Tuesday, 9 August 2011

GELOMBANG MURTAD ... PENGHAPUSAN ETNIK YANG MUTAKHIR!

HOW FAR WILL PAS GO???

Dr Burhanuddin Helmi
PAS sudah tak macam dulu. Pada mula PAS (ڤرتي اسلام س-مليسيا) muncul di persada politik negara, ia ditubuh untuk menghapus penjajah Barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam. Diterajui oleh ulamak, mubaligh dan aktivis agama serta pejuang aqidah yang berjiwa Melayu seperti Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, Dr Burhanudin al-Helmi dan Tan Sri Mohd Asri Hj Muda, PAS mengundang rasa hormat dan segan khusus di kalangan masayarakat Melayu Islam di Malaysia (Malaya sebelumnya) - walau pun ada pihak-pihak pada ketika itu (dan juga sekarang) yang merasakan bahawa kurang sesuai bagi agama - sesuatu yang suci dijadikan  'branding' sebuah parti politik.  Namun oleh kerana majoriti rakyat adalah Melayu yang beragama Islam  dan perjuangan kelompok ini pada ketika itu berteras kepada kekuatan ummah yang seagama, PAS tampil ke depan sebaris dengan UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan!
Tapi itu dulu! PAS dulu lain, PAS sekarang lain!  

Seperti SEMANGAT 46 dan PKR, PAS jugak lahir dari UMNO. 
PAKATAN SYAITAN 3 Jebon
Namun pada hari ini dek kerana dendam kesumat, mereka tidak teragak-agak nak menghapuskan UMNO sehingga sanggup membuat perjanjian syaitan bersama DAP dengan Anwar Ibrahim (PKR) raja Iblis yang munafiq. 
Tan Sri Asri Hj Muda
Tan Sri Asri Hj Muda semasa hayatnya pernah dipetik berkata.."Ramai orang menang bila diuji dengan kesusahan...tapi tak ramai yang menang bila diuji dengan kesenangan...". Aneh, kata-kata beliau yang diucapkan beberapa dekad yang lalu tiba-tiba jadi begitu bermakna dan relevan dalam konteks peristiwa terbaru di Selangor di mana orang Islam terdorong menerima undangan gereja sebagai balasan pada pertolongan diterima. Peristiwa yang dimaksudkan tentulah Makan Malam Thanksgiving yang di adakan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya  sebagai TOPENG pihak gereja kepada apa yang sebenarnya satu program orientasi agama dianjurkan terhadap sebilangan tetamu Islam yang diundang.

Demikianlah bila pemberian dan kesenangan yang diterima melemahkan kekuatan dalaman seseorang dan menjadikannya tewas dan tidak berdaya melawan desakan pihak yang memberi. MACAM RASUAH LAH JUGAK!!! Taktik yang digunakan dalam strategi berdakwah cara begini amat berkesan kerana budaya terhutang budi ini adalah satu nilai universal yang diketahui umum dan para pendakwah missionary sudah berkurun mengeksploitasi rasa terhutang budi di kalangan kumpulan-kumpulan yang mereka bantu atas dasar hak kemanusiaan!

Hangat perbincangan yang timbul dari peristiwa ini. Ramai yang menuding jari - PKR tunjuk UMNO, UMNO tunjuk PAS, sibuk seperti biasa salah menyalah antara satu sama lain. Tiada siapa yang nak mengaku mereka sama-sama menyumbang terhadap kejadian yang mengejutkan umat Islam negara ini (baik parti mana pun mereka sokong). Dalam kekecohan ini, tak seorang pun terfikir untuk melihat ke arah kelompok satu lagi yang menjadi DALANG kepada perkara-perkara berkenaan, yang baling batu sembunyi tangan, yang cepat-cepat mengubah strategi kerana takut langkah mereka sudah di bau musuh!


IYA!!! DI SEBALIK SALAM PAKATAN, ISLAM ADALAH MUSUH MEREKA YANG TERBESAR!!! 

