuanya berlaku secara kebetulan dan tak ada satu habuk perancangan dari mana-mana pihak? Maknanya semua yang bertanding tu masuk buta lah iya? Maknanya perwakilan yang memilih tu pun tak sikit pun berbincang atau membuat perbandingan tentang siapa yang layak mendapat undi mereka ke? 

Kita pun faham - tak ada siapa nak mengaku parti dia buruk atau lebih teruk lagi 'dikuasai oleh sesiapa' betul tak? Tapi kalau 'deny' pun, janganlah sampai 'in denial'! Tak lojik dan jadi bahan ketawa orang akhirnya.

PAS kena berhenti melihat UMNO sebagai bahan igauannya. Itu masalah psikologi yang serius tu.

Can somebody please tell PAS that not everything that goes bump in the night is UMNO!

2. Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man (pemecah undi pertandingan Timbalan Presiden) pula tidak langsung mencerminkan seorang yang berlatarbelakangkan akademik. Bukan sahaja dari lawak bodohnya yang merujuk kepada bomoh dan teknik picit lada hitam untuk menghalau hantu yang kononnya merasuk UMNO (betul ke Tuan Ibrahim ni ustadz?) tetapi juga dari dakwaan tak berasas yang mengatakan bahawa PAS memutuskan untuk menumpu kepada Negara Kebajikan kerana melihatkan UMNO gagal memberi kebajikan kepada rakyat marhaen...???

Tuan Ibrahim ni duduk kat Twilight Zone ke? Dia tak nampak ke Kerajaan UMNO/BN dah mengubah hidup masyarakat negara ni dari zaman kereta lembu hingga ke era 'sky train'? Universiti tempat dia dapat ijazah tu bukan ke Kerajaan UMNO/BN yang dirikan? Bukan ke jemaah Haji PAS jugak sama-sama menikmati perkhidmatan Tabung Haji (sistem yang diilhamkan oleh Kerajaan UMNO/BN) dan sekarang diambil sebagai contoh di negara-negara luar? Bukankah bantuan dari Pejabat Kebajikan diterima oleh semua rakyat tak terkecuali PAS? Tak berterima kasih dahlah satu hal - tak bersyukur tu rasanya dah keterlaluan. Adatlah tak semuanya sempurna, yang tak ada cacat cela hanya Allah swt sahaja.

Malah sewaktu berlaku peristiwa rusuhan di Mesir, takde pulak Kerajaan UMNO/BN membezakan antara anak-anak PAS dan anak-anak UMNO. Semua pelajar dan rakyat Malaysia di selamatkan dan di bawa balik ke tanahair. Itupun ada yang mengajar anak-anaknya "Tak payah ucap terima kasih"...Baguslah PAS, mengajar anak-anak mudanya biadab dan tak mempunyai fitrah.

Jadi cuba jelaskan dan beri contoh kegagalan Kerajaan UMNO/BN dalam memelihara kebajikan masyarakat di negara selama ini. Atau lebih baik lagi - cuba Tuan Ibrahim buktikan bagaimana Kerajaan PAS menjaga kebajikan masyarakat marhaen di negeri-negeri bawah pemerintahan mereka seperti Kedah, Perak dan jugak Kelantan selama ini!

Apa kemajuan mendadak dalam kehidupan rakyat marhaen Kedah yang dibawa oleh PAS sejak 2008? Yang kita nampak di Perak, walaupun sekejap, Nizar membuktikan bahawa dia memelihara kebajikan masyarakat Cina dengan memberi hak milik tanah sampai lebih tujuh keturunan pada mereka. Mana dia 'gagasan besar' PAS di Kelantan yang dah diperintah lebih 20 tahun? Tak nampak pun! Jika benar kebajikan rakyatnya dijaga, mengapa tanah orang Asli di Gua Musang diambil dari mereka? Itu bukan setakat mengabaikan kebajikan rakyat...tetapi jatuh 'zalim' lagi. Bukankah orang Asli termasuk dalam takrif masyarakat marhaen juga?

