Wednesday, 12 October 2011

ASAL USUL MALAYA: Buta Sejarah atau Tak Terima Hakikat

 Diterjemahkan ...
"Mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya"... 

Kata-kata George Santayana (seorang ahli falsafah keturunan Sepanyol yang lahir di Madrid pada hujung abad ke-19 dan beroleh pendidikan di Harvard, Amerika Syarikat) yang  masyhur ini menghukum sesiapa saja yang sewenang-wenangnya hilang ingatan apabila selera politik mendorong mereka mengubah fakta sejarah semata-mata bagi membolehkan matlamat menghalalkan cara.

Sejarah antara sumber bagi kajian sains politik. Kenapa? Kerana Sejarah bukan ramalan. Ia adalah "catatan peristiwa yang telah berlaku" dan justeru merupakan "rekod yang konsisten, tetap dan tidak berubah" untuk ahli politik dan pengkajinya membuat perbandingan atau rujukan. Kalau Malaysia merdeka pada tahun 1957 ... maka Sejarah merakamkan bahawa pada tahun 1957 lah, Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman telah berteriak "Merdeka" di Stadium Merdeka. Dokumen, gambar dan lain-lain bukti yang menyokong peristiwa sejarah itu menyebabkan ia menjadi kenyataan yang tak dapat di nafikan.

Mat Sabu - "MAHARAJA LAWAK" pembangkang 
Menukar fakta sejarah untuk memuaskan ego pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka untuk mengelirukan kefahaman ramai sebenarnya tak akan  mengubah hakikat sejarah itu. Kerana itu bila Mat Sabu mengagung-agungkan Komunis seperti Mat Indera sebagai wira sebenar dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong - ia hanya membuktikan bahawa Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terlalu cetek pengetahuan tentang Sejarah negara sendiri...... dan selain dari ia menunjukkan bahawa Mat Sabu hanya bertujuan menidakkan keperwiraan pihak polis dan memperkecilkan pengorbanan nyawa mereka mempertahankan negara ini ... ia juga membuktikan bahawa Mat Sabu bermasalah menerima hakikat bahawa Komunis sudah tidak lagi punya tempat dalam dunia politik sekarang. Kalau dalam istilah psychology Barat, Mat Sabu yang cakap merepek ni dalam keadaan in denial... atau dalam cakap biasa - tak boleh terima hakikat!  Motifnya politik. Mat Sabu tak peduli samada kenyataan yang dibuat merupakan fakta sebenar atau hanya mimpi siang yang direka sendiri!

Yang menyokong cakap Mat Sabu juga hanya pembangkang yang  sama-sama buta sejarah seperti dia dan yang ambil kesempatan cuba main silap mata dengan memutarbelit tindakan, cakap serta watak dalam sejarah itu sendiri. Itu semua kumpulan yang tak boleh terima kenyataan sejarah.
Prof Dato Dr Ramlah Adam
Bila fakta sejarah yang sebenar dibentangkan pada mereka, maka jadilah seperti kejadian yang berlaku pada Forum anjuran Sinar Harian tempoh hari di mana ceramah penerangan YBrs. Prof. Dato Dr. Ramlah Adam, seorang ilmuwan dan pakar sejarah di "boo" oleh para penyokong pembangkang yang berada di kalangan hadirin. Tindakan yang liar, tidak profesyenal dan tidak bertamadun ini bukti jelas bukan sahaja bahawa mereka tak dapat menerima hakikat sejarah yang sebenar tapi juga menunjukkan bahawa mereka tak punya hujjah yang boleh disokong dengan data serta dokumen yang ilmiah. Pembangkang hanya mampu melontar cakap kotor dan membuat bising supaya hadirin lain tidak dapat mengikuti ucapan Prof Dato Dr Ramlah.  Orang lain yang hadir di acara itu dapat menyaksikan sendiri betapa pembangkang yang sebenarnya takut berdepan dengan fakta sejarah.

Lagi pun Prof Dato Dr Ramlah bukan orang politik. Beliau bukan langsung calun yang bertanding untuk UMNO atau BN. Beliau ahli akademik yang tersohor di dalam bidang sejarah negara. Kenapa pembangkang takut sangat cakapnya di dengar umum?Apa jadi dengan kesediaan nak menyelesaikan kesalahfahaman sejarah ini secara berdebat dan berbincang? Kata pembangkang ramai yang bijak pandai dan terpelajar, masuklah gelanggang secara profesyenal. Kenapa "boo"?  

