Saturday 4 June 2011

PAS REBRANDING: Kebajikan atau Kejutan!

The unholy alliance...peluk ke tikam belakang?..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri!  Hikmah disebalik kata-kata ini merupakan sesuatu yang sering diberi berbagai interpretasi oleh penganut ugama Islam sendiri.

Ada yang mentakrifkannya sebagai bermaksud sesuatu kaum itu yang sebenarnya berperanan penting dalam menentukan nasib mereka. Bagi mereka ini, Tuhan pasti akan mengubah  sesuatu takdir yang bakal menimpa mereka sekiranya mereka berusaha keras untuk mempastikan takdir yang mereka tidak inginkan dari berlaku.

Kemudian ada pula segolongan lain yang berpandangan bahawa takdir atau nasib mereka itu telah sedia ditentukan oleh Allah swt - jadi kenapa mesti kita manusia pandai-pandai mengubahnya??? Apa pun takrif yang menjadi pegangan masyarakat Islam yang ada di Malaysia, mereka yang di dalam parti PAS pada hari semalam telah mengubah nasib mereka - atau berusaha keras untuk Allah mengubah nasib mereka dalam membuat ketentuan kepimpinan yang akan menerajui parti politik yang selama hari ini membawa Islam sebagai jenamanya.

Pada 3 Jun 2011 tewaslah golongan pemimpin ulamak PAS di tangan pemimpin gelombang barunya! Dua pertiga dari saf kepimpinan baru PAS adalah mereka yang tergulung dalam kumpulan Erdogan yang pro Ketua Pembangkang.

Pada kali ini kita dapat menyaksikan satu angin perubahan bertiup kencang di dalam parti yang pada satu ketika dahulu digambarkan begitu ultra Islamic dalam dasar serta pendiriannya. Ramai yang menyangka bahawa PAS seperti parti lain akan mengalami pergerakan dalam tindak-tanduknya - maklumlah, kalau dunia berubah, parti pun turut berubah. Tapi kali ini, kejutan yang masih buat umum terfikir-fikir ialah bagaimana PAS yang sebelum ini tak putus-putus menyebut tentang usaha mengujud 'Negara Islam' boleh membuat kona baring 360 darjah dan menukarkan slogannya menjadi 'Negara Kebajikan'!

Hairan bin ajaib... ganjil bin pelik!

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Negara Kebajikan' yang disebut oleh Hadi Awang sebagai halatuju baru parti PAS?

In English, you'd call that a "Welfare State"... does that mean PAS is promising free education, free medicare, free sustenance allowance, assistance for the poor and needy, subsidies, shelter homes, welfare homes, old folks' homes etc, etc, etc.... But wait a minute, don't we already have the people's welfare being taken care of in the country? I thought we already have a Welfare Department under a Welfare Ministry. That does not include the barrage of Welfare NGOs (of all races) that are sprouting like wild mushrooms by the minute - all getting grants from the BN Government.


Haji Hadi kena beri penjelasan terutama kepada ahli-ahli PAS apa yang dia maksudkan dengan Negara Kebajikan yang merupakan produk baru PAS menggantikan produk lama mereka iaitu Negara Islam! Haji Hadi juga kena beri rasional kepada ahli-ahli partinya, sebabnya produk ini perlu ditukar?

Kalau dilihat dari segi branding, UMNO (United Malays' National Organisation) dan BN (Barisan Nasional) ,jenama yang dibawa dari dahulu hingga sekarang ialah perjuangan nasionalisma bangsa (berteraskan persatuan bangsa Melayu). Itu memang tak berubah dari dulu. Sampai UMNO dituduh racist disebabkan oleh pendirian dan dasar ini.

Tapi bagi PAS pula, branding mereka buat sekian lama ialah Islam. Adakah mungkin perubahan yang diumumkan oleh Haji Hadi ini berpunca dari rasa terdesak untuk menyesuaikan PAS dengan citarasa dan selera penyokong mereka dalam DAP dan PKR??? Sebab kalau kita ingat balik, Karpal Singh (DAP) ada bertempik 'langkah mayat dia dulu' sebelum PAS berani mengujudkan Negara Islam - jadi DAP memang terang-terang menolak sebarang unsur keislaman dalam perjuangan mereka. PKR pulak memang Islam celup, jadi mereka memang tak mengutamakan Islam dalam manifesto mereka. Yang utama pada PKR hanyalah Anuwar Ibrahim...

But "Welfare" Hadi, why don't you tell us something new???

