Saturday, 18 June 2011

ANONYMOUS atau ANWARNYMOUS !!!


REMEMBER, REMEMBER, 
THE FIFTH OF NOVEMBER...  

Demikianlah bunyi bait-bait puisi pembuka kata kepada amaran yang di beri oleh seorang yang bernama Guy Fawkes yang merupakan dalang kepada Gunpowder Plot, satu perancangan untuk meletupkan House of Lords, di Parlimen Britain dalam kurun ke-16. Topeng hitam putih silhouette di atas ini adalah asalnya wajah Guy Fawkes yang dikenali oleh rakyat Britain sebagai simbol atau lambang pengkhianat negara yang dapat ditumpaskan. Gunpowder Plot yang dirancang oleh Guy Fawkes dan kuncu-kuncunya gagal dan Guy Fawkes ditangkap dan di soal siasat.  Apabila perancangannya bocor setelah disoalsiasat, Guy Fawkes telah terjun mengorbankan dirinya dengan membenarkan ikatan tali yang merajut lehernya turut mencabut nyawanya... 

Sejak itu, pada setiap Bonfire Night  di Britain, sebuah patung yang menyerupai Guy Fawkes akan dibakar sebagai satu pesta ritual memperingati  padah yang diterima oleh sesiapa yang derhaka kepada takhta Britain. 

Mari kita sama-sama lihat beberapa fakta menarik yang banyak berkait dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku di negara kita akhir-akhir ini:

1. Malaysia baru saja dikejutkan dengan berita laman web Kerajaan diserang oleh penggodam-penggodam yang dikatakan memprotes akan sekatan penggunaan Internet. Simbol yang sama telah digunakan sebagai logo kumpulan ANONYMOUS yang baru sahaja menggodam (hack) sistem maklumat Kerajaan negara Malaysia. Adakah kumpulan Hackers Anonymous  (Penggodam Tanpa Nama) ini  juga cuba memperkenalkan diri mereka sebagai Guy Fawkes masakini yang membawa bibit-bibit penderhakaan (impending treason) melalui tindakan mereka? 

(Interestingly, the warning sent to the House of Lords then was in the form of an anonymous letter!)

2. Maklumat terkini dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberitahu bahawa 90% dari penggodam-penggodam tanpa nama ini adalah rakyat Malaysia. Maknanya 10% lagi adalah orang luar dari negara asing. Siapakah rakyat Malaysia ini dan siapa pula orang dari negara asing mana yang terlibat? MOSTI mesti mencari pengganas-pengganas siber ini, dedahkan identiti mereka dan pastikan mereka menerima hukuman yang setimpalnya. MOSTI juga perlu kenalpasti keanggotaan 10% rakyat asing ini supaya kita dapat tentukan penglibatan anasir luar dan tujuan serta peranan mereka dalam senario negara sekarang. 

Negara Malaysia hendaklah dipertahankan sebagai negara berdaulat yang mempunyai undang-undang serta peraturannya sendiri. Perbuatan penggodam-penggodam yang bukan setakat tak bernama tapi juga tak bertanggungjawab ini adalah tindakan pencabulan yang mesti dihukum dengan sekeras-kerasnya. Sebenarnya perbuatan  yang mereka lakukan ini bukan merasakan Kerajaan, tetapi sebaliknya menyusahkan semua rakyat Malaysia termasuklah pembangkang.  

Tiada siapa mengatasi undang-undang
3. Pada masa yang sama, Demo Bersih yang bermula dengan Mat Sabu dan pasangannya Ambiga telah berjangkit kumannya kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan barisan pemudanya. 

Tabik kepada Menteri KDN yang baru saja buat kenyataan bahawa tindakan yang sama kerasnya akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menganjur perhimpunan haram dan mengganggu keamanan negara dan ketenteraman masyarakat. Itu baru anak jantan! Dato Seri Hishamuddin kena pastikan keamanan negara terpelihara dengan menangkap semua dan sesiapa sahaja yang mengancam keselamatan negara tanpa memilih bulu. 

"Satu lokap? ... boleh jugak"
Ketua Pemuda PAS, Nasharudin Hasan mengatakan bahawa Demo Bersih adalah perhimpunan aman yang dianjurkan "...setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihanraya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh Kerajaan dan pihak berkuasa...". Eiii!! Si Nasharudin ni tersampuk dek jembalang apa? Kalau padang yang sedia ada di Malaysia ni tak sama rata, ingat boleh ke Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12 dulu? Bukankah Sistem Pengendalian Pilihanraya yang dia pertikaikan itu juga yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada ketika ini.

"Aku tau lah apa aku buat..."
Sementara itu Khairy pulak mengatakan dia (dan Pemuda UMNO) dah tahu apa akibat dari perbuatan yang bakal dilakukan sebab mereka pun nak berhimpun jugak pada tarikh yang sama. 