HAKIKATNYA MALAYSIA LAHIR DARI KEBIJAKSANAAN RUNDINGAN DAN PERJUANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU TERDAHULU
Malaysia lahir hasil kebijaksanaan rundingan dan perjuangan pemimpin Melayu


















Hakikat ini terbukti dari catatan sejarah. Kita menuntut kemerdekaan kerana  kita dijajah oleh British. Kalau kita tidak bebas membuat urustadbir negara sendiri dan terpaksa sentiasa merujuk (refer) kepada British Resident yang menjadi Penasihat - maknanya kita tidak bebas bertindak sebagai pemerintah. Bila kita tidak bebas bertindak sebagai Tuan di negara kita sendiri, maknanya kita tidak merdeka dari belenggu penjajah. Itulah lojiknya!

Itulah sebabnya YTM Tunku Abdul Rahman,  mengepalai utusan ke London UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA!

Selepas beroleh kemerdekaan barulah muka-muka Resident British lenyap dari carta organisasi pentadbiran negara dan negeri. 
ITU HAKIKAT! BUKAN PENDAPAT! 
OPINION IS NOT FACT!

Hakikat itulah menjadi intipati kepada kenyataan jelas yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia untuk menjawap segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang tentang sejarah negara ini. Baru-baru ini perkara ini telah dibangkitkan oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) dalam soal jawab Parlimen.

KONTEKS suatu ciri penting dalam kajian Sejarah. 'Konteks' bermakna persekitaran yang menjadi prasyarat kepada sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Zaman di masa komunisme hidup dan berleluasa sudah lama berlalu. Menyebut tentang komunisme di zaman Internet ini sama seperti menonton wayang tentang dinosaur di zaman Jurassic. Ia hanya khayalan sesuatu yang ujud pada satu masa dulu yang kini sudah kabur, cair dan hanya boleh ditonton di pangung wayang atau di muzium. Komunisme lahir dalam keadaan jurang ekonomi rakyat terlalu besar - yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Ia boleh ujud di tempat-tempat kelahirannya seperti Tanah Besar China, Indonesia, negara-negara Eropah Timur (East Germany, Poland dll) dan Soviet Union yang kini dikenali sebagai Russia. Tetapi di negara seperti Malaysia di mana taburan ekonomi dan taraf hidup rayat amat seimbang, komunisme tidak akan boleh bernyawa!

Chin Peng
Bila Free Malaysia Today  menganjurkan supaya Chin Peng dikembalikan ke dalam rekod sejarah negara kita sebagai freedom fighter ramai rakyat yang marah - terutama sekali generasi kedua pada mereka yang hidup di zamannya dan berpeluang menyaksikan Chin Peng in action.  
How do you rationalise to the families who lost their loved ones at the hands of the Communist like Chin Peng and his band of Bintang Tiga terrorists? Whose freedom was Chin Peng fighting for that these innocent lives were sacrificed? What good did Malaysians gain from the horrors of Communism? That part of history is still remembered by the rakyat ... don't take the people for fools!!


Kalau Malaysian Insider menyanjung dan mengakui Chin Peng sebagai pahlawan (warrior) mereka, bagaimana pula dengan Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela dan lain-lain penentang British? Siapa Chin Peng di kalangan nama-nama yang hebat ini? Kita tak dengar wira-wira yang menentang British ini mengganas dan membunuh rakyat sendiri. Bunuh askar British dan Gurkha yang jadi tentera mereka adalah. Tapi Chin Peng mengganas dan membunuh bukan sahaja Melayu, tetapi jugak China dan India! Warrior apa namanya tu?
Tiba-tiba pulak hari ni saki baki puak Chin Peng yang di Malaysia ni nak mengarak dia balik sebagai hero... Apa hal ni? Langkah mayat kita dulu, jangan ingat kita takut!

Tapi sekarang, semua orang nampaknya nak mencipta sejarah baru. Semua fakta sejarah nak dijadikan free for all untuk diubah dan ditukar. Sejarah Amerika Syarikat dah masuk berapa centennial tak ada pulak orang berani (yang tak ada asas sejarah pulak tu) nak meminda peristiwa dan chronology nya. Apa ke jadah kita nak biarkan orang buat begini pada sejarah negara kita? Nampaknya pembangkang ni dah semakin bankrap idea untuk nak menang. Cipta sejarah baru untuk kelirukan rakyat. Bajet negara di kata bajet Santa Claus. ISA dihapuskan kononnya mereka yang punya kerja. Bila bagi negeri untuk perintah, hancur. Tengok aja Selangor dan Kedah, tiga tahun tak jadi apa! Khazanah negeri makin kosong, masalah makin bertambah. MB Kedah sampai masuk IJN tak boleh handle masalah negeri. MB Selangor nak kena ganti MB baru. Kelam kabut Malaysia dibuatnya!