And WHY NOW? Why not 52 years ago? I have a hard time following this logic.  If that was the object of PAS why did Hadi announce it immediately after his Ulamak buddies lost in the party elections? Shouldn't he be announcing this before the Pemilihan so that the members are aware and accept that this will be the party's new direction?


Nampak sangat ini politik - dan bukan ada kena mengena atau kaitan langsung dengan Islam. Adakah mungkin Hadi menang kalau dia buat pengumuman tentang Negara Kebajikan awal-awal?


Lepas tu ada pulak pandangan sempit mengatakan UMNO/BN sekarang ni takut melihatkan kepimpinan baru PAS yang menang pada 3 Jun baru-baru ini! Astaghafirullah al 'azim...tolong lah...ada ke menasabah UMNO/BN takut pada barisan lawak  di bawah ni??? 


Yak yak yeeeii....

Hakikatnya ...

PAS rebranding


 atau penjenamaan semula PAS ini sebenarnya adalah kerana PAS, DAP dan PKR (terutama yang pro Anuwar) sudah naik gerun melihatkan usaha perpaduan di antara Melayu Islam yang diinisiatifkan oleh UMNO/BN mula menampakkan hasil dikalangan pemimpin ulamak mereka. Penyokong-penyokong Anuwar di dalam PAS seperti Kamarudin Jaafar merupakan di antara Trojan horse yang takkan menginginkan perkara itu terjadi. 


Itulah yang mendorong puak-puak Erdogan ni berkerja keras untuk memenangkan pasukan mereka kerana seperti parti-parti lain,  PAS juga ada Team A dan Team B nya. 


Baik ada maknaa tu...
Hakikatnya juga Haji Hadi (sisa Team A) yang sebenarnya  terperangkap dikelilingi serigala-serigala Team B yang diketuai oleh Mat Sabu, Timbalan barunya.  Hadi's in a catch 22 position - damned if he does, damned if he doesn't!...and he knows it.

Soalnya sekarang, boleh ke Haji Hadi menakhoda kapal PAS ni, sedang hati kecilnya tahu dia hanyalah the de jure leader manakala Mat Sabu adalah the leader de facto - dengan anak-anak kapal renegade seperti Husam, Salahudin dan Mahfuz yang pada bila-bila masa boleh melancarkan mutiny on the bounty sebaik sahaja Mat Sabu memberi isyarat?

Allah itu Maha Kaya...keputusan pemilihan yang berlaku pada Muktamar PAS itu rupanya sesuatu mukjizat yang  tidak kita sangka akan membuahkan harapan untuk UMNO dan BN.

Malaysia has been one of the most outspoken of Islamic countries. 


And surprisingly not because it has been ruled by fundamentalist leaders of Taliban inclinations - but Malaysia attained its exalted position in the pinnacle of glory and success because its leaders who were undoubtedly staunch Muslims had always encouraged the Muslim people (predominantly Malays and UMNO) to pursue knowledge outside the confines of religious studies and education.


The leaders knew that Malays needed to stop allowing Islam to become a religion of rituals. They knew that the inward interpretation of Islam and refusal to pursue excellence in the sciences and other branches of knowledge will make Muslims lag behind those of other faiths. For that these leaders have been labelled as 'secular' and 'infidels' (kafir).


Sebenarnya pemimpin UMNO/BN yang memerintah selama 52 tahun ini bijak membezakan di antara aqidah dan ideologi.

Islam adalah aqidah dan agama suci yang menjadi agama rasmi negara ini seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan.

Islam bukan ideologi politik yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pemimpin-pemimpin yang berselera besar untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak boleh di re-package sesuka hati, kerana peraturan serta hukumnya sudah siap diwahyukan oleh Allah swt.


Pengikut-pengikut PAS perlu beringat tentang nasib dan masa depan mereka yang kini dalam tangan Lim Kit Siang dan Anwar.

Pemimpin dan penyokong UMNO/BN pula kena menapis dan screen habis-habisan agar calun-calun yang ditaja di PRU 13 nanti bukan Trojan horse Anwar dan tidak setitik pun mempunyai DNA nya. 

 The moment we smell a hint of Anwar in their moves, exterminate them!



7 comments:

  1. SALAM SDR.LORD....I like your conclusion about Anwar's leftover warriors in UMNO camp. Remember...remember sejarah UMNO dulu ada jugak watak Trojan Horse seperti BEKAS Ketua Pemuda UMNO-- Zahid Hamidi yang rela masuk jail kerana Anwar, dan SEKARANG Ketua Pemuda UMNO-- Khairy Jamaludin yang sanggup mendapatkan dan menghantarkan passport antarabangsa melepaskan Anwar keluar negara. Juga Ketua Wanita UMNO SEKARANG, Shahrizat Jalil yang sangat rapat dengan keluarga Anwar ketika itu hingga kalau pergi kerumah Anwar boleh sampai ke dapor.