Perasan tak Khairy kata "Ini Malaysia baru" - apa maksud dia? Bapak Presiden bercakap fasal 1 Malaysia, tapi Khairy seolah-olah bercakap dengan nada pembangkang. Apa dah jadi ni???  

Jadi beginilah Dato Menteri, tangkap ajelah si Khairy, Ketua Pemuda UMNO dan tangkap jugak Nasharudin, Ketua Pemuda PAS dan letakkan mereka bersama dalam satu lokap. Bagi mereka makan sedulang dan tidur setilam,..sama rata, sama rasa, tak ada pilih-pilih kasih. 

Demokrasi beb...UMNO pun kena, PAS pun kena jugak. Siapa kata kita nak tangkap PAS saje!!

(Harap-harap Wanita dan Puteri tak ikut jejak langkah Pemuda pulak, fikir baik-baik mek!)

4. Bagi yang berkesempatan menonton filem  "V for Vendetta" (di saluran Astro) yang dibintangi oleh Natalie Portman, akan berpeluang melihat watak Guy Fawkes dihidupkan semula - tapi kali ini digambarkan dan disanjung sebagai wira anti-establishment yang memperjuangkan Jews, gays, racial minorities, Muslims (kononnya ada yang ditangkap sebab memiliki Quran), dan lain-lain kumpulan yang menyedapkan lagi plot cerita mat salleh! Atas dasar hak kemanusiaan (human rights), seorang pengkhianat (traitor) dijadikan hero!

Guy Fawkes
Adakah persamaan-persamaan yang kita lihat ini cuma satu kebetulan atau ... adakah ia merupakan kepingan-kepingan dari satu jigsaw puzzle yang lebih besar???  

Aksi penyokong PKR menggayakan topeng Anwar - 16 September

Jangan hairan kalau ada satu international grand design yang sedang dirancang untuk campurtangan dalam urusan negara kita. Hubungan Anwar dengan Big Brothernya adalah hakikat yang diketahui umum. Al Gore pernah melaungkan "Reformasi" di dalam Dewan Jamuan negara kita, ingat tak? Hackers' Anonymous baru saja menggodam laman Web Kerajaan, Demo Bersih dijadualkan berlaku pada 9 Julai manakala perbicaraan liwat Anwar pula adalah pada 14 Julai akan datang ini ... semuanya terlalu rapat dalam kalendar kita. 

If you ask me, these coincidences are just too good to be true!

Bila gua ejek???
"Kalau olang tanya, cakap gua tidor..."

Sementara itu PKR dan DAP terus berlakon.... 

Anonymous atau Anwarnymous ???
Ingat pesan orang tua-tua...

Langit dikelikir, bumi ditemberang...
Salah-salah fikir, jadi hamba orang!!!



18 comments:

  1. Syabas dan tahniah! Itu yang kami tunggu-tunggu Dato' Menteri KDN. Jangan dikecualikan sesiapa dalam hal ISA walaupun yang ditangkap itu Ketua Pemuda dan AJKnya. KJ sudah jadi si TANGGANG, ingkar nasihat Timbalan Presiden Mahyudin yang terang-terang melarang penyertaan mana-mana pihak yang boleh membawa pertembungan dan menjadi masaalah keselamatan negara.

    KJ, kau telah menempah ajal politikmu bersama dengan pembangkang. Inna lillah.......

    ReplyDelete
  2. Ketua Pemuda Pas kata UMNO dah takut dan resah sebab tu tak nak bagi demo Bersih dibuat. Sebenarnya Pas yang takut sebab dia dah rasa Pakatan Anuar akan kalah teruk pilihanraya kali ini.

    Pas tau dia dah silap langkah menukar slogan negara Islam ke negara kebajikan. Dia dah silap mengambil Mat Sabu jadi orang no. 2 dalam Pas. Pengaruh Pas dan PKR makin lama makin kurang, dan peluang untuk Pakatan menang makin hari makin tipis.

    Pas baik mengaku kalah je sebab nampaknya dah kehabisan idea. Modal Demo ni modal lama. Ce bagi UMNO cerita baru yang belum kita dengar.

    Nasharudin, ... UMNO tidak takut! Kalau nak tengok UMNO berani, cubalah 9 Julai nanti! Lokap Sungai Buloh sedia kosong menunggu untuk diisi.