Tuan Ibrahim kata mereka (PAS) terpaksa menjaga kebajikan rakyat kerana UMNO sibuk menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak. Amboi, amboi...sedapnya mengata.  Cuba kita tanya Tuan Ibrahim - Mohd Ariffahmi, menantu Nik Aziz yang dia lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (GLC negeri) pada tahun 2009 dulu tu, bukan kroni ke? Fatwa apa yang Tok Guru bagi untuk menghalalkan anak menantunya mentadbir kewangan negeri? Yang itu tak salah pulak pada mata PAS, tapi kalau UMNO...

Dan bagaimana dengan anak-anak Nik Aziz (Nik Abduh) dan Hj Hadi (Muhamad Khalil) yang menang dalam kepimpinan muda PAS pada Muktamar yang sama? Bukankah itu usaha bapak-bapak meluaskan sayap kekuasaan mereka melalui kroni-kroninya? Anak Nik Aziz sendiri diberitakan terkejut dengan keputusan pemilihan dan mengakui kemenangan dia adalah disebabkan pengaruh bapanya. Kroni lah tu, Tuan Ibrahim oi!

Apa penjelasan Tuan Ibrahim tentang dana KOHILAL (Koperasi Al-Hilal) sebanyak RM 45 juta yang dikendalikan oleh ahli lembaganya yang kebanyakannya ahli PAS pada tahun lalu? Kata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerugian dana yang sebegitu besar dijana dari sumbangan ahli-ahli seramai 20,000 orang - adalah kerana silap percaturan dalam pelaburan. Kalau PAS tak mampu menjaga dan tak bijak mentadbir kepentingan 20,000 ahli KOHILAL, macam mana dia nak menjaga kebajikan hampir 27 juta rakyat satu Malaysia???

Itu kita tak tanya lagi bagaimana dengan nasib masyarakat marhaen di negeri yang diperintah oleh rakan pakatan PAS iaitu DAP seperti Pulau Pinang? Kalau kebajikan (yang kononnya intipati negara Islam) menjadi  matlamat PAS, kenapa mereka berpeluk tubuh dan tak menawar apa-apa bantuan kepada penjaja-penjaja yang diancam mata pencarian mereka oleh Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang? Bukankah penjaja-penjaja itu rakyat marhaen?

3. Mat Sabu pulak buat statement yang dia kesian pada Dato Sri Najib sebab kononnya konsep negara kebajikan telah tidak difahami oleh YAB Perdana Menteri negara ini.

Mat Sabu
Rasanya lebih ramai yang patut kesian kat Mat Sabu. Kail panjang sejengkal, lautan dalam nak diduga. Tanggungjawab dan tuntutan menjadi kepimpinan no. 2 dalam parti nampaknya terlalu besar dan tak tertanggung olehnya. (Nasib baiklah No. 2 UMNO, Tan Sri Muhyiddin, Menteri Pelajaran kita habis sekolah dan bijak mentadbir). Jadi Mat Sabu akan buat apa yang dia mampu buat. Dengan kecetekan otak dan keceluparan yang ada padanya Mat Sabu akan melaksana misi membawa budaya samseng masuk sebagai packaging baru PAS. Dia akan tunjuk yang dia tak makan saman dengan Kerajaan BN dan dia tak hairan dengan sebarang undang-undang atau peraturan. Dia akan mengepalai demonstrasi jalanan pada Julai ini dan dia akan mengheret ahli-ahli PAS untuk meniru tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir, Iraq, Syria, Yaman, Libya dan lain-lain negara sepertinya. Dia akan galakkan PAS buat demo berbulan-bulan sampai runtuh ekonomi, sampai menyusahkan orang nak berniaga, memasalahkan mereka yang nak pergi kerja, dan nak mencari rezeki (seperti yang berlaku di Thailand)!

Itulah KEBAJIKAN yang akan dibawa oleh Mat Sabu yang pro Syi'ah. Padan dengan muka PAS. Pilih punya pilih, dapat pemimpin kepala langgar tembok. Bodohlah UMNO nak bersatu padu dengan orang kepala giler ni!

Jadi memang betul cakap Dato Sri Najib tu. BN memang dah lama ujudkan negara yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyatnya. BN dah lama mengikut ajaran dalam Quran. Yang kita tanya ni, kalau betul macam kata Haji Hadi, negara kebajikan tu dah ada dalam Quran, kenapa PAS baru sekarang nak buat? PAS ni tak menjawab soalan. Balik-balik dia kata UMNO/BN takut...UMNO/BN lemas..UMNO, UMNO, UMNO...semua UMNO jugak. Kita tanya sebab double standard yang jelas diamalkan oleh PAS membuktikan bahawa Negara Kebajikan yang dikatakan anjakan paradigma PAS sebenarnya hanyalah slogan politik bagi memancing undi bukan Islam di PRU 13 nanti.

