Friday 19 August 2011

ZIN vs MUSTAFA: UMNO Selangor jawab PAS Pusat

Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Selangor, YB Dato Sri Ir Zin Mohamed merupakan yang pertama di Selangor bersuara menafikan tuduhan Mustafa Ali, Setiausaha PAS Pusat yang telah jauh tersasar dari target. Sana sini rakyat ketawa melihatkan PAS yang jelas semakin tak mampu mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu murtad yang sepatutnya menjadi tumpuan perhatian dan pengkhususan mereka sebagai parti Islam. Mula-mula PAS menyalahkan Hasan Ali (Exco Agama Negeri dan Ahli PAS sendiri) dan mempertahankan pihak Gereja Methodist, Damansara Utama. Anak Nik Aziz sendiri, Nik Abduh yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS kata "...kena ada bukti kukuh , baru serbuan boleh dibuat..."
YB Dato Sri Ir Zin

Kekecohan bermula apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu telah bersama Hasan Ali pergi ke gereja berkenaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik makan malam muhibbah anjuran pihak gereja berkenaan yang menimbulkan kontroversi 'murtad' yang semakin hebat diperkatakan.  Masyarakat Melayu Islam yang rata-rata menantikan sesuatu tindakan yang tegas lagi berkesan daripada pemimpin-pemimpin PAS terutama di peringkat pentadbiran negeri begitu kecewa apabila PAS seperti mengelak daripada menangani isu sebenar.  Once again, instead of solving the problem, PAS turns around to point an accusing finger to their long-time nemesis - UMNO! 

Tindakan yang dibuat oleh Dato Sri Zin selaku Setiausaha UMNO Selangor memang wajar memandang perkara ini berlaku di Selangor dan tuduhan dibuat ke atas UMNO. "DIAM MAKNANYA SETUJU"... sudah terlalu banyak tuduhan dilemparkan oleh PAS  terhadap UMNO dan jika didiamkan tanpa dijawab, perbuatan ini akan berterusan dan tumpuan kita terhadap isu sebenar akan terus dikelirukan oleh PAS. 

Jadi, jangan hilang fokus!
Damansara Utama Methodist Church (DUMC)
Pokok perbincangan yang menjadi tumpuan kita adalah peristiwa pihak Gereja Methodist, Damansara Utama yang diberitakan telah berusaha memurtadkan 12 orang penganut agama Islam pada majlis berkenaan. Apa yang dituntut oleh rakyat Melayu Islam (bangsa dan agama lain memang tak kisah apa jadi) ialah kenapa siasatan atau pemeriksaan atau serbuan atau apa saja istilah yang sesuai nak digunakan itu...seolah-olah dihalang daripada sampai ke penghujungnya? Tindakan memurtadkan atau memesongkan aqidah adalah satu kesalahan yang besar di sisi agama. Pantang bagi orang Melayu Islam sejati, kalau agamanya diusik. Kita semua tahu itu. PAS pun tahu itu.

Jadi PAS sepatutnya lebih berminat menyiasat motif pihak gereja menganjurkan makan malam kesyukuran itu...di dalam gereja,... untuk mereka yang beragama Islam,... pada bulan Ramadhan!  
Mustafa Ali naik biol


Apabila PAS enggan memberi perhatian kepada permasalahan yang berlaku dan memekakkan telinga kepada aduan yang dibuat oleh Hasan Ali, Exco agama PAS cadangan mereka sendiri, masyarakat Melayu Islam semakin meragui pendirian dan prioriti pemimpin-pemimpin PAS!

Apabila pihak gereja tidak mahu memberi kerjasama dan bertemu dengan pihak-pihak yang berwajib, masyarakat Melayu Islam mula menyimpan syak wasangka bahawa ada satu agenda jahat sedang dirancang untuk mencabuli kesucian agama mereka dengan merosakkan aqidah penganutnya yang 12 orang itu.

Apabila MB Khalid Ibrahim selaku orang kuat PKR di peringkat negeri yang juga Melayu Islam lebih mempertahankan pihak gereja daripada  mengambil berat melindungi aqidah 12 orang yang mungkin dimurtadkan, masyarakat Melayu Islam mula membuat andaian tentang sikap berat sebelahnya.

Apabila Mustapa Ali tiba-tiba menuduh UMNO yang mendalangi serbuan JAIS, masyarakat Melayu Islam tercengang-cengang hairan melihat bagaimana PAS boleh melalut sampai tahap NYANYOK!