    ReplyDelete
  3. Lord Cincin, Ya dalam hal Anonymous memang Anwarlah dajal yang terlibat macam watak Guy Fawkes yang bertanggungjawab men'jam'kan website kerajaan kita...takde orang lain dah memang si Anwar...Anwar..Anwar the culprit. Dia dah desperate sangat tu. Jadi for Anwar, desperate people do desperate things. Pengikut2nya dah celaru otak, takut hilang kuasa nak memerintah Malaysia. Begitu jugak PAS dan DAP semuanya macam cacing kepanasan sebab UMNO semakin kuat dan sentiasa mengasak dan menyerang macam lawan bola, goal UMNO dah banyak masuk. Anwar hilang akal lalu panggil Mat Sabu taliban, Ambiga setan betina dan Nasharudin budak OKU (otak kurang upaya) serta hantu2 ANONYMOUS jadi tukang balun mengerjakan UMNO (UMNO bashing) supaya kerajaan tumbang.

    Kalau zaman feudal melayu perbuatan Anwar ni di sebut PENDURHAKAAN (an act of treason) boleh dihukum bunuh sampai mati dengan semua ahli keluarganya. Ingat cerita Bendehara Melaka dihukum bunuh bersama menantunya Tun Ali dan keluarga oleh Sultan Melaka kerana mendurhaka kepada kerajaan Melaka. Itulah ibaratnya kalau nak bandingkan kedajalan Anwar si pendurhaka. Patut ditarik passport antarabangsanya supaya dia tak pergi kemana-mana dah. Kita baik sangat. Dapat passport, dia keluar masuk negara ke Hongkong, ke Phuket dan ke merata dunia berkerjasama dengan anasir luar untuk menjahanamkan Malaysia kerana dia tak dapat jadi PM. Berkawan dengan iblis pun Anwar akan lakukan asalkan cita2nya berjaya. Oleh itu kerajaan kena tahan Anwar segera sebelum dia buat banyak lagi angkara yang buruk kepada malaysia. Kali ni dengan Anonymous, esok entah dengan siapa pulak Anwar akan bersubahat.

    Tentang KJ pulak...lupakan saja dia. Seperti komen sebelum ini, KJ seperti si tanggang anak durhaka yang tak dengar cakap ibunya, hilang nyawanya, begitu jugak dengan KJ akan hilang politiknya. Itulah padahnya puak-puak yang mendurhaka baik kepada negara atau parti.

    ReplyDelete
  4. Yes get Anuar he's behind all this. Kenapa kerajaan takut sangat nak tahan Anuar atau Mat Sabu atau Ambiga atau Nasharudin atau....banyak lagi TANGKAP AJE HABIS CERITA. RAKYAT BERSAMA mu, percayalah. Bila penyangak2 Pakatan buat susah dan kacau ketenteraman tak kan rakyat pandang lagi diorang. Yang PAS kata ramai rakyat akan keluar tu mungkin orang2 PAS dan Pakatan dan mungkin tak sampai pun 30,000 ribu orang. Bukannya 27 juta rakyat Malaysia. PERCAYALAH!

    ReplyDelete
  5. Strong political linkages between Anuwar and the foreign powers interference! Jangan2 dia ajak CIA Amerika dan Mossad Israel bantu buat kacau (social unrest) melalui Bersih macam berlaku di Syria dan Mesir. Cuba tengok chain of events yang sedang berlaku di Malaysia, samakan? Remember...Remember.....Remember 16 September does it ring a bell???

    ReplyDelete
  6. AYAM. Sebelum dia ajak CIA dan Mossad, tangkap dia bawah ISA. Awat la Hishamuddin lembik sangat?

    ReplyDelete
  7. PATUTNYA AWAL2 LAGI TAHAN PASSPORT SI DAJJAL ANWAR TU.MENTERI KDN NI KENA BERANI DAN BERTANGGUNG JAWAP MENAHAN SAPA SAJA YG CUBA HURU HARAKAN NEGARA.KALAU DITAKDIRKAN NEGARA KACAU BILAU DAN TENTERA BERKUASA, ORANG PERTAMA YG AKAN AKU TIBAI IALAH ANWAR DAN MAT SABU.JANGAN MAIN2 DGN KEDAULATAN NEGARA KITA YA...CUKUP KESUSAHAN YG BAPAK AKU ALAMI DEMI MENJAGA KEAMANAN NEGARA INI.

    ReplyDelete
  8. Lord, bapak aku dulu pun ASKAR MELAYU DI RAJA bertugas di Sarawak era enam puluhan. Sesia ajelah pengorbanan bapak aku dan askar yang gugor mempertahankan kedaulatan malaysia, jika Anuar, Mat Sabu, Lim guan Eng, Ambiga, Karpal Singh dan lain2 peleset tu cuba nak jatohkan kerajaan Malaysia. Aku sanggup berkorban apa saja dan buat apa saja demi negara, agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  9. SAba..saba..Den percayo dongan kuaso Allah akan tumbang si nuar ini dan akan terukir dalam sejarah sebagai pemimpin paling hino...InSyAllah si Nuar ie akan jatuh jugo.....masonyo akan sampai...