4. Timbalan Canselor UNISEL, Prof Zainal Abidin Kidam pun tumpang sekaki buat comment jugak bahawa demikianlah  tahap pemikiran Dato Sri Najib yang tak cukup info (maklumat) tentang negara Kebajikan. Prof Zainal ni buat degree dia di mana? Membodohkan orang lain tapi penyudahnya menampakkan kebodohan sendiri.  Kalau pun nak mempertahankan ucapan pemimpin tertingginya yang dikatakan penuh ilmiah, dengar lah dulu betul-betul. Dato Sri Najib telah membuat statement memberi pendapat bahawa Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar parti itu baru-baru ini yang bertema "Membangunkan Negara Berkebajikan" hanya untuk menghadapi PRU 13.

Blogger ni tak nampak apa salahnya pendapat Dato Sri Najib tu. Adalah sesuatu yang memang boleh diterima akal bahawa Ucapan Dasar atau Keynote Address seorang pemimpin akan menggaris blueprint yang bakal mencorak road map organisasi (parti) yang tentu sekali tidak lari dari strategi memasuki gelanggang PRU 13 yang bakal menjelang. Apa yang nak terasa dengan statement tu? Bodohlah kalau Hj Hadi tak menggunakan kesempatan Perhimpunan yang sebegitu besar untuk menyampaikan amanat dan pesanan azimat kepada ahli-ahlinya. Malah saya nak galakkan umum untuk download dan baca sendiri. Jangan dengar cakap mereka-mereka yang berkepentingan dan defensive ini - baca sendiri dan buat penilaian, itu kan lebih professional dari memaki hamun, berprasangka dan melatah macam orang tak sekolah (oop, sori Mat Sabu).

So what in heaven's name... is the problem? Actually, here's the deal...

Perubahan dasar perjuangan parti PAS dari menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan seperti yang diumumkan oleh Hj Hadi baru-baru ini sebenarnya lebih menggegarkan realiti parti PAS dan ahli-ahlinya. 

Parti-parti lain sikit pun tak terjejas - apatah lagi UMNO. Tak jadi kudis langsung walau pun PAS nak tunggang terbalik.  Tapi bagi PAS, bila kena tanya sikit, macam kena peluru sesat...bersepah-sepah air liur Mat Sabu menyuruh Dato Najib diam, melalut-lalut Tuan Ibrahim nak pertahan sampai keluar cerita halau hantu pakai lada hitam...pendek kata bertabur-tabur PAS sedangkan UMNO tak buat apa-apa pun.

Saf kepimpinan Welfare
Ooo iya...Mat Sabu juga ada berkata bahawa dia sanggup bertanding (pada PRU 13 nanti) di kawasan yang majoriti banyak Cina pulak tu (tak semestinya Melayu) contohnya  Kawasan Bukit Bintang. Jadi kita memang tak sabar nak menengok keberanian Mat Sabu bertanding di situ. Itu pun kalau DAP bagi. Tapi...perasan tak? PKR dengan DAP senyap tak kata apa-apa...macam orang terkedu! Hj Hadi ni dah bincang dan dapat izin ke dari Godfather dia, DAP (Lim Kit Siang) nak tubuh negara kebajikan? Ke dah ada masalah??? DAP boleh bagi ke kawasan Bukit Bintang pada Mat Sabu? Katanya DAP lebih respect kat Mat Sabu daripada dua calun Timbalan yang bertanding! Jadi kita cabar Mat Sabu untuk bertanding di Bukit Bintang. Jangan cakap aja besar. Kalau tengok sejarah Sarawak, satu kerusi pun PAS tak menang. Sebelum bertanding, cakap takbur dan riak. Bila keluar keputusan, PBB yang sapu bersih. Syabas rakyat Sarawak!

5. Untuk kekal dalam politik, adalah sangat penting bagi sesuatu entiti itu terus menerus relevan!

Entiti yang dimaksudkan boleh mengambil bentuk personaliti atau individu, organisasi atau pun ideologi perjuangan.