DARI ITU OBJEKTIF UTAMA GERAKAN KELOMPOK INI ADALAH UNTUK MEMESONGKAN AQIDAH PENGANUT-PENGANUT ISLAM KHUSUS YANG SUDAH MULA GOYANG AKIBAT PENDERITAAN HIDUP YANG  MEREKA TANGGUNG SERTA KEYAKINAN YANG SEMAKIN PUDAR TERHADAP INSTITUSI KEBAJIKAN YANG SEHARUSNYA MENOLONG MEREKA! 


The UN Commission on Human Rights  considers the recanting of a person's religion a human right legally protected by the International Covenant on Civil and Political Rights!


Tapi siapakah yang di sebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sebenarnya memainkan peranan???


SEKALI LAGI LAGU "HAK ASASI" JADI NYANYIAN YANG DIDENDANG BAGI MENYEMBUNYIKAN NIAT KELOMPOK INI YANG SEBENAR!

Mana-mana agama menganggap 'murtad' adalah satu dosa. Ugama Islam terutama sekali tidak mengizinkan umatnya terjebak dalam MURTAD kerana dosa turut ditanggung oleh mereka SEMUA dan bukan setakat mereka yang melakukan. 


CHRISTIAN CHURCHES EX-COMMUNICATES APOSTATES!
BUT ARE WE LOOKING AT THE BIGGER PICTURE???


Tan Sri Harussani Zakaria
SEBELUM INI, MUFTI PERAK, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA, (DALAM BLOG TUKAR TIUB) DILAPORKAN MEMBUAT PENDEDAHAN TENTANG KENYATAAN PERSATUAN PADRI MALAYSIA YANG MENDAKWA LEBIH 230,000 UMAT ISLAM MASUK KRISTIAN PADA TAHUN 2008 TAPI TIADA PIHAK BERKUASA ISLAM YANG MENYIASAT ... MALAH KATA-KATA BELIAU 'DIDUSTAKAN'! DIMANA LETAKNYA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKUASA ISLAM KITA YANG TIDAK BERTINDAK SEWAJARNYA??? 


PENGUATKUASAAN KITA BEGITU LEMAH! 


WHAT GOOD IS LAW IF IT IS UNENFORCEABLE?


PERNAHKAH KITA BERTANYA APAKAH SEBENARNYA TUJUAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DI 'MURTAD' KAN???


Adakah setakat memenuhi KPI bilangan sasaran kepala yang berjaya di Kristian kan? Atau adakah AGENDA LAIN YANG LEBIH BESAR?
Jawapan kepada soalan ini sepatutnya jelas dapat kita lihat kalau kita menggunakan akal fikiran yang rasional dianugerah Allah swt.
KITALAH PEWARIS YANG HAK KEPADA TANAH BESAR BERNAMA MALAYSIA INI. Namun hari demi hari hak kita sebagai orang Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk di Tanah Melayu ini hakikatnya semakin jelas terhakis!


Lim Guan Eng (DAP) menerima nasihat PAP
Dengan peminggiran orang-orang Melayu di Pulau Pinang hasil dasar perumahan dan penempatan DAP melalui Lim Guan Eng yang menganaktirikan mereka ... dan penyerahan tanah secara besar-besaran di Perak untuk jangkamasa yang tiada terhad (999 tahun) tindakan penghapusan etnik Melayu secara sistematik telah pun berlaku.

Nizar  (PAS) menerima nasihat dari  DAP
Ethnic cleansing is defined as the forced deportation or population transfer by deliberately inflicting on the displaced groups, conditions of life calculated to bring about its destruction in whole or in part!


IT IS THE ELIMINATION OF AN UNWANTED GROUP FROM A SOCIETY AS BY GENOCIDE OR FORCED MIGRATION!