Rakyat sebenarnya semakin cerdik dan boleh buat perbandingan. Mereka dah fed up dengan gelagat pembangkang yang semakin hari semakin menunjukkan mereka tidak boleh memimpin negara ini. Kerja tak lain, cari isu, bangkang dan buat cerita rekaan. Mungkin kerjaya yang lebih sesuai bagi puak pembangkang ini ialah jadi movie star di Hollywood sebab pandai berlakun. Mereka bukan politician dalam ertikata sebenarnya...dan jadi pemimpin jauh sekali. Perubahan-perubahan baru yang banyak dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional sudah membuat mereka kecut perut. Jadi pembangkang ni tunggu masa ajalah untuk dibungkus sebagai bahan sejarah di PRU 13 nanti!

12 comments:

  1. Lord, terima kasih lah kerana membela nama baik Aki Baman ni. Cukup-cukup lah manusia puaka macam Mat Sabu dan puak-puaknya ni menghina bangsanya sendiri. Kerana terlalu taksub nak merebut kuasa politik, sanggup mem'bohong'kan sejarah dan menidakkan darah pahlawan yang tumpah mempertahankan tanahair. Disebab perbuatan Mat Sabu ni, Cina dan India pun dah naik sedap mengata dan memijak maruah kita hari-hari. Mat Sabu ni lupa ke yang dia tu Melayu dan Islam juga. Kita perlukan satu pemimpin yang berani dan benar-benar boleh mengangkat balik mertabat kita sebagai bangsa asal yang membina negara ini. Mana lah dia agaknya???

    ReplyDelete
  2. helo tuan rumah..awk pun jahil tentang sejarah kan,terimalah hakikat yg UMNO tu bkn pejuang kemerdekaan yg sebenarnya,bnyk fakta2 sejarah yg di sembunyikan..so mmg UMNO dgn puak2 dia termasuk kau mana nak terima hakikat yg UMno bkn pejuang kemerdekaan kan..kan..lebih2 lagi yg bentangkan isu mcm ni adalah org dari parti pembangkang..hehe..UMNO dah tau kisah perjuangan yg sebenarnya..pasal tu dia x nak mengkaji sejarah kemerdekaan,kalau tak,habislah tembelang UMNO pecah...kesian kan....walaupun perit tapi terima lah hakikat yg benar..bahawa UMNO BKN PEJUANGAN KEMERDEKAAN...hehe

    ReplyDelete
  3. Wahai pakar sejarah!

    Siapa yang jahil sebenarnya? UMNO atau Pakatan? Setakat me'label' seseorang sebagai jahil tanpa disokong dengan fakta yang kukuh serta bukti yang meyakinkan meletakkan mertabat anda sama seperti tukang 'boo' Prof Dato Dr Ramlah tempoh hari.

    Pakar sejarah ni lulusan dari mana iya? Dalam bidang sejarah apa? Pengkhususan bidang sejarah ini banyak - mengaku aja pakar sejarah tak cukup.

    UMNO memang pejuang kemerdekaan. Segala rekod,dokumen dan perutusan di antara YTM Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ketika itu dengan wakil Kerajaan Britain jelas membuktikan bahawa UMNO yang mengepalai segala usaha memperolehi kemerdekaan Malaysia. Ratu England yang diwakili oleh Duke of Gloucester secara rasmi menyerahkan kepimpinan negara kepada YTM Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Itu FAKTA yang dirakam secara rasmi dalam catatan sejarah negara selama lebih 54 tahun. Kenapa baru sekarang nak kata UMNO bukan pejuang kemerdekaan? Yang tak ada pada masa itu adalah Pakatan.

    UMNO dah ujud lebih lama dari PAS, Semangat 46 mahu pun Pakatan Rakyat. Malah PAS, Semangat 46 dan jugak PKR lahir dari perut UMNO. Nampaknya pakar sejarah ni tak boleh pakai. Sama buta sejarah macam mat sabu gamaknya. Janganlah emosi...berperangailah seperti orang dewasa, profesyenal dan objektif. Kalau betul pakar sejarah, mesti lengkap dengan rekod dan dokumen sokongan. Tunjukkan mana fakta sejarah yang kononnya disembunyikan. Kita terbuka...parti pembangkang, NGO atau siapa saja. Tunjuklah mana dia tembelang UMNO yang dikatakan pecah! Jangan cakap aja tapi habuk pun tarak!