Apabila  UMNO bersuara aja, PAS tuduh pulak UMNO  menggunakan isu murtad untuk mendapatkan simpati Melayu Islam! Macam mana boleh ke situ pulak perginya???

Masa dulu, bila UMNO yang mentadbir Selangor, PAS dan pembangkang kata UMNO tak menangani isu. Sekarang ni bila PAS yang memerintah melalui Pakatan Haramnya, mengapa mereka tak menangani isu yang semakin menjengkelkan rakyat Melayu Islam khusus yang berada di Selangor?

Dato Sri Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor senada  dengan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Dato Sri Zin apabila beliau pada hari ini  mengakui bahawa tuduhan PAS tidak lojik kerana JAIS bawah pentadbiran negeri Selangor yang kini diperintah oleh Pakatan. Betul jugak! Apa kena mengena isu murtad DUMC (Damansara Utama Methodist Church)  dengan UMNO???

Yang pergi bersama JAIS untuk menyerbu DUMC pun orang PAS jugak...geng Pakatan. Dah tu apasal pulak UMNO yang terpalit. Orang lain makan nangka, orang lain pula yang kena getah...hairan betul!

Begitu banyak musuh dalam selimut, UMNO jugak yang PAS igaukan...tut tut tut...apa nak jadi PAS ni???

Apabila meneliti petikan kenyataan media Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu yang sama (dalam blog Manjadda wajada), kita bertambah yakin bahawa PAS memang dah raban. Ikuti petikan berikut berserta jawapan serta reaksi saya dan buatlah penilaian sendiri:
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim: Kenapa Kerajaan tidak sedia menggubal Akta pencegahan murtad?


Jawapan: Hello Tuan Ibrahim...bukankah awak orang tu sekarang Kerajaan? Awak yang memerintah, awak yang berkuasa...awaklah buat!


Tuan Ibrahim:  Kenapa ajaran Qadiani terus di Kg Nakhoda, Batu Caves yang berjalan merosakkan aqidah umat Islam?


Komen: Tuan Ibrahim ni tak cukup minum air agaknya bulan-bulan puasa ni. Kg. Nakhoda, Batu Caves tu bukan ke bawah negeri Selangor. Awak punya geng yang mentadbir negeri Selangor ni Tuan Ibrahim oi, mengapa pulak UMNO kena masuk campur? ... Tapi besok, bila Pakatan Rakyat kalah pada PRU 13, insyaallah boleh UMNO masuk semula untuk selesaikan masalah. Don't you worry ok! We'll take care of everything..


Tuan Ibrahim: PAS tegas menjaga aqidah umat Islam dan pada masa yang sama , PAS juga pentingkan  cara menyelesaikan murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia terus dipelihara dan dijaga berbanding dengan UMNO yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.


Komen: Silakan lah wahai PAS. Siapa yang melarang? Sekali lagi kita nak ingatkan awak yang memerintah. Tunjukkanlah tindakan  kalau awak betul boleh dan pandai buat kerja. Jangan cakap aja besar, tapi kerja tak satu pun menjadi.


Tuan Ibrahim: Isu aqidah - UMNO marah pada PAS, kononya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.


Komen: Memang betul. Kalau PAS betul buat kerja, dah lama dah masalah ni selesai.


Tuan Ibrahim: Isu jual kerakyatan - UMNO bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan berbagai penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak padanya.


Komen: Pulak??? Siapa yang membisu??? Siapa yang buat penafian??? Siapa yang bawa bukti pada siapa??? 


Tuan Ibrahim: Itulah UMNO - dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi 'hero' Islam.


Komen:  C'mmon man ... that is strictly value judgement! Takde langsung disokong dengan bukti dan fakta yang kukuh. Ia hanya pendapat perseorangan yang tidak berasaskan kajian. Sebenarnya UMNO tak payah nak jadi 'hero' ... sebab UMNO dah memang 'hero'.  UMNO dah jadi 'hero selama 54 tahun. Kalau tak takkan Melayu gagah di Nusantara hingga sekarang - sampai orang lain nak bunuh dan hapuskan. Kalau tidak takkan PAS tunggu UMNO untuk dapatkan bantuan dan sokongan. Idea nak selesaikan isu murtad ni pun tunggu UMNO jugak! Dah tu camno???