GENOCIDE is the deliberate and systematic destruction of a racial, political or cultural group!
Di Malaysia oleh kerana hak-hak orang Melayu Islam sebagai anak watan pribumi diperuntukkan oleh Perlembagaan, maka menghapuskan etnik Melayu bukan sesuatu yang mudah  malah ia memerlukan strategi yang lebih halus. 


Siapa menyepit dan siapa yang disepit?
Di Selangor, ia dilakukan cara bersahaja dan santai melalui acara-acara rakyat, majlis-majlis keramaian termasuk Majlis Thanksgiving di Gereja Methodist yang menjadi kontroversi.


PERNAH KAH MELAYU PKR DAN MELAYU PAS TERFIKIR APA NASIB MELAYU ISLAM DI MALAYSIA KALAU DAP MENGAMBIL ALIH KUASA SEPENUHNYA??? 


DD...ddd....diamlah!!!


MB KHALID IBRAHIM SIAP KELUAR 'GAG ORDER' ... itu tak menafi hak asasi untuk bersuara ke?


Sejauh manakah mereka akan melacurkan BANGSA dan AGAMA demi mengekalkan KUASA dan KEKAYAAN???


Khalid Gereja???
ADAKAH MEREKA PEDULI???
Semuanya takut pada DAP.
 Datuk Hasan Ali




SIAPA  dan BERAPA ahli PAS mempertahankan Hasan Ali?
Hj Hadi Awang








HADI AWANG sendiri  boleh kata isu murtad adalah perkara kecil! PAS NI DAH GILA KE??


Sedarlah, apabila lebih ramai yang dimurtadkan, maka secara automatik bilangan MELAYU ISLAM di negara ini akan menjadi MINORITI. Secara automatik juga mereka akan hilang HAK BERSUARA dan BARGAINING POWER atau KUASA PERUNDINGAN yang bakal dimonopoli oleh DAP KRISTIAN yang menjadi MAJORITI!


MULA-MULA MEREKA PERTIKAI BAHASA DAN KERAKYATAN, KEMUDIAN MEREKA RAMPAS TANAH DAN KAWASAN,  ... KESUDAHANNYA?


Beginikah masa depan Melayu Islam?














KITA BELUM SAMPAI KE PENGHUJUNG CERITA.


GELOMBANG MURTAD ADALAH AGENDA PENGHAPUSAN ETNIK MELAYU ISLAM YANG MUTAKHIR!


APOSTASY IS THE FINAL ACT OF ETHNIC CLEANSING UPON US, THE MALAY MUSLIMS! WE ARE DOOMED UNLESS WE DO SOMETHING!!!


BANGKIT DAN LAKUKAN SESUATU WAHAI MELAYU ISLAM!


INI KESEMPATAN TERAKHIR!!

17 comments:

  1. Betul Lord Of The Rings! Jabatan Agama Islam kena lebeh agresif pantau semua kegiatan yang mencerobohi agama Islam. Pantau "Pastoral Services" yang memujuk orang2 tua dan orang2 susah yang tiada saudara mara mengunjung di hospital2 dan di rumah2 kebajikan. Pantau juga kumpulan "missionary" yang masuk berdakwah ke kampung2 orang asli dan penduduk2 peribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Sunggoh jelas si Khalid Gagap menyokong dan meminta maaf kepada pastor gereja...kemudian mengutuk Hassan Ali dan JAIS. Cisss....Khalid! Kau patut letak jawatan dan bertaubat mintak ampun pada TUHAN. Kau gagal menjalankan tanggungjawab mu sebagai KHALIFAH NEGERI SELANGOR!!!..

    ReplyDelete
  3. Apa pun, rakyat akan menolak Pakatan Rakyat di PRU13 nanti!
    Kecuali jika Melayu mudah lupa ..........