    ReplyDelete
  10. hisamudin takut ke? Jangan acah2 je nak tangkap. Tangkap cepat siNuar puaka dan hantar setan babi ni jauh2. Kalau Sg. Buloh dah penoh hantar je ke Siberia pun takpe. Biar sampai kecut telor dia dan mampos disana. Jangan bagi balik malaysia.

    ReplyDelete
  11. Ulasan yg best.salute.

    ReplyDelete
  12. Betul lah PKR dan PAS ni muka tak malu. Ambiga cakap terang2 dalam ucapannya di You-tube yang BERSIH bukan kepunyaan Anuar atau Mat Sabu. Bersih kepunyaan Ambiga dan DIVISION NYA. Takde kena mengena dengan parti politik, hanya rakyat biasa NGO.

    Dah kenapa yang si Mat Sabu dan Anuar menempel macam dia punya rally pulak??? Memang Mat Sabu dan Anuar hidung tak mancung pipi tersorong2. Pengikut2 PAS dan PKR boleh percaya pulak tu. Ya..Allah bodohnya orang2 Pas dan PKR macam otaknya besar otak berok (the size of a monkey's brain) tak boleh berfikir langsung.

    PAS dah tau nak rally...nak gi bawak pulak kaum WANITA, KANAK2, WARGA EMAS untuk jadi benteng tok lelaki dari kena tembakan air. Pemimpin PAS memang pengecut dan penakut berlindung dibelakang wanita dan kanak2 untuk selamatkan diri kaum bapak. KAUM BAPAK PAS dan PKR memang takde telor. Eeehhh...macam mana Wanita PAS/PKR boleh diperalat puak2 berok ni sampai membahayakan anak-anak kecil dan orang tua-tua?

    Takde ke orang PAS dan PKR yang berakal sikit?? TAKSUB SAMPAI KE TAHAP MELAMPAU!!! BAHALOL SAMPAI MEMBAHAYAKAN NYAWA RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  13. Hoi Ambiga/Anuar memang engkau orang ni polong tak bertuan. Malaysia dah AMAN DAMAI mengapa dikocakkan dengan porak peranda BERSIH.Tengok negara lain aysik berperang je, berpenyakit dan kebuluran. Orang berdoa siang malam supaya malaysia AMAN tapi engkau orang mendoakan malaysia kuca kacir. Betul2lah musibat perangai engkau orang ni. Aku harap Polis sekat semua lorong2 di Kuala Lumpur dan jangan ada satu tikus BERSIH pun boleh lepas. FRU,...KASI GANYANG SAMA BERSIH KAUW....KAUW!!!

    ReplyDelete
  14. Jangan2 Ambiga ni ada pertalian yang anti establishment dengan Hindraf Uthayakumar dan Irene Fernandez. Macam sama rentak nada mengutuk kerajaan tak bersih. Ambiga berani sebab ada big power di belakangnya. Jadi KDN mesti siasat latar belakang dia kalau2 ada elemen subersive dengan negara luar. Kenapa pulak kalau dia tak seronok dengan SPR di malaysia boleh berlaku serentak rally bersih di UK. US. Australia, Korea, Canada, taiwan dan hong kong Cuba download U-Tube Ambiga berucap dengan bersih. Nanah bengkak di malaysia tapi meletop kat luar negara. Bukan kah aneh...bukan ke itu namanya penderhakaan terhadap negara sendiri. Renung2kanlah!!!

    ReplyDelete
  15. Your article on Anwarnymous is quite an informative analysis. Interesting and I enjoyed it. Bagus. Keep blogging, will look out for your future article.

    ReplyDelete
  16. ME TOO...TOO...AND I LIKE YOUR STYLE OF WRITING. NOT A BAD SENSE OF HUMOUR, I LIKE THAT TOO.

    ReplyDelete
  17. Tengku Cicin, kebanyakan anasir2 jahat berpautan berkiblatkan negara-negara amerika, eropa memang ada agenda jangka panjang menguasai negara Malaysia yang dikasihi. Awas kuda2 trojan dalam majlis guaman, partai dap-ig, anuwar dan konco2nya, mereka2 dalam kerajaan dan swasta, berhati-hati... harap KDN dan terutama sekali PDRM memantau dan menghindar usaha2 jahat ni. Menteri KDN tak boleh challenged ketegasan allayarham Tun Dr. Ismail dulu menangani anasir2 durjana saperti berlaku sekarang ni di Malaysia. Dan-- ketua pemuda umno.. ? Tengku you should know better, pemuda umno la ni semua nya patut pakai skirt, pergi demo kelak... LOL... Pemimpin kita kena tegas dan tiada kompromi atau hilang segala3nya dek sebab nak popular, tamak dengan kekayaan dan nak liberalisasi segala2nya..

    ReplyDelete
  18. saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...


    andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..


    Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net

    ReplyDelete