Saturday, 18 June 2011

ANONYMOUS atau ANWARNYMOUS !!!


REMEMBER, REMEMBER, 
THE FIFTH OF NOVEMBER...  

Demikianlah bunyi bait-bait puisi pembuka kata kepada amaran yang di beri oleh seorang yang bernama Guy Fawkes yang merupakan dalang kepada Gunpowder Plot, satu perancangan untuk meletupkan House of Lords, di Parlimen Britain dalam kurun ke-16. Topeng hitam putih silhouette di atas ini adalah asalnya wajah Guy Fawkes yang dikenali oleh rakyat Britain sebagai simbol atau lambang pengkhianat negara yang dapat ditumpaskan. Gunpowder Plot yang dirancang oleh Guy Fawkes dan kuncu-kuncunya gagal dan Guy Fawkes ditangkap dan di soal siasat.  Apabila perancangannya bocor setelah disoalsiasat, Guy Fawkes telah terjun mengorbankan dirinya dengan membenarkan ikatan tali yang merajut lehernya turut mencabut nyawanya... 

Sejak itu, pada setiap Bonfire Night  di Britain, sebuah patung yang menyerupai Guy Fawkes akan dibakar sebagai satu pesta ritual memperingati  padah yang diterima oleh sesiapa yang derhaka kepada takhta Britain. 

Mari kita sama-sama lihat beberapa fakta menarik yang banyak berkait dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku di negara kita akhir-akhir ini:

1. Malaysia baru saja dikejutkan dengan berita laman web Kerajaan diserang oleh penggodam-penggodam yang dikatakan memprotes akan sekatan penggunaan Internet. Simbol yang sama telah digunakan sebagai logo kumpulan ANONYMOUS yang baru sahaja menggodam (hack) sistem maklumat Kerajaan negara Malaysia. Adakah kumpulan Hackers Anonymous  (Penggodam Tanpa Nama) ini  juga cuba memperkenalkan diri mereka sebagai Guy Fawkes masakini yang membawa bibit-bibit penderhakaan (impending treason) melalui tindakan mereka? 

(Interestingly, the warning sent to the House of Lords then was in the form of an anonymous letter!)

2. Maklumat terkini dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberitahu bahawa 90% dari penggodam-penggodam tanpa nama ini adalah rakyat Malaysia. Maknanya 10% lagi adalah orang luar dari negara asing. Siapakah rakyat Malaysia ini dan siapa pula orang dari negara asing mana yang terlibat? MOSTI mesti mencari pengganas-pengganas siber ini, dedahkan identiti mereka dan pastikan mereka menerima hukuman yang setimpalnya. MOSTI juga perlu kenalpasti keanggotaan 10% rakyat asing ini supaya kita dapat tentukan penglibatan anasir luar dan tujuan serta peranan mereka dalam senario negara sekarang. 

Negara Malaysia hendaklah dipertahankan sebagai negara berdaulat yang mempunyai undang-undang serta peraturannya sendiri. Perbuatan penggodam-penggodam yang bukan setakat tak bernama tapi juga tak bertanggungjawab ini adalah tindakan pencabulan yang mesti dihukum dengan sekeras-kerasnya. Sebenarnya perbuatan  yang mereka lakukan ini bukan merasakan Kerajaan, tetapi sebaliknya menyusahkan semua rakyat Malaysia termasuklah pembangkang.  

Tiada siapa mengatasi undang-undang
3. Pada masa yang sama, Demo Bersih yang bermula dengan Mat Sabu dan pasangannya Ambiga telah berjangkit kumannya kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan barisan pemudanya. 

Tabik kepada Menteri KDN yang baru saja buat kenyataan bahawa tindakan yang sama kerasnya akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menganjur perhimpunan haram dan mengganggu keamanan negara dan ketenteraman masyarakat. Itu baru anak jantan! Dato Seri Hishamuddin kena pastikan keamanan negara terpelihara dengan menangkap semua dan sesiapa sahaja yang mengancam keselamatan negara tanpa memilih bulu. 