    ReplyDelete
  4. Saya cukup pelik dengan perangai Pakatan...terutama sekali PAS! Kalau PAS enggan berbaik-baik dengan UMNO kononya dasar UMNO bukan Islam. Tapi BOLEH pulak menerima DAP dan PKR (non muslim) yang jelas tak terima dasar Islam. Lagi tak boleh diterima akal sekutunya DAP memang dibelakang.... dalam usaha MEMURTADKAN orang2 islam. Sikap DAP baling batu sembunyi tangan memang kita nampak. Tapi DAP jugak yang disanjung dan dipuja oleh PAS. Baik campak jer serban dan jubah kamu wahai orang2 PAS yang hipokrit berlagak macam ulamak tetapi tak berdaya nak membela sahabat kamu (Hassan Ali) yang berani dan sanggup menghalang percubaan memurtadkan 12 orang islam tu. Tak usah mimpilah nak menang PRU13 kerana orang2 melayu islam akan MENOLAK PAS!

    ReplyDelete
  5. Kalau betoilah pastor digereja membantu dan memberi kebajikan kepada orang2 islam yang susah....contohnya kes ibu tunggal yang bernama Nur. Mengapa Baitul mal tak membantu? Mana pegi duit zakat yang berjuta-juta tu? Apa dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat... mana JAMIL KHIR dan mana dia SHARIZAT semuanya tidor ke, makan gaji buta ke? Sebab menteri2 ini tak buat kerjalah maka ramai yang menerima bantuan GEREJA dan menjadi MURTAD. Yang selalu kita dengar, JAIS rajin mengejar menangkap orang berkhalwat (JADI MAT SKODENG). Tapi bab menyerbu dan menghalang orang nak MURTAD tak dengar cerita sebab JAIS tak berani. Pencen kan saja kakitangan2 JAIS yang tak mampu melaksanakan tugas dan elemen2 pegawai yang berkurap (KORUP).Habis cerita!!!

    ReplyDelete
  6. Tindakan Dato Hassan Ali patut dipuji dan dipertahankan. Kerana dia lah satu-satunya orang PAS yang sekurang-kurangnya BERANI membuat sesuatu untuk menghalang kemungkaran. Teruskan mempertahankan ISLAM.

    ReplyDelete
  7. Dengar kata Pemuda Pas baru nak sokong Hassan Ali. Kita harap Hassan Ali dah kenal mana kawan dan mana lawannya. Tinggalkanlah PAS Dato' dan mari lah kita berjuang dalam UMNO!!!

    ReplyDelete
  8. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
    BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI

    Perkara 11. Kebebasan beragama.

    (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

    (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

    (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak--

    (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

    (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

    (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.


    (4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

    (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.


    Kesimpulannya..

    Perkara 11(1) : Orang Islam boleh MURTAD
    Perkara 11(4) : Kerajaan ada kuasa untuk mengawal dan menyekat sebarang dakwah/doktrin agama lain terhadap orang Islam.

    MARI KITA SEMUA MEMPERTAHANKAN PARTI YG MEMBUAT UNDANG2 INI....

    ReplyDelete
  9. Aku sokong tindakan JAIS Selangor mempertahankan syiar Islam di negeri ini. Khalid .... you can take a hike and get lost.

    ReplyDelete
  10. It's not about 'symbols', it's about faith and internal strength!

    Dr Burhanudin Helmi dan Tan Sri Asri tak pulak pakai macam Arab untuk menunjuk-nunjuk keislaman mereka. TETAPI keagamaan dan kemelayuan mereka gagah terserlah. Tak macam PAS sekarang - indah khabar dari rupa! Takde kekuatan dan sanggup berkompromi dengan kafir DAP dalam isu agama. PAS sekarang dah hanyut...tinggalkan kapal dia sebelum kita semua TENGGELAM!

    ReplyDelete
  11. TINDAKAN HASSAN ALI DAN JAIS SAH DISISI UNDANG2. KOME SOKONG MANA2 PIHAK DALAM MEMPERTAHANKAN DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM. WALAUPUN ADA PERBEZAAN 'POLITICAL IDEOLOGY'. TETAPI KOME SANGGUP KETEPIKAN POLITIK DEMI AGAMA TERCINTA.

