Monday 11 April 2011

Janji Manis Mu...

Jangan mu suka berjanji, jikalau tidak ditepati
Janji membawa akibat, kerana banyak yang curang
Janji serupa tekat, ada yang palsu, ada yang tepat
Oleh kerana itu, kalau berjanji mesti tepati....

Dan lirik lagu klasik itu berterusan menyampaikan kata nasihat kepada umum agar setiap yang mendengar beringat supaya janji yang dibuat kepada sesiapa jua pun tidak ditabur sewenang-wenang tanpa sebarang rasa tanggungjawab untuk mengotakannya.

Lepas tu Aishah pulak  balik dari New Zealand cakap fasal Janji jugak...

Hati membeku mengingatkan, kata janji manis mu..ooo
Ku dilambung angan-angan, belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya...

Lirik lain, tapi isinya serupa - Janji Manis. Manis sewaktu diucap saja, tiba bila masa nak buat...hancokk... Kemudian berpuluh-puluh lagi lagu tentang janji - sama skrip...cakap yang tak serupa bikin...

Tapi sungguh pun mutiara kata ini sudah lama diperdengarkan kepada ramai namun boleh dikira berapa puntong yang mengambil iktibar darinya. Kalau dah manusia tu, manusia jugaklah. Oleh kerana ia tidak memerlukan modal, atau penaja, atau jaminan, atau pun tempoh sahlaku - diorang semua ni buat janji semacam.

Seperti juga janji yang dilafazkan antara kekasih, janji kepada pengundi juga berperanan menarik dan menambat hati mereka untuk mempastikan mereka tidak membuat pilihan selain dari si pembuat janji. Walau bagaimana pun kalau si kekasih sudah semakin bijak menilai janji yang diucap kepadanya semasa hangat bercinta, pengundi juga seharusnya tak bodoh dalam membuat pertimbangan akan komitmen yang diucap oleh calun-calun yang berkempen untuk memenangi hati mereka.

Blogger ini sebenarnya telah berpeluang menyaksikan perubahan yang dilalui bandar Kuching melalui dua generasi. Semasa kecilnya sewaktu naik kapalterbang pun kena pakai timbang - bukan timbang beg, timbang orang ok!!! Dan di zaman dewasanya  apabila tempahan makanan atas flight sudah boleh dibuat online. Tak faham sebenarnya apa asas janji perubahan yang di bawak oleh pelopor-pelopor tagline Vote for Change . Buta ke mata diorang ni??? Tak nampak ke change atau 'perubahan' yang dipekik-pekikkan tu dah lama dibawa oleh 'dacing' (dulu kapal layar, beb).

Memang susah bercakap dengan orang yang bermasalah menerima hakikat ni. Sebab diorang ni hidup dalam dunia realiti ciptaan dia sendiri...kesian kalau fikirkan...forever in denial...

Janji memang lebih mudah dibuat oleh orang yang tak pernah dituntut memenuhinya. Penasihat besar voters for change ini (yang datang dari Semenanjung, bukan Sarawak) hidup dalam dunia realiti dia sendiri juga. Janji popularnya nak tawan Putrajaya pada 16 September...entah tahun bila dulu, sampai hari ni tak jadi-jadi. Lepas tu seribu macam janji dibuat sampai hari ni - yang satu pun tak ditepati. Yang hairannya, sebijak-bijak voters for change yang mengarak Penasihat ni kesana kemari pada pilihanraya Sarawak ni, mereka masih percaya pada tukang karut yang menyanyikan lagu lama angan-angan sendiri. Yang kata pandai sangat tu, rupanya burung kakak tua yang setakat pandai komen aje!

Sambil menikmati aroma kopi panas yang harum menyegarkan minda dan kenangan di tengah-tengah bandar Kuching pada pagi menjelang tarikh penentu 16 April 2011, Blogger ini membuat kesimpulan bahawa hakikatnya pengundi Sarawak yang bijak dan rasional perlu bertanya satu soalan saja.

Adakah penyanyi janji manis ini melagukan nyanyian masa depan rakyat Sarawak - atau balada sekumpulan 'tukang mengarut' yang hanya nak merebut kuasa??? Fikir betul-betul beb...gunakan akal anugerah Tuhan!

1 comment:

  1. Memanglah itu lumrah...manusia sentiasa berjanji
    seribu satu macam sebelum dapat. Tapi bila dah dapat macam taik kelakuannya. Tengoklah apa dah jadi dengan Selangor, sekarang Sarawak pulaaak.
    Awas orang2 Sarawak jangan tertipu pulak macam orang Semenanjung dengan janji2 manis ANU WAR tu. Dulu nak rampas Putrajaya sebelum 16 September sekarang Petrajaya pulak...eeehh mana dia jam tangan OMEGAnya. Tanya Kak Jizah daa!!!

    ReplyDelete