Istilah 'relevan' mensyaratkan supaya individu, organisasi atau perjuangan berkenaan menepati tuntutan konteks politik yang menjadi persekitarannya. Ini sangat penting kerana sebaik sahaja entiti itu sudah tidak relevan pada mata umumnya, dia akan serta merta kehilangan peminat, luntur sokongan dan seterusnya tidak lagi menarik perhatian audience nya.

Having said that, it is crucial in politics, to stay relevant - if you're serious about staying in the game.... 


Apabila seseorang pemimpin, atau parti atau asas perjuangan parti itu dianggap relevan, secara otomatis kerelevenan ini akan menyumbang kepada kewibawaan pemimpin, parti atau perjuangan berkenaan. Kerana itulah, manifesto parti amat penting kerana ia mengabadikan asas perjuangan yang menggariskan segala dasar yang menjamin parti itu kekal relevan di hati pengikut dan penyokong.

Jadi PAS tak usah perasanlah yang UMNO ni kemaruk sangat nak bersama. Kita tak nak lagi Trojan Horse di kalangan kita, yang ada tu semua tunggu masa je. PAS sudah tidak lagi relevan kawan-kawan...tinggalkan, tinggalkan!

8 comments:

  1. Tuan Utopia, ce dengor Aki nak cerite sikit perangai PAS zaman ni...masa dulu Aki duduk bersebelah jiran dengan PAS takde masaelah pun--- boleh bertegor boleh bersalam. Tapi sekarang Aki pelek sampai ada dua imam bila sembahyang kat mesjid. Siap maki hamun ngata UMNO zalim/kapir/perompok wang rakyat dan banyak lagi kata nesta yang kesat. Cakap gitu tak dosa pulak kalau PAS? Gamoknya PAS dah terencat akai tak? Termakan siput babi langsung otak jadi mereng.

    Apa PAS dah lupa yang dia hidup senang di Malaysia hasil kerja UMNO. Ini takde lalu UMNO ni baik, bidaah betoi! Nampok sangat PAS bohong dan bebai. Dapat pulok Mat Sabu timbalan presiden yang pandai cakap lawak aje. Pandai sangat perwakilan PAS pilih Mat Sabu. Nak pilih ke tebu terpilih ke teberau. Jadinya wehh:

    dengar cakap enggang
    makan buah belolok
    dengar cakap Mat bangang
    PAS masok lubok.

    Hehehe!!!

    ReplyDelete
  2. Sdr. Lord, kalau Mat Sabu buat demo jalanan Julai nanti, bukan kah itu menyusahkan orang awam? Apa-apa boleh berlaku dalam keadaan emosi dan hostiliti. Entah2 orang baling botol, kaca, asid kepada rakyat biasa yang tak berdosa terperangkap ditempat demo. Isn't this a national security matter and will the police take serious action against Mat Sabu this time?

    Betul-betullah PAS ni tak ada idea sendiri, suka tiru cara foreigner seperti di Thailand dan Mesir, buat kecoh je. Apa dah jadi dengan PAS?. Macam tak betul otak... "brain damage" pulak! Kalau nak sangat tukar kerajaan tunggulah pilihanraya akan datang. Polis mesti tangkap Mat Sabu dan semua pemimpin2 pakatan rakyat yang terlibat mengambil bahagian. Kali ni kita nak tengok Menteri KDN bersikap tegas dan protect nasional security interest. Baru kecut puak-puak pelampau ni Lord.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa PAS takde "defend strategy" yang kuat. Pasal itu dia bersalahan cakap. Macam orang buang tebiat. Agaknya PAS dah nazak....alamat nak mampos. Takde kelas daaa!!! Tak payah lagi berbaik-baik dengan PAS.
    Pinggan tak retak
    nasi tak dingin
    Sekali Pas tak nak
    seribu kali UMNO tak ingin.

    Uurggh..ptui.

    ReplyDelete
  4. Lord,

    The fact that DAP prefers Mat Sabu than the other two candidates only tells us that Mat Sabu is the running dog of DAP. It is not a big deal and no surprise to UMNO if DAP prefers Mat Sabu as their messenger boy. He is just an obnoxious jerk which PAS put there to annoy UMNO. By doing that PAS didn't realise, they are cutting their nose to spite their face.