"Satu lokap? ... boleh jugak"
Ketua Pemuda PAS, Nasharudin Hasan mengatakan bahawa Demo Bersih adalah perhimpunan aman yang dianjurkan "...setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihanraya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh Kerajaan dan pihak berkuasa...". Eiii!! Si Nasharudin ni tersampuk dek jembalang apa? Kalau padang yang sedia ada di Malaysia ni tak sama rata, ingat boleh ke Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12 dulu? Bukankah Sistem Pengendalian Pilihanraya yang dia pertikaikan itu juga yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada ketika ini.

"Aku tau lah apa aku buat..."
Sementara itu Khairy pulak mengatakan dia (dan Pemuda UMNO) dah tahu apa akibat dari perbuatan yang bakal dilakukan sebab mereka pun nak berhimpun jugak pada tarikh yang sama. 

Perasan tak Khairy kata "Ini Malaysia baru" - apa maksud dia? Bapak Presiden bercakap fasal 1 Malaysia, tapi Khairy seolah-olah bercakap dengan nada pembangkang. Apa dah jadi ni???  

Jadi beginilah Dato Menteri, tangkap ajelah si Khairy, Ketua Pemuda UMNO dan tangkap jugak Nasharudin, Ketua Pemuda PAS dan letakkan mereka bersama dalam satu lokap. Bagi mereka makan sedulang dan tidur setilam,..sama rata, sama rasa, tak ada pilih-pilih kasih. 

Demokrasi beb...UMNO pun kena, PAS pun kena jugak. Siapa kata kita nak tangkap PAS saje!!

(Harap-harap Wanita dan Puteri tak ikut jejak langkah Pemuda pulak, fikir baik-baik mek!)

4. Bagi yang berkesempatan menonton filem  "V for Vendetta" (di saluran Astro) yang dibintangi oleh Natalie Portman, akan berpeluang melihat watak Guy Fawkes dihidupkan semula - tapi kali ini digambarkan dan disanjung sebagai wira anti-establishment yang memperjuangkan Jews, gays, racial minorities, Muslims (kononnya ada yang ditangkap sebab memiliki Quran), dan lain-lain kumpulan yang menyedapkan lagi plot cerita mat salleh! Atas dasar hak kemanusiaan (human rights), seorang pengkhianat (traitor) dijadikan hero!

Guy Fawkes
Adakah persamaan-persamaan yang kita lihat ini cuma satu kebetulan atau ... adakah ia merupakan kepingan-kepingan dari satu jigsaw puzzle yang lebih besar???  

Aksi penyokong PKR menggayakan topeng Anwar - 16 September

Jangan hairan kalau ada satu international grand design yang sedang dirancang untuk campurtangan dalam urusan negara kita. Hubungan Anwar dengan Big Brothernya adalah hakikat yang diketahui umum. Al Gore pernah melaungkan "Reformasi" di dalam Dewan Jamuan negara kita, ingat tak? Hackers' Anonymous baru saja menggodam laman Web Kerajaan, Demo Bersih dijadualkan berlaku pada 9 Julai manakala perbicaraan liwat Anwar pula adalah pada 14 Julai akan datang ini ... semuanya terlalu rapat dalam kalendar kita. 

If you ask me, these coincidences are just too good to be true!

Bila gua ejek???
"Kalau olang tanya, cakap gua tidor..."

Sementara itu PKR dan DAP terus berlakon.... 

Anonymous atau Anwarnymous ???
Ingat pesan orang tua-tua...

Langit dikelikir, bumi ditemberang...
Salah-salah fikir, jadi hamba orang!!!



Monday, 13 June 2011

LAUNGAN PERANG DI SELANGOR : THE SELANGOR BATTLE CRY !!!

Perdana Menteri dan Presiden BN/UMNO baru sahaja menyuarakan 'laungan perang' atau battle cry untuk Pilihanraya Umum ke-13 di Selangor


" Laungan Perang "  dari Dato Sri Najib
Di Mesyuarat UMNO Bahagian Ampang, Selangor pada Ahad, 12 Jun, 2011, YAB Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak dalam Ucapan Perasmiannya  telah menyeru semua ahli-ahli serta penyokong UMNO dan Barisan Nasional untuk segera merapatkan barisan, mengukuhkan jentera parti dan berkerja keras untuk mempastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang dijangka akan berlau tidak lama lagi. 

