Monday 13 June 2011

LAUNGAN PERANG DI SELANGOR : THE SELANGOR BATTLE CRY !!!

Perdana Menteri dan Presiden BN/UMNO baru sahaja menyuarakan 'laungan perang' atau battle cry untuk Pilihanraya Umum ke-13 di Selangor


" Laungan Perang "  dari Dato Sri Najib
Di Mesyuarat UMNO Bahagian Ampang, Selangor pada Ahad, 12 Jun, 2011, YAB Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak dalam Ucapan Perasmiannya  telah menyeru semua ahli-ahli serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk segera merapatkan barisan, mengukuhkan jentera parti dan berkerja keras untuk mempastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang dijangka akan berlau tidak lama lagi. 

Dato Sri Najib menekankan kepada semua ahli dan penyokong UMNO/BN untuk belajar dari kesilapan yang telah berlaku pada pilihanraya tahun 2008 yang membawa kepada kekalahan besar di negeri Selangor ini. Semua perlu mengenepikan sebarang perselisihan dan menumpu kepada hanya satu matlamat iaitu mempastikan perkara yang berlaku pada pilihanraya umum yang lalu tidak berulang lagi. 


It is necessary to harmonise all the conflicting interests and focus all energies to fight one common enemy and win back Selangor!

Laungan Perang dari pemimpin tertinggi negara yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor ini adalah panggilan yang mengingatkan bahawa Peperangan PRU 13 ini adalah peperangan yang paling mencabar dalam sejarah pilihanraya negeri yang terkaya di bumi Malaysia yang bertuah ini. Dato Sri Najib mengingatkan pemimpin UMNO/BN bahawa dalam menyusun strategi peperangan ini, mereka harus sentiasa menyedarkan rakyat akan realiti pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan UMNO/BN kepada negeri Selangor. 

Apakah yang kerajaan UMNO/BN Selangor tidak buat semasa pemerintahannya sehingga menjadikan Selangor negeri paling kaya di Malaysia? Daripada pembangunan industri PROTON di HICOM, Shah Alam, Yayasan Selangor, Masjid indah terbesar yang menjadi mercutanda negeri lambang keagungan Islam, Pulau Indah Industrial Park, Port Klang Free Zone, Sepang International Racing Circuit sehinggalah ke pembangunan industri otomobil kedua negara (PERODUA) di Rawang Selangor, Cyberjaya, Multimedia Super Corridor, Lapangan Antarabangsa KLIA termasuk membangunkan kolej-kolej serta universiti-universiti termasuk UiTM (Universiti Teknologi Mara) untuk manfaat anak-anak negeri Selangor, dan Halal Hub - Kerajaan UMNO/BN telah membawa kemajuan yang terhebat kepada negeri Selangor. 

Apakah PKR dan penyokong-penyokong yang hanya cuci kaki dan masuk ambil alih buta kepada pembangunan ini???

Dato Seri Noh



Apa kemajuan lain yang baru, yang lebih baik telah dibawa oleh PKR dalam tiga tahun kebelakangan ini? Selain daripada membanyakkan sarang-sarang maksiat dan meniupkan api kebencian di kalangan penyokongnya sehingga kadar jenayah meningkat, tak ada apa yang boleh dinamakan sebagai kebajikan kepada rakyat Selangor.

Dato Sri Zin



UMNO/BN punya banyak kelebihan kerana pemimpin-pemimpin mereka dari dahulu hingga sekarang telah banyak mencurah bakti dalam membangunkan negeri Selangor ini.   Sekiranya tentera UMNO/BN mengukuhkan perpaduan dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Timbalannya YB Dato Seri Noh Omar serta YB Dato Sri Zin Mohamed, Setiausaha Perhubungan Negeri yang berpengalaman serta disenangi rakyat, insyaallah Selangor boleh dirampas semula dari tangan Pakatan Rakyat!

5 comments:

  1. Tok Cincin, kebajikan yang dibawa oleh UMNO dan Barsan Nasional Selangor telah terbukti lebeh lima puluh tahun sejak merdeka. Rakyat yang berfikir dan mengenang budi pasti tak akan menolak kebenaran ini walaupun pembangkang cuba menidakkan. BN akan menang di Selangor pada PRU13 ini ...insyallah.

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Utopia...agaknya ini laungan Dato Najib yang keberapa dibuat di Selangor? Rasa-rasanya dah letih Dato Najib melaung tapi tak nampak sangat hulubalang-hulubalang Selangor bergerak... mana diorang ni pergi?