UMNO bukanlah musuh utama PAS. Ada MUSUH yang lebih hampir lagi ... cuma PAS aje yang tak nak mengaku!
Tengok betul-betul..bukan UMNO yang tendang PAS

Kalau UMNO buat komen tentang isu murtad, itu adalah kerana sebagai orang Melayu dan Islam, UMNO juga berhak bersuara tentang perkara yang menyentuh bangsa dan aqidah mereka - seperti jugak PAS dulu sewaktu UMNO memerintah di Selangor.

Tapi sekarang giliran PAS pulak mentadbir - jadi sekarang giliran PAS pulaklah mendengar rungutan UMNO.

UMNO Selangor tak payahlah tunggu sampai 3 hari untuk nak bawak perkara ni ke Mahkamah. SAMAN SEKARANG!

Saman atas nama PAS atau atas nama perseorangan  Mustafa Ali. Kali ni UMNO jangan lagi bertolak ansur. Kalau PAS ada bukti, bawak! Kita jumpa di Mahkamah! Kalau UMNO tak saman, PAS sekali lagi akan terlepas dengan membuat tuduhan yang tak berasas. Lepas tu mana yang mendengar dan tak fikir panjang terus percaya.


Nampaknya PAS memang tak boleh memerintah. Begitu jugak PKR yang senyap sekarang tak berbunyi, macam batu jatuh ke lubuk. Khalid Ibrahim daripada gagap terus bisu ... sampai lepas Raya, katanya!


Jadi PAS kena berhenti cakap dolak-dalik dan berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakupayaan mereka. PAS yang memerintah Selangor dengan geng-geng PAKATAN HARAM yang kena cari penyelesaian kepada isu murtad ni. BUKAN UMNO! Itu tanggungjawab atas bahu PAS bila mereka berebut untuk berkuasa di Selangor!


Namun kalau UMNO jugaklah yang dipandang oleh PAS untuk menyelesaikan masalah, maka eloklah PAS serah aje semula kuasa tu pada UMNO pada PRU 13 ini!


HIDUP UMNO! 
HIDUP BARISAN NASIONAL!      

22 comments:

  1. What do you expect! 50 tahun lebeh UMNO sibuk membangunkan dan memajukan negara, 50 tahun jugak PAS menghabiskan masa mengutuk UMNO dalam ceramah2 mengajak rakyat membenci UMNO. TETAPI tidak menolak menekmati kesenangan yang diberi oleh UMNO bila dapat peluang tanpa segan silu atau ucapan terima kasih.Memang PAS dasar lintah darat dan munafik.

    ReplyDelete
  2. Pas ingat rakyat Selangor bodoh agaknya....main telan bulat-bulat cakap diorang yang tak lojik tu. Lagi banyak PAS buat silap dan tak menyokong JAIS yang dibawah Pakatan PAS sendiri, lagi banyak memberi kekuatan kepada UMNO menolak fitnah PAS. Insyaallah UMNO BN akan menang di PRU 13 nanti dan PAS/PKR akan menemui kehancurannya.

    ReplyDelete
  3. Wasting time la Zin. Takde isu lain ke????

    ReplyDelete
  4. Memang Pas bersengkongkol dengan Dap kristian. Itu pasal Pas dan PKR tak hentam gereja (DUMC) sebab member ketat kan. Bukankah DAP godfather diorang jadi UMNOlah dikambing hitamkan untuk menutup kelemahan Pas mengenai isu murtad. Datuk Zin jangan lagi layan cakap2 mengarut Pak Mustafa...hantar jer SAMAN kat dia dan jumpa dimahkamah...tunjukkan UMNO Selangor serious!

    ReplyDelete
  5. Hmmm...apa pulak wasting time ehh??? Isu murtad ni soal pokok yang mencabar aqidah ummah yang HOT diperbincangkan di merata negara melampaui batas parti dan ideologi. Sedangkan PM Najib cakap pasal perkara yang sama semalam. Dan grassroot di merata kedai kopi masih merasakan ia belum selesai. Jadi ia masih RELEVAN untuk difikirkan bersama!

    ReplyDelete
  6. Pas sebenarnya menggelabah takut hilang sokongan undi melayu bila lihat UMNO dapat perhatian isu murtad...jelouse lah tu. Rakyat sekarang nak tau isi kandungan laporan JAIS - ada ke takde murtad??? Nak takut apa? Biarlah diorang siasat. Apa-apa hal kita tunggu hasil siasatan! Jangan mudah hilang punca!!!

    ReplyDelete
  7. WAHAI PAS, TUNGGU TALQIN DI BACA UNTUK MU PADA PRU 13 NANTI!!!....