    ReplyDelete
  12. Salam Perjuangan,

    Artikel Terbaik Bro.. Congrates..

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang RAKYAT

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. serabut kpale weyh....kbnykkn org skung neyh b'tuhankn duir dan kuasa n hasilnye seperti yg d'ats....smogaallah m'bls kpd mereka2 yg b'tggungjwb...muslim 4 life...

    ReplyDelete
  14. Mana Anuwar ni Lord? Ngapa senyap je?

    Kenapa takde sebarang komen dari Anuwar tentang isu murtad ni? Selaku Punahsihat Ekonomi Selangor dan Ketua Pembangkang takkan takde satu statement pun dari Anuwar tentang kejadian yang mencemarkan agama Islam dan berlaku di negeri Selangor sendiri? Apa tindakan yang dibuat untuk memelihara aqidah 12 orang Islam yang didakwah oleh pastor gereja methodist serta orang-orangnya? Kenapa Anuwar biar Khalid Gagap menjawab sorang? Khalid tu kan gagap, dia kata nak kena tunggu lepas Raya baru mesej sampai! Dah terlambat..!!!

    Berbalik pada Anuwar tadi, nampaknya dalam hal murtad ni takde sorang pun dari PKR mula dari dia sebagai penasihat, Wan azizah sebagai presiden, sampailah ke orang-orang bawahnya yang berani bagi sebarang komen. Dalam PKR tu kan ada jugak Melayu dan Islam? PKR ni hidup lagi ke tidak? Nampak macam hidup segan, mati tak mau je!

    ATAU...mungkin kah diorang semua ni dah murtad sama, Lord? Sebab tu buat diam je kut. Tak mustahil perkara seperti tu boleh berlaku dalam dunia sekarang. Kalau pemimpin Parti Islam yang jugak sorang Haji macam Hadi Awang boleh kata 'murtad' tu 'perkara kecil', apa ada pasal dengan Anuwar yang liberal-thinking melayu??

    Sekarang ni PKR memang langsung tak berfungsi...yang tinggal cuma Anuwar, anak dia No Role, buah hati pengarang jantung dia si Azmin, sesekali timbul lah macai dia saifudin dan cikgu Bard, yang selainnya tak nampak bayang. Sam Kemetot pun dah lesap.Tian Chua pun tak nampak batang hidung. Mana lagi pemimpin-pemimpin tertinggi PKR? Ini tanda PKR dah punah ranah,dah rebah dan tak lama lagi PUPUS buat selama-lamanya!

    Tujuan PKR diujudkan hanyalah semata-,mata untuk Anuwar jadi PM dan melepaskan dirinya dari kes liwat. Nothing more and nothing less. Nothing to do with taking care of the rakyat's interest! Kawasan dia di Permatang Pauh pun dah tak berjaga,dah semak naik lalang. Termasuk Melayu di seluruh Pulau Pinang, takde sebarang pembelaan! KALAU MELAYU PULAU PINANG PUN TAK TERBELA, MACAM MANA NAK BELA SATU MALAYSIA? PKR technically is no longer in existence! Jeneral-jeneral Anuwar tu semua dah lari meninggalkannya...yang tinggal tu cuma prebet-prebet sapu je!

    Jadi sudah tiba masanya Anuwar kita jadikan bahan sejarah! GOODBYE ANUWAR, WHEN YOU GOTTA GO, YOU GOTTA GO...DON'T WORRY, NOBODY WILL MISS YOU...HA HA HA..

    ReplyDelete
  15. Nasib baik kes MURTAD ni berlaku di gereja kat Malaysia. Kalau MURTAD ni berlaku di Indonesia...agaknya gereja kat P.J. tu gerenti kena bakar macam di Indonesia baru2 ini tiga gereja di bakar kat Riau..... kerana didirikan tanpa permit. DAP kristian jangan kau orang uji kesabaran dan toleransi orang melayu di Malaysia .....nanti padah yang kamu dapat.