    Tapi kalau selidik dalam-dalam, I'm sure there are many more. We should unveil the political crime of those who are disloyal to UMNO.

    Macamana jentera UMNO nak gerak laju sebab ada Trojan horse macam dalam PAS ada Kamarudin Jaafar. Tapi Sdr Lord, PAS dah tentu tempa nasib diorang, yes, it is a hikmah.

    Kita kena ambil iktibar, so that we still have a chance to make sure it doesn't happen to UMNO. Let's do this!

    ReplyDelete
  2. Agreed. Beyond my shadow of doubt that Anwar's buddies in UMNO are still around. So get rid of these bad apples before the next general election. If all the weeding out process has taken place than UMNO will have plenty of loyalists in the party. When UMNO is strong than there is no question about winning more than two thirds majority like PBB did in Sarawak, insyallah. From: UMNO LOYALIST

    ReplyDelete
  3. Kata Nik Aziz UMNO tak tidor lena dan takut mendengar Mat Sabu menang Timbalan Presiden. Husam pulak cakap UMNO menggelabah dengan kabinet baru Pas dan akan buat Najib pusing kepala. Eh wah...eh wah... takut kebende kat Mat Sabu dan geng lawaknya! Bila tengok saf kabinet baru PAS teringat pulak cerita komedi P.Ramlee 'PENDEKAR BUJANG LAPUK' ... sape pegang watak P.Ramlee tu..mungkin HUSAM, MAT SABU (bang Sudin) dan MAHFUZ watak Aziz Satar kot. SALAHUDIN ganti Ahmad Nisfu towkey sampan yang playboy. Dah kalau inilah barisan pendekar PAS yang baru yang ada masaalah moral politik duduk dalam kabinet PAS memang lah senang kena pulas dek UMNO.

    Jangan harap atau mimpi siang nak ambik Putrajaya, PAS oi! Hantar dulu Mat Sabu tu pergi kursus pentadbiran negara (administration course) dulu sebab dengar Mat Sabu tak habis sekolah. Dengan masaalah skandal seks Mat Sabu tu, senang2 je DAP pegang tengkok PAS supaya dengar cakap dia melalui 'sexual blackmailing'. Bahaya kalau PAS memerintah kena kontrol dengan anasir luar. Begitu jugak Anuar dan mana2 pemimpin yang ada masaalah moral. Cuba bayangkan macamana perwakilan PAS yang banyak alim ulamak boleh memilih Mat Sabu walaupun terang-terang ada bukti ditangkap khalwat dengan bini orang dan keluar surat kabar lagi. Masih lagi dipilih jadi orang nombor dua parti. Itu menunjukkan PAS ni dah rosak.

    Begitu jugak dengan Anwar sudah ada dalam video bukti berzina dengan china doll tapi puak2 PAS dan PKR masih menafikan kebenaran dan mengatakannya fitnah. Bila Chua Soi Lek (MCA) kena perdap dalam VCD seksnya, siang2 dia mengaku dan letak jawatan. Cuma beza nya di Malaysia masih lagi perwakilan parti memilih pemimpin yang dah cacat moralnya di pilih semula menjadi pemimpin Khalifah. Kalau di negara orang puteh, contohnya Amerika walaupun bukan negara Islam kalau dah kena tangkap kes skandal memang dah kena letak jawatan. Bila President Amerika Bill Clinton berhubungan seks dengan Setiausahanya dan John Edward yang bertanding Timbalan Presiden Amerika berzina sampai dapat anak luar nikah, langsung kalah, kena bicara lagi dan akhirnya memang tak kena pilih lah tu.

    Tapi di Malaysia (negara Islam)memilih pemimpin tak bermoral boleh berlaku dalam parti PAS. Jadi bagi menjawab sindiran PAS bahawa UMNO menggelabah bila Mat Sabu menang adalah tidak benar. Mat Sabu dan PAS lah yang akan kena balun cukup2 dalam pilihanraya akan datang. Tunggulah PAS di gelanggang...berpantang maut sebelum ajal. Langkah UMNO dulu sebelum berangan nak ke Putrajaya. Biar putih tulang, UMNO takkan putih mata!

