Sunday 13 March 2011

TAHNIAH KERDAU DAN MERLIMAU ??? BETUL KE BN MENANG ???



Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan berganda yang dicapai di Kerdau dan Merlimau dari kalangan ahli serta penyokong Barisan Nasional. Namun terdapat beberapa suara yang kurang ghairah menyambut kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Ahad 6 Mac 2011 yang lalu kerana mengkhuatiri bahawa itu hanya umpan untuk  pembangkang yang tahu mereka akan kalah. PAS menurut mereka memberi kemenangan selesa kepada Barisan Nasional supaya mereka dapat menyimpan peluru yang lebih kuat untuk dilancarkan pada PRU 13 nanti. Maka PAS membiarkan BN ibarat Luncai  terjun dengan labu-labunya - kerana calun mereka adalah calun recycle yang pernah kalah sebelum ini dan perlu dikeluarkan dari gelanggang.

Senyuman mereka disembunyikan apabila melihat para penyokong BN berpesta meraikan kemenangan di Pekan Temerloh selepas keputusan diumumkan. Ini baru First Round, kata mereka...bagi dia orang sedap dulu...nanti bila diorang mula tersengguk, kita belasah sampai tak bangun. Tujuannya adalah supaya mereka terus dapat habuan yang diturunkan oleh BN baik dalam bentuk jalan tar, bangunan baru,   geran tanah atau apa saja selagi boleh didapati sebagai janji pilihanraya. Malah mereka berpandangan pengundi Cina semuanya memang mencari kesempatan pilihnraya kecil seperti ini untuk menuntut dan mendapatkan sebanyak mungkin sekiranya sokongan dan undi mereka diperlukan.

Samada sangkaan ini betul atau tidak, BN tak boleh mengambil sambil lewa. Mereka perlu meningkatkan keupayaan jentera yang ada di samping menyediakan barisan calun yang punya kredibiliti dan boleh diterima oleh rakyat. Hakikatnya selera pengundi adalah kepada ciri-ciri kepimpinan yang menawan hati rakyat antaranya berwibawa, bersih, berkualiti dan berwawasan - berani, tegas, diminati ramai (likeable) dan tidak flip flop. Kemungkinan besar parti bukan lagi jadi jenama penentu kemenangan. Rakyat khususnya pengundi akan mengenalpasti siapa wira yang mampu memperjuangkan hak serta kepentingan mereka.

Walaupun parti-parti yang menaja calun bertanding merasakan bahawa mereka boleh mempengaruhi pengundi melalui  taktik dan helah yang terancang, tetapi mereka jangan memandang sepi kepada kebolehan pengundi yang sentiasa mengawasi dan menilai bagaimana calun-calun ini melaksanakan tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Soalan yang perlu dijawab oleh BN ialah adakah kemenangan mereka di Kerdau dan Merlimau menjamin kemenangan besar pada PRU 13 nanti.

Jawab...jangan tak jawab!

2 comments:

  1. Tapi memang pun calun-calun BN/UMNO kebanyakkannya tak ada kredibiliti dan kurang ketokohan sebagai wakil rakyat yang nampak cerdik (IQ terong punya mentaliti) dan tak mesra rakyat. Jadi boleh ke Tok Najib berani menukar muka-muka warlord/warlass
    yang kadang-kadang cerdik pengudi dari mereka. Itu pasai kita kena cari pemimpin yang berani dan tegas bukan nya 'flip flop'.

    ReplyDelete
  2. Supaya BN kekal menang, semua calon BN perlu mempunyai kredibiliti, integriti, qualification dan moral yang bersih dan baik. Bukan sahaja calon, tetapi pemimpin pemimpin di sektor awam., GLC dan universiti/IPTA serta perbadanan mestilah mereka-mereka yang boleh di percayai, di segani dan mempunyai merit.

    Kriteria yang tranparent bagi pemilihan mesti wujud.

    ReplyDelete