Dato Sri Najib menekankan kepada semua ahli dan penyokong UMNO/BN untuk belajar dari kesilapan yang telah berlaku pada pilihanraya tahun 2008 yang membawa kepada kekalahan besar di negeri Selangor ini. Semua perlu mengenepikan sebarang perselisihan dan menumpu kepada hanya satu matlamat iaitu mempastikan perkara yang berlaku pada pilihanraya umum yang lalu tidak berulang lagi. 


It is necessary to harmonise all the conflicting interests and focus all energies to fight one common enemy and win back Selangor!

Laungan Perang dari pemimpin tertinggi negara yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor ini adalah panggilan yang mengingatkan bahawa Peperangan PRU 13 ini adalah peperangan yang paling mencabar dalam sejarah pilihanraya negeri yang terkaya di bumi Malaysia yang bertuah ini. Dato Sri Najib mengingatkan pemimpin UMNO/BN bahawa dalam menyusun strategi peperangan ini, mereka harus sentiasa menyedarkan rakyat akan realiti pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan UMNO/BN kepada negeri Selangor. 

Apakah yang kerajaan UMNO/BN Selangor tidak buat semasa pemerintahannya sehingga menjadikan Selangor negeri paling kaya di Malaysia? Daripada pembangunan industri PROTON di HICOM, Shah Alam, Yayasan Selangor, Masjid indah terbesar yang menjadi mercutanda negeri lambang keagungan Islam, Pulau Indah Industrial Park, Port Klang Free Zone, Sepang International Racing Circuit sehinggalah ke pembangunan industri otomobil kedua negara (PERODUA) di Rawang Selangor, Cyberjaya, Multimedia Super Corridor, Lapangan Antarabangsa KLIA termasuk membangunkan kolej-kolej serta universiti-universiti termasuk UiTM (Universiti Teknologi Mara) untuk manfaat anak-anak negeri Selangor, dan Halal Hub - Kerajaan UMNO/BN telah membawa kemajuan yang terhebat kepada negeri Selangor. 

Apakah PKR dan penyokong-penyokong yang hanya cuci kaki dan masuk ambil alih buta kepada pembangunan ini???

Dato Seri Noh



Apa kemajuan lain yang baru, yang lebih baik telah dibawa oleh PKR dalam tiga tahun kebelakangan ini? Selain daripada membanyakkan sarang-sarang maksiat dan meniupkan api kebencian di kalangan penyokongnya sehingga kadar jenayah meningkat, tak ada apa yang boleh dinamakan sebagai kebajikan kepada rakyat Selangor.

Dato Sri Zin



UMNO/BN punya banyak kelebihan kerana pemimpin-pemimpin mereka dari dahulu hingga sekarang telah banyak mencurah bakti dalam membangunkan negeri Selangor ini.   Sekiranya tentera UMNO/BN mengukuhkan perpaduan dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Timbalannya YB Dato Seri Noh Omar serta YB Dato Sri Zin Mohamed, Setiausaha Perhubungan Negeri yang berpengalaman serta disenangi rakyat, insyaallah Selangor boleh dirampas semula dari tangan Pakatan Rakyat!

Friday, 10 June 2011

PAS Sudah Tidak Relevan!

Muktamar PAS sudah beberapa hari berlalu, namun jurucakap-jurucakapnya yang cuba memberi statement atau kenyataan nampaknya bersalah-salahan, hilang fokus dan tak konsisten. Semakin mereka nak defend, semakin teruk imej PAS!

1. Dalam keghairahan mempertahan dan memberi rasional keputusan pemilihan pucuk pimpinan baru  PAS,  Zulkifli Yahya, Pengarah Urusetia Penerangan PAS negeri Kedah menegaskan bahawa semua keputusan pemilihan yang dibuat adalah 'kebetulan'.
  • Kebetulan pemenang jawatan Timbalan dan Naib Presiden adalah individu dan bukan ulamak
  • Kebetulan Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat adalah dari gulungan ulamak, dan
  • Kebetulan jugak 13 dari 17 kepimpinan Pemuda baru PAS adalah dari kalangan ulamak
Pendek kata keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang baru adalah keputusan individu perwakilan yang semuanya kebetulan dan bukan hasil perancangan mana-mana pihak dan lebih penting lagi bukan dorongan dari mana-mana kumpulan. 