    Mat Sabu's immoral conduct therefore makes him an easy target for DAP or anybody else for sexual blackmailing. With his sex pervert reputation, HOW CAN ANYBODY RESPECT HIM??? Just like Anuar, Mat Sabu's dark past will continue to haunt him till the end of his political life. As far as women voters are concerned, a big minus for PAS and an even BIGGER plus for UMNO!

    DOWN WITH MAT (SABU) THE RIPPER!!!

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Juwitaku. PAS sebenarnya terpaksa tukar kepada Negara Kebajikan kerana semua pemimpin yang mereka taja daripada Anuar sampailah ke Mat Sabu ada masalah moral. Sebab tulah mereka dah tak layak memperjuangkan Negara Islam - pasal tu siang-siang dia buang slogan Islam tu.

    Apa nak kata buah delima merekah sendiri...

    Kami wanita-wanita yang mengundi akan tambah satu lagi ciri kepimpinan pada individu yang bertanding di PRU 13 nanti - ia itu mereka yang terhormat dan tidak pandang wanita sebagai sex object. Kita kempen rata-rata untuk tolak jantan-jantan yang mulut longkang, kuat mencarut dan cakap kotor hanya untuk dapat cheap thrill!

    Nanti kau Mat Sabu!

    ReplyDelete
  6. Utopia, ini Tun Fatimah bercakap!

    Saya nak bagi tau kalau Mat Sabu atau jenis-jenis macam Mat Sabu bertanding kat kawasan Melaka, SAYA sendiri akan keluar kempen tolak mereka dan Mat Sabu.

    Tak taulah kalau Wanita PAS suka muka bantal golek ni, tapi wanita UMNO tak berselera langsung. Banyak lagi pemimpin2 kitorang yang handsome-handsome, baik budi pekerti dan gentlemen!

    ReplyDelete
  7. Yeah right!
    Kalau tengokkan serban dan jubah PAS, kalah nabi, cukup dengan ceramah agama, hadis dan fatwanya tapi rupa nya 'setan menyerupai malaikat'. Yang itu patut dikiraikan lada hitam kat seluar dalam dia. Mari kita tengok pulak hantu dalam PAS mengelupor dan mengelinjang.

    Alim-alim kucing ... miau, miau tapi maauuu!!!

    ReplyDelete
  8. Saya lihat berbagai isu yang UTOPIA BARU bangkitkan menarik dikupas bersama.

    Lagi banyak PAS menunjukkan aksi negatif menidakkan segala usaha membangun dan memajukan negara oleh UMNO sehinggalah menimbulkan demonstrasi sehingga memporak perandakan negara - lagi menunjukkan PAS ini tidak matang. Bagimanakah parti ini nak menjaga kebajikan rakyat seluruh Malaysia kalau pemimpin-pemimpinnya menunjukkan tahap kematangan seperti budak-budak. Asal gaduh ajak bertumbuk, otak ada tapi letak dikepala lutut. Langsung tak bolih berfikir secara rasional dan melihat secara berfakta dan berbukti, ini main hentam percaya je.

    Adakah ini satu jalan terakhir? Menggunakan "Use of force" dan mengajak rakyat kejalan raya untuk bertempur dengan kerajaan? Orang lain semua berdoa untuk negara mereka aman. Tapi PAS yang dipimpin oleh orang alim ulamak dan beragama mengajar rakyat merusuh dan bermusuh? Dimanakah ahli-ahli PAS (cendekiawan dan pemikir) kenapa tidak nasihatkan pemimpim-pemimpin mereka yang singkat akal fikiran ini?

    Kemana perginya semua wanita-wanita PAS yang berilmu dan berpelajaran? I'm sure most college educated PAS women would not agree to resolve problems through violence. Wanita ada peranan untuk menolak dan tidak berserta dengan anak-anak kecil mereka keluar kejalanraya dan menjadi korban pemimpin yang otak mereka tak boleh dipakai lagi.

    Memang betul Lord, PAS tidak relevan lagi kerana PAS membawa rakyat mundur ke belakang ke zaman mengunakan penumbuk dan penampar. Sedangkan zaman ini zaman yang kaya dengan teknologi menggunkan akal dan fikiran. Wanita yang perlu bijaksana bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Jangan biarkan diri kita jadi pak (mak) turut!

    ReplyDelete