    Terutama sekali MCA dan MIC yang langsung tak nampak batang hidung. Kena check diorang ni buat kerja ke tak? Takkanlah semua tanggungjawab nak lepas ke UMNO. Bila nak kutip hasil atau nak dapat ganjaran, muka diorang lah paling depan sekali berbaris. Kalau nakkan kerusi bertanding, tak sempat tunggu hari siang. Nak bertanding kat kerusi di kawasan Melayu, kenalah main peranan dan beri kerjasama. Jangan tau nak mintak itu dan ini aje, tapi nak bagi kerjasama liat.

    UMNO Selangor kena tegas kali ni. Pilih calun yang betul-betul komited dan rajin berkerja untuk menangkan parti BN. Jangan pilih yang datang hanya tunjuk muka bila dengar Dato Najib turun ke Selangor. Jangan jugak terpilih yang hanya tunggu jadi calun baru nak berkerja. Dapat jenis macam ni, memang payah kita nak menang di Selangor.

    ReplyDelete
  3. Lord,

    PKR dan Pas semakin bermasalah. Mereka berkeras nak buat demo Bersih julai ni sebagai helah untuk nak dapat perhatian antarabangsa, nak bagi gambaran yang Malaysia ni negara yang menganiayai rakyatnya. Tak lain belajar dari Anwar, anjing Amerika yang kelebihannya menggunakan teori "wag the dog".

    Jadi:
    1) Bila semua orang sibuk dengan perhimpunan Bersih, tumpuan pada kes Anwar akan berkurangan dan rakyat pun tak perasan yang Pakatan Rakyat dah gagal dalam melaksana tugas mentadbir negeri

    2) Pada masa yang sama media asing akan pick up dan masyarakat antarabangsa akan menyelar Malaysia dan menuduhnya 'violate human rights of the populous'

    Kecoh, kecoh, kecoh...kes Anwar pun senyap...

    Segala-gala sudah cantik diatur oleh Pakatan Rakyat. Dibantu pulak dek lawyer setan bergincu Ambiga yang jadi puaka mengipas api perkauman atas nama hak kemanusiaan.

    Betul kata anda, Lord. Tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor mereka menghabiskan masa menyalak dan menuduh BN zalim, korup dan tak menjaga kebajikan rakyat. Mereka sebenarnya tak ada kebolehan mengurustadbir negeri dan mereka hanya main masa untuk menyapu kekayaan Selangor. Dengan lanun-lanun macam Azmin Ali, Ronnie Liu dan Teresa Kok, kering kontang lah perbendaharaan Selangor akhirnya!

    ReplyDelete
  4. Sdr Lord, semua rakyat Malysia kena hantar tuntutan (claim) harta rosak, ganti rugi peniaga, cedera dan mati serta lain-lain tuntutan kesusahan kepada Loya Ambiga dan kuncu-kuncu PAKATAN RAKYAT yg bertanggungjawab menganjur Demo Bersih ini! Kalau dah sampai 300,000 rakyat keluar dalam keadaan emosi yg tak dapat dikawal, ditambah pulak dengan anasir-anasir luar CIA Amerika, apa jaminan yang tak ada kacau bilau akan berlaku?

    Loya Ambiga dan Abang Mat PAS nya dah hilang hak perlembagaan (constitutional rights) mereka sebaik saja mereka menjadi ancaman kpd keselamatan negara kerana merusuh dan mengganas. Loya bodoh ni janganlah ingat dia sorang saja yang faham undang-undang.

    Di Amerika, ada HOMELAND SECURITY dan PATRIOT ACT yg pasti digunakan sekiranya keselamatan negara atau national securitynya terancam. Atas alasan National Security, orang macam Ambiga ni boleh dicekup tanpa dibicara dan tau2 dah kena campak kat Guantanamo Bay. Jadi tak salah kalau KDN kita guna ISA, cekup penyangak-penyangak taliban Mat Sabu dan Loya Ambiga sumbatkan dlm penjara Sg Buloh atau hantar jauh2 ke Pulau Jerjak. Menyusahkan rakyat yang nak cari rezeki cara aman.

    In America, in the light of national security, the due process of law becomes secondary. So UMNO/BN government, use your power when you are powerful - or else you will be bloody fool!

    ReplyDelete
  5. KATA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. KALAU RUSUHAN DAN KEGANASAN BERLAKU IA BERLAKU DISELANGOR TAU MAKA MAKIN BANYAKLAH KERUGIAN BERLAKU DINEGERI SELANGOR. SIAPA NAK TANGGUNG? MANA DIA MENTERI KDN, GOYANG KAKI KE?....DOT...DOT...DOT!!!

    ReplyDelete