    ReplyDelete
  4. Salam Dato' Cincin, Pas dah tak relevan. Kita lupakan dia sebab Anwarista punya virus dah merebak luas dari UMNO sampailah ke PAS. Macamana Anuar rosakkan UMNO dengan politik wang sewaktu bertanding dengan Ghaffar Baba sehingga golongan guru-guru nasionalis banyak dicantas. Maka digantikan dengan golongan koprat-kapitalis yang kebanyakannya kroni-kroni Anuar.

    Kesannya sampai ke hari ini...

    Bukan sahaja guru dan professional menjangkit, termasuk jugak para-para media. Personaliti macam Johan Jaafar dan lain-lain lagi orang media terkenal menjadi orang2 kuat Anuar.

    Dengan kemenangan Mat Sabu, Pas akan menuju jadi jagoh politik jalanan. Sebab siang2 Mat Sabu dah kata tugasnya yang pertama sebagai Timbalan Presiden nak bawak anggota Pas ke Demonstrasi Bersih Julai nanti. Apa tu Lord? Nak bersih apa... nak buat huru hara macam Mesir?? Sayang, rupa2nya Timbalan Presiden Pas nak jadi jagoh Demo!!!

    ReplyDelete
  5. Betul tu Sdr. Ayam.... Anuwar ni memang celaka. Kalau dulu Anuwar cantas guru2 nasionalis UMNO, sekarang gang endrogan Anuwar cantas para-para ulamak pulak. Padan muka Haji Hadi jadi jeneral tapi takde askar. Alamat kapal tidak berhaluan...sayang disayang...kah...kah...kah.

    ReplyDelete
  6. Bro aku tak pandai cakap arab macam orang PAS. Tapi aku teringat pantun dua kerat Tok Ki aku:

    Ana ente, pisang kelat
    Satu panjang, dua bulat...

    Hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. Sdr Ayam my man!

    You make an interesting point! Thank you for your contribution. I can see you are a nationalist at heart.

    Kita perlu sentiasa ingat akan satu fakta paling penting - ANWAR DATANG DARI UMNO!

    Anwar dahulu Timbalan Presiden UMNO dan jugak Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan kedudukan yang begitu tinggi pada ketika itu, dia punya kuasa dan akses pada berbagai mekanisma dan maklumat serta rahsia negara.

    Jadi apabila Anwar berpaling tadah untuk menyertai kumpulan pembangkang, dia menjadi Spy no.1 yang membocorkan segala maklumat untuk PKR, DAP dan PAS manipulasi dan jadikan senjata menikam kita balik.

    Anwar is an epidemic that started many years ago in UMNO. Since then, the virus (as you so rightly put it) has mutated into a more sophisticated strain that has become almost unidentifiable. That's what we need to get rid of, but that will be a very tricky procedure.

    Anwar meninggalkan benih dan telur virus ini merata-rata sewaktu dia memegang kuasa dan sekarang ianya dah menetas di kalangan profesyenal, di kalangan ulamak, di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di kolej dan menara gading, di kalangan tenaga pengajar, fakulti dan juga kepimpinan universiti, di kalangan media, dalam masyarakat korporat, dalam Kabinet ... dan di kawasan serta ruang lain yang tidak terbayang oleh kita.

    Sdr Ayam dan pembaca-pembaca lain tentu faham analogi yang saya buat ini. Sebab itu kita tak hairan dengan keputusan PRU 12 yang memberikan kemenangan luar biasa pada pembangkang.

    Anwar mengingatkan kita tentang perumpamaan Melayu lama:
    BURUK PERAHU, BURUK PENGKALAN...

    Kalau dia tak dapat, tak satu orang lain pun akan dapat.

    Pada PRU 13 yang tidak lama lagi ini, kita sebagai rakyat biasa yang memanggil bumi tercinta ini tanah air tempat tumpah darah kita, kena ada 'checklist' sendiri tentang ciri-ciri serta rupa bentuk pemimpin yang akan kita amanahkan untuk memegang tampuk kuasa.

    Kita akan tolak 'sell outs' (pengkhianat), kita akan kalahkan 'PAP operatives' (macam DAP) dan kita akan buang PKR jauh-jauh berkubur sekali dengan Anwar dan suku-sakat dia.

    Kalau kita bertekad untuk selamatkan negara dan bangsa kita, ini WAJIB kita laksanakan. Kita kena semarakkan nasionalisma bangsa.

    Jangan takut, ALLAH BERSERTA MEREKA YANG BENAR !!!

    ReplyDelete