    ReplyDelete
  8. Memang PAS bodoh...baik Pas bukak Sekolah Pondok banyak-banyak dan meniaga air batu untuk orang lepas sembahyang Juma'at di luar pagar mesjid. Atau jual minyak attar di pekan sari. Hal negara biar UMNO yang mentadbirkan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Dato'
    Jangan beri amaran sahaja. Saman sahaja mereka tu, bawak ke muka pengadilan. Kalau tidak bertambahlah lagi pakar-pakar memberi amaran dalam UMNO. Sori Dato'

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan Anon: 18:13...UMNO Selangor tak main amaran-amaran, betul tak Dato? Kasi taruk kaw-kaw sama PAS ni. Dah cukuplah kita diam selama ini dan sabar. Kita tak mau lagi tengok muka-muka menteri yang hanya pandai bagi AMARAN tapi TAKUT AMBIK TINDAKAN. Ganas sikit takpe yek!!!

    ReplyDelete
  11. sepatutnya pakatan dah mampus tapi pasal pemimpin dalam umno banyak orang tak sekolah yang bebal dan gila kuasa, jangan harap boleh menang di selangor!!!!

    ReplyDelete
  12. Kita boleh menang di selangor jika calun2 umno yang banyak "tak sekolah yang bebal dan gila kuasa".... juga korup dan banyak skandal sex dan wang politik kena diweed out. Calun mesra rakyat diutamakan tapi mestilah ada jugak kebolehan akademik dan latarbelakang moral yang bersih. Jangan pilih yang sombong, yang bongkak yang lupa diri, yang tak berprinsip yang tak menolong bangsa sebab perangai begini ada jugak dalam UMNO. BE HUMBLE...itu satu nilai yang sangat berkurangan. Kebanyakannya mudah tak sedar dan lupa asal-usul mereka bila dapat jawatan parti. Kalau UMNO dapat cari calun yang bercirikan kualiti yang berkenaan ...insyaallah UMNO BOLEH MENANG!!!

    ReplyDelete
  13. Dah bersepah dan berlambak orang-orang melayu murtad di seluruh malaysia. Bukan saja di Selangor tapi baru sekarang nak kecoh-kecoh pertikaikan masaalah JAIS. Masa Lina Joy dulu kerajaan tak ambil tindakan pun. Tak kisah langsung sampai budak tu jadi murtad. Mengapa undang-undang murtad tak dilaksanakan dengan berkesan masa Lina Joy nak murtad? Sekarang dalam kerajaan Pas selangor pun sama juga ...tak nampak pencegahan dari pakatan..2x5..sama sajalah nampakny. Pi mai..pi mai ..tang tu jugak!

    ReplyDelete
  14. keeping with umno tradition...if the candidates can read what is written, recite what is told, obey as commanded....then that is the umno candidate...tapi kalau ADA yang radical, lebeh cerdek sikit, ada nampak ketokohan kepimpinan dan tak pandai ampu bodek (yes man) aaaahhh KENA CANTAS matilah engkau!!!

    ReplyDelete
  15. Salam Lord!

    Apa kelemahan yang terdapat pada pendakwah-pendakwah agama Islam berbanding dengan agama Kristian? Apa yang membuat kaedah berdakwah mereka lebih menarik kepada setiap lapisan masyarakat!

    Pendakwah Kristian sanggup masuk ke pedalaman, kampung-kampung orang Asli, Sabah Sarawak tu toksah ceritalah..dah lama berjalan. Pendakwah Islam sanggup ke? Teknik yang sama dibawa ke Semenanjung, ke rumah-rumah, ke kelab-kelab sosial dsb. Mereka panggil dan sanggup jemput dengan kenderaan supaya orang ramai datang. Tentu banyak dana yang diperlukan. Nak menggerakkan orang tentu kena ada kereta dan bas. Jadi kalau orang susah, dijemput datang makan free, dapat duit dan macam-macam bantuan lagi - siapa tak nak? Iman mana yang tak goncang?

    Sedangkan sistem kita kena isi berpuluh borang dan jawapan pun belum tentu berjaya. Pegawai-pegawai pun tak nampak prihatin atau bersimpati dengan kesusahan pihak yang mengadu atau meminta bantuan...baik Jabatan Kebajikan mahu pun Jabatan Agama. Crisis centre Christian tak begitu. Mereka tau orang yang susah perlu bantuan segera. Takkan nak tunggu jawapan pada borang sementara anak bini kebulor.