Betul ke keputusan pemilihan Muktamar PAS ke 57 ini suatu 'kebetulan'? Munasabah ke dalam politik ni semuanya berlaku secara kebetulan dan tak ada satu habuk perancangan dari mana-mana pihak? Maknanya semua yang bertanding tu masuk buta lah iya? Maknanya perwakilan yang memilih tu pun tak sikit pun berbincang atau membuat perbandingan tentang siapa yang layak mendapat undi mereka ke? 

Kita pun faham - tak ada siapa nak mengaku parti dia buruk atau lebih teruk lagi 'dikuasai oleh sesiapa' betul tak? Tapi kalau 'deny' pun, janganlah sampai 'in denial'! Tak lojik dan jadi bahan ketawa orang akhirnya.

PAS kena berhenti melihat UMNO sebagai bahan igauannya. Itu masalah psikologi yang serius tu.

Can somebody please tell PAS that not everything that goes bump in the night is UMNO!

2. Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man (pemecah undi pertandingan Timbalan Presiden) pula tidak langsung mencerminkan seorang yang berlatarbelakangkan akademik. Bukan sahaja dari lawak bodohnya yang merujuk kepada bomoh dan teknik picit lada hitam untuk menghalau hantu yang kononnya merasuk UMNO (betul ke Tuan Ibrahim ni ustadz?) tetapi juga dari dakwaan tak berasas yang mengatakan bahawa PAS memutuskan untuk menumpu kepada Negara Kebajikan kerana melihatkan UMNO gagal memberi kebajikan kepada rakyat marhaen...???

Tuan Ibrahim ni duduk kat Twilight Zone ke? Dia tak nampak ke Kerajaan UMNO/BN dah mengubah hidup masyarakat negara ni dari zaman kereta lembu hingga ke era 'sky train'? Universiti tempat dia dapat ijazah tu bukan ke Kerajaan UMNO/BN yang dirikan? Bukan ke jemaah Haji PAS jugak sama-sama menikmati perkhidmatan Tabung Haji (sistem yang diilhamkan oleh Kerajaan UMNO/BN) dan sekarang diambil sebagai contoh di negara-negara luar? Bukankah bantuan dari Pejabat Kebajikan diterima oleh semua rakyat tak terkecuali PAS? Tak berterima kasih dahlah satu hal - tak bersyukur tu rasanya dah keterlaluan. Adatlah tak semuanya sempurna, yang tak ada cacat cela hanya Allah swt sahaja.

Malah sewaktu berlaku peristiwa rusuhan di Mesir, takde pulak Kerajaan UMNO/BN membezakan antara anak-anak PAS dan anak-anak UMNO. Semua pelajar dan rakyat Malaysia di selamatkan dan di bawa balik ke tanahair. Itupun ada yang mengajar anak-anaknya "Tak payah ucap terima kasih"...Baguslah PAS, mengajar anak-anak mudanya biadab dan tak mempunyai fitrah.

Jadi cuba jelaskan dan beri contoh kegagalan Kerajaan UMNO/BN dalam memelihara kebajikan masyarakat di negara selama ini. Atau lebih baik lagi - cuba Tuan Ibrahim buktikan bagaimana Kerajaan PAS menjaga kebajikan masyarakat marhaen di negeri-negeri bawah pemerintahan mereka seperti Kedah, Perak dan jugak Kelantan selama ini!

Apa kemajuan mendadak dalam kehidupan rakyat marhaen Kedah yang dibawa oleh PAS sejak 2008? Yang kita nampak di Perak, walaupun sekejap, Nizar membuktikan bahawa dia memelihara kebajikan masyarakat Cina dengan memberi hak milik tanah sampai lebih tujuh keturunan pada mereka. Mana dia 'gagasan besar' PAS di Kelantan yang dah diperintah lebih 20 tahun? Tak nampak pun! Jika benar kebajikan rakyatnya dijaga, mengapa tanah orang Asli di Gua Musang diambil dari mereka? Itu bukan setakat mengabaikan kebajikan rakyat...tetapi jatuh 'zalim' lagi. Bukankah orang Asli termasuk dalam takrif masyarakat marhaen juga?