    Kesian...tentu lebih perit untuk pembangkang apabila political reality pada PRU 13 nanti menunjukkan pembangkang hilang semua kerusi kepada UMNO dan terus jadi bahan sejarah untuk disimpan di Arkib Negara. Kalau pakar sejarah hilang jawatan nanti, datanglah ke Pejabat UMNO, insyaallah kita akan cuba carikan kerja yang sesuai!

    ReplyDelete
  4. LOL...that is so cool, Lord! I love your comment. Your reply is not only straight to the point but it has made that pseudo-historian look like a four-year old who just got a spanking. HA HA HA ... he or she got what he/she deserves. Brilliant!

    ReplyDelete
  5. Sangat melucukan bila tengok gambar mat sabu diatas....nak ketawa pun ada. Muka lawak mat sabu macam rupa charlie chaplin. Nampaknya PAS dah ketandusan pemimpin yang berkeliber dan intelektual. Badut politik macam mat sabu pun boleh jadi timbalan presiden parti. Jangan lah Pakatan mimpi nak memerintah kalau dada tak penuh ilmu. Nanti jadi bahan gelak ketawa rakyat ajer!!!

    ReplyDelete
  6. Welcome back Lord!

    Lama tak baca blog you Utopia. Memang betul yang tak sekolah pun nak jadi ahli sejarah sekarang ni. Dulu ali, ah chong dan muthu tak timbul soal nak tukar sejarah perjuangan malaysia, atau tukar lagu negara ku dan tukar bendera malaysia. Tapi sekarang mat sabu, namwee dan manoharam dah mengelirukan rakyat dengan ragam dan perangai yang jelik seperti di atas.

    ReplyDelete
  7. Hi Lord, that was a good one and I love it. Yea..opposition has no idea how stupid they sound when rebutting your argument...just look at them turning yellow and bungling like silly idiots. With leaders like Anwar Ibrahim (PKR) who is loaded with a lot of moral and personal problems, Mat Sabu (PAS) who comes up with absurd claims on communist Bintang Tiga as heroes and Lim Guan Eng's (DAP) inconsistency with his foul derogatory remarks on Johore economic position and then within the same breath turning round to apologise after Sultan Johore displayed his wrath (tau takut!!!), it's a wonder how the PKR members still look up to these monkey brains as heroes. It really makes Pakatan lose their credibility with the people. I think you're right to say that they are in denial. They will lose this time, the rakyat is ready to get rid of the opposition...I can feel it in my bones! Good riddance to bad rubbish!

    ReplyDelete
  8. Too funny ... kih kih kih!!! Oh I love this :)

    ReplyDelete
  9. Mula-mula nik aziz(Pas) kata nak implement hudud. Anuar (PKR) kata sokong tapi bila Karpal dan kit siang (DAP) gertak kata tak boleh pakai undang-undang hudud....anuar gostan dan sokong pulak tindakan DAP. Last-last nik aziz tarik balik tak jadi pakai undang-undang hudud. Betul-betul kartun cara Pakatan nak melaksanakan undang-undang Islam. Bila tak jadi buat, tiba-tiba UMNO pulak yang disalahkan. BENGONG PUNYA PAKATAN...

    ReplyDelete
  10. pakar sejarah,
    anda memang bangang..

    ReplyDelete
  11. faktanya ialah , pakatan tidak mampu berhujah dengan cara profesional apabila berhadapan dengan seorang profesor sejarah , hanya dalam blog atau media maya mereka akan menyalak habis2an ...

    kedua , kalau bukan gabungan NGO melayu dari johor , perak, pahang dan sebagainya yang membentuk pasukan mendesak British yang diketuai oleh Onn jaafar dan TAR , lalu dari gabungan ini lahir nama UMNO , tetapi pakatan kata bukan UMNO yang perjuangkan kemerdekaan , siapa yang perjuangkan suara meminta kemerdekaan dari Britisah ? adakah PKR ? DAP ? PAS ?

    adakah komunis ? yang membunuh ribuan nyawa orang kampung , para imam dan bilal masjid , wanita dan kanak2 tidak berdosa!

    yg nyata , pembangkang malaysia ini jenis pembangkang tak berkualiti , tahunya cuma berbunyi menyalak , biar bunyi suara beruk atau kumbang gonggok , janji bunyi ...

    ReplyDelete
  12. pakar sejarah tu buta sejarah sebenarnya , kepala hotak dia berjambul kunyit !!

    ReplyDelete