    There must be something wrong with the system that people get turned away and turned off. Carilah puncanya dan selesaikan masalah ini segera!

    ReplyDelete
  16. Kalau gitu, kena lah ada jugak Muslim Crisis Centre dengan konsep yang sama. Duit Baitul Mal dan duit Zakat banyak kan? Apa Menteri Agama Jamil Khir lakukan? Dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun ada peruntukan berjuta. Pegawai Jabatan Kebajikan kena dilatih lengkap sebagai 'social worker' yang bukan setakat duduk di pejabat untuk pos cek - tapi proaktif keluar mengenalpasti kes-kes bila dapat aduan dari orang ramai. Jangan jadi macam Shahrizat, umum peruntukan banyak2 lepas tu kalau ada masalah, datang ke ejabat kebajikan masyarakat. Habis, kalau miskin takde duit tambang, takdelah bantuan. Kalau duduk di kawasan terpinggir, matilah kebuluran.

    Tukar ajelah menteri-menteri ni! Memang diorang tak buat apa-apa untuk menolong rakyat! Kerajaan kenalah fikir macam mana mengatasi isu ini! LAMBAT SANGAT BERTINDAK!

    ReplyDelete
  17. Bila membaca isu DUMC ini, saya teringat semula kes "Perjumpaan Jeff Ooi DAP dengan Paderi Kristian di Pulau Pinang" (walaupun dinafikan olehnya!!!??) beberapa bulan yang lepas. Adakah ini secara kebetulan atau memang telah menjadi sebahagian strategi jangka panjang mereka untuk memecah belahkan masyarakat Melayu Islam? Wahai bangsaku, fikirkanlah...

    ReplyDelete
  18. Saya sangat gembira bila membaca dan mendengar UMNO Selangor akan mengambil tindakan saman kat PAS ...aaahh, macam itu lah patutnya jangan main gertak-gertak pasal PAS ni memang jenis tak makan saman. Ajor sikit!!!

    ReplyDelete
  19. Jangan haraplah isu murtad ni akan selesai...sampai sekarang si PKR Khalid Gagap tak dapat beri keputusan mengenai laporan JAIS. Asyik buat alasan demi alasan sampai sultan pun tak boleh buat apa2. Banyak sandiwara politik dan berretorik jer. Sementara waktu makin banyak yang akan murtad sebab undang2 tak kuat!

    ReplyDelete
  20. Kawan harap bior PAS kalah sampai tinggai sehelai sepinggang..baru padan muka, kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  21. Point anon:16.15 mengenai "Jeff Ooi DAP dengan Paderi Kristian di Pulau Pinang"...memang ada political lingkages, kita jangan terlepas pandangan apa yang DAP lakukan dua bulan yang lalu memang ada sankut paut dengan isu murtad kini. Strategi memecah belahkan orang2 melayu melalui MURTAD oleh pendakwah2 kristian untuk dijadikan negara malaysia sebagai negara kristian dimana malaysia akan hilang identitynya sebagai negara Islam amat jelas kita lihat apa yang berlaku sekarang. Sedangkan pemimpin2 melayu Islam kita sibuk main politik dan bercakaran sesama mereka sehingga hilang punca untuk menangani masaalah aqidah yang terjejas. Kerajaan mestilah ambil tindakan tegas mengenai isu MURTAD tanpa kompromi.....

    ReplyDelete
  22. Yea Colliq, pemimpin2 kita memang suka bercakaran dan berdrama. Kadang2 terfikir jugak diorang ni betul2 ke ikhlas nak jadi pemimpin Islam sejati. Cuba tengok isu murtad..takde sape pun pickup seriously on the matter. Tetapi kalau nak berjalan cari nama antarabangsa ..lambat hari siang mengejar impian jadi hulubalang negara. Tengok si Azeez MT dok pegi hantar bekalan makanan ke Gazalah ...ke Somalialah tapi di Malaysia ni berlambak lagi orang2 malaysia yang kebuluran disebabkan kemiskinan, kadang2 rumah pun macam reban ayam atau kambing..tak pulak si Azeez MT pegi jengok dan cari mereka yang susah. Selesai hak dalam negeri dulu sebelum nak mengada-ngada keluar negeri cari cheap publicity. Bak kata moyang saya GAJAH depan mata tak nampok NYAMOK diseberang pulok nampok!!!

    ReplyDelete