Tuan Ibrahim kata mereka (PAS) terpaksa menjaga kebajikan rakyat kerana UMNO sibuk menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak. Amboi, amboi...sedapnya mengata.  Cuba kita tanya Tuan Ibrahim - Mohd Ariffahmi, menantu Nik Aziz yang dia lantik sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (GLC negeri) pada tahun 2009 dulu tu, bukan kroni ke? Fatwa apa yang Tok Guru bagi untuk menghalalkan anak menantunya mentadbir kewangan negeri? Yang itu tak salah pulak pada mata PAS, tapi kalau UMNO...

Dan bagaimana dengan anak-anak Nik Aziz (Nik Abduh) dan Hj Hadi (Muhamad Khalil) yang menang dalam kepimpinan muda PAS pada Muktamar yang sama? Bukankah itu usaha bapak-bapak meluaskan sayap kekuasaan mereka melalui kroni-kroninya? Anak Nik Aziz sendiri diberitakan terkejut dengan keputusan pemilihan dan mengakui kemenangan dia adalah disebabkan pengaruh bapanya. Kroni lah tu, Tuan Ibrahim oi!

Apa penjelasan Tuan Ibrahim tentang dana KOHILAL (Koperasi Al-Hilal) sebanyak RM 45 juta yang dikendalikan oleh ahli lembaganya yang kebanyakannya ahli PAS pada tahun lalu? Kata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerugian dana yang sebegitu besar dijana dari sumbangan ahli-ahli seramai 20,000 orang - adalah kerana silap percaturan dalam pelaburan. Kalau PAS tak mampu menjaga dan tak bijak mentadbir kepentingan 20,000 ahli KOHILAL, macam mana dia nak menjaga kebajikan hampir 27 juta rakyat satu Malaysia???

Itu kita tak tanya lagi bagaimana dengan nasib masyarakat marhaen di negeri yang diperintah oleh rakan pakatan PAS iaitu DAP seperti Pulau Pinang? Kalau kebajikan (yang kononnya intipati negara Islam) menjadi  matlamat PAS, kenapa mereka berpeluk tubuh dan tak menawar apa-apa bantuan kepada penjaja-penjaja yang diancam mata pencarian mereka oleh Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang? Bukankah penjaja-penjaja itu rakyat marhaen?

3. Mat Sabu pulak buat statement yang dia kesian pada Dato Sri Najib sebab kononnya konsep negara kebajikan telah tidak difahami oleh YAB Perdana Menteri negara ini.

Mat Sabu
Rasanya lebih ramai yang patut kesian kat Mat Sabu. Kail panjang sejengkal, lautan dalam nak diduga. Tanggungjawab dan tuntutan menjadi kepimpinan no. 2 dalam parti nampaknya terlalu besar dan tak tertanggung olehnya. (Nasib baiklah No. 2 UMNO, Tan Sri Muhyiddin, Menteri Pelajaran kita habis sekolah dan bijak mentadbir). Jadi Mat Sabu akan buat apa yang dia mampu buat. Dengan kecetekan otak dan keceluparan yang ada padanya Mat Sabu akan melaksana misi membawa budaya samseng masuk sebagai packaging baru PAS. Dia akan tunjuk yang dia tak makan saman dengan Kerajaan BN dan dia tak hairan dengan sebarang undang-undang atau peraturan. Dia akan mengepalai demonstrasi jalanan pada Julai ini dan dia akan mengheret ahli-ahli PAS untuk meniru tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir, Iraq, Syria, Yaman, Libya dan lain-lain negara sepertinya. Dia akan galakkan PAS buat demo berbulan-bulan sampai runtuh ekonomi, sampai menyusahkan orang nak berniaga, memasalahkan mereka yang nak pergi kerja, dan nak mencari rezeki (seperti yang berlaku di Thailand)!