    ReplyDelete
  16. Tengku Cincin,a very interesting conjecture, mengaitkan ada permainan disebalik tabir, oleh pakatan dahsyat untuk mengamabil alih kuasa dan tampuk pemerintahan kerajaan in the longer term. Tetapi, isu orang2 Melayu murtad atau dimurtadkan, telah lama berlaku dan masih berlaku lagi sekarang. Check with jabatan pendaftaran negara, you will get statistics of applications from orang2 Melayu yang nak murtad. So who's to blame? Like you said, we( I mean all Muslim male or female in Malaysia) should be held responsible.Kita terlalu lemah, dan mudah diambik kesempatan, kerana pucuk pimpinan asyik nak jaga hati kaum2 lain dan agama2 lain, walhal Islam adalah agama resmi nusantara dari selatan Thailand, Malaysia, Indonesia, Philipina, Kamboja sampai ke Vietnam dari zaman dulu lagi. Apa hal dengan pemimpin kita ni Tengku ? Kita semua tanggung dosa membenarkan adanya orang2 Islam murtad. Duli Yang DiPertuan Agong dan Raja2 Melayu selaku ketua majlis agama Islam mesti adakan sidang tergempar bersama-sama semua pihak yang terlibat atau boleh melibatkan diri. Majlis Sultan-Sultan bersama penasihat agama wajar isytihar perang terhadap kumpulan dawah kristian ini yang terang-terang melakukan jenayah agama ! Kitakan ada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Raja Azlan Shah, pakar dalam bidang undang-undang untuk menasihati majlis Raja-Raja kita. What say you Tengku ?
    Look at the target muslim group by these tukang murtad specialist- mostly ada kaitan dengan status ekonomik. Muda, unemployed, susah dapat bantuan, the sad things are pihak yang ada wajib lend a hand tak membantu... Macam pusat Baitulmal or pusat Zakat or any other charitable department or ministries. I guess these pusat zakat or baitumal are trying to be another PNB ka? Instead of helping the really desperado cases.... Our leaders are so gila-gila sangat nak negara mencapai developed status,what the f... orang-orang dibawah ni the elderlies yang di biarkan, anak2 keciciran sekolah, ibu2 tunggal, orang nak cari kerja susah, perumahan dengan harga munasabah,.. macam2 down to earth issues lagi not address by our pemimpin2 Islam,... benda2 macam ni la contribute to al-kisah--murtad, oleh anak melayu Islam kita...you are not listening to their plea for help and understanding. Tetapi, bila ada pihak luar saperti pendawah kristian ni berjaya menambat hati mereka digantung RM Agung, hancur leburlah keimanan mereka and kita melenting....Wallahu 'alam. Ekonomik transformasi yang dilauangkan2 sekarang mesti segera bantu gulungan daif, miskin, yang lemah, yang terdesak, yang putus asa, yang sangat2 mengharapkan di bantu with the REAL ECONOMIC TRANSFORMATION. Not the economic tranformations that jack-up prices of everthing and made life miserable to live in Malaysia, but soooo COMFY for the rich elite... Tengku, mungkin kerajaan lepas ni might come up with not blue strategy, but rainbow strategy eh that really up lift the life of those left out in the blue or red startegy? :)

    ReplyDelete
  17. Saya setuju dengan artikel ini dan saya tidak akan menyokong PR untuk PR akan datang. Saya juga tidak dapat menyokong UMNO yang juga telah hilang hala tujunya. Pendek kata saya tidak akan memilih mana-mana calon Melayu kerana mereka bukan mementing Islam sekarang dan akan datang. Bagi saya jalan terbaik biar semua calon melayu tewas dan dengan itu baru mereka boleh sedar kesilapan yang telah mereka lakukan.

    ReplyDelete