Itulah KEBAJIKAN yang akan dibawa oleh Mat Sabu yang pro Syi'ah. Padan dengan muka PAS. Pilih punya pilih, dapat pemimpin kepala langgar tembok. Bodohlah UMNO nak bersatu padu dengan orang kepala giler ni!

Jadi memang betul cakap Dato Sri Najib tu. BN memang dah lama ujudkan negara yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyatnya. BN dah lama mengikut ajaran dalam Quran. Yang kita tanya ni, kalau betul macam kata Haji Hadi, negara kebajikan tu dah ada dalam Quran, kenapa PAS baru sekarang nak buat? PAS ni tak menjawab soalan. Balik-balik dia kata UMNO/BN takut...UMNO/BN lemas..UMNO, UMNO, UMNO...semua UMNO jugak. Kita tanya sebab double standard yang jelas diamalkan oleh PAS membuktikan bahawa Negara Kebajikan yang dikatakan anjakan paradigma PAS sebenarnya hanyalah slogan politik bagi memancing undi bukan Islam di PRU 13 nanti.

4. Timbalan Canselor UNISEL, Prof Zainal Abidin Kidam pun tumpang sekaki buat comment jugak bahawa demikianlah  tahap pemikiran Dato Sri Najib yang tak cukup info (maklumat) tentang negara Kebajikan. Prof Zainal ni buat degree dia di mana? Membodohkan orang lain tapi penyudahnya menampakkan kebodohan sendiri.  Kalau pun nak mempertahankan ucapan pemimpin tertingginya yang dikatakan penuh ilmiah, dengar lah dulu betul-betul. Dato Sri Najib telah membuat statement memberi pendapat bahawa Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar parti itu baru-baru ini yang bertema "Membangunkan Negara Berkebajikan" hanya untuk menghadapi PRU 13.

Blogger ni tak nampak apa salahnya pendapat Dato Sri Najib tu. Adalah sesuatu yang memang boleh diterima akal bahawa Ucapan Dasar atau Keynote Address seorang pemimpin akan menggaris blueprint yang bakal mencorak road map organisasi (parti) yang tentu sekali tidak lari dari strategi memasuki gelanggang PRU 13 yang bakal menjelang. Apa yang nak terasa dengan statement tu? Bodohlah kalau Hj Hadi tak menggunakan kesempatan Perhimpunan yang sebegitu besar untuk menyampaikan amanat dan pesanan azimat kepada ahli-ahlinya. Malah saya nak galakkan umum untuk download dan baca sendiri. Jangan dengar cakap mereka-mereka yang berkepentingan dan defensive ini - baca sendiri dan buat penilaian, itu kan lebih professional dari memaki hamun, berprasangka dan melatah macam orang tak sekolah (oop, sori Mat Sabu).

So what in heaven's name... is the problem? Actually, here's the deal...

Perubahan dasar perjuangan parti PAS dari menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan seperti yang diumumkan oleh Hj Hadi baru-baru ini sebenarnya lebih menggegarkan realiti parti PAS dan ahli-ahlinya. 

Parti-parti lain sikit pun tak terjejas - apatah lagi UMNO. Tak jadi kudis langsung walau pun PAS nak tunggang terbalik.  Tapi bagi PAS, bila kena tanya sikit, macam kena peluru sesat...bersepah-sepah air liur Mat Sabu menyuruh Dato Najib diam, melalut-lalut Tuan Ibrahim nak pertahan sampai keluar cerita halau hantu pakai lada hitam...pendek kata bertabur-tabur PAS sedangkan UMNO tak buat apa-apa pun.

Saf kepimpinan Welfare
Ooo iya...Mat Sabu juga ada berkata bahawa dia sanggup bertanding (pada PRU 13 nanti) di kawasan yang majoriti banyak Cina pulak tu (tak semestinya Melayu) contohnya  Kawasan Bukit Bintang. Jadi kita memang tak sabar nak menengok keberanian Mat Sabu bertanding di situ. Itu pun kalau DAP bagi. Tapi...perasan tak? PKR dengan DAP senyap tak kata apa-apa...macam orang terkedu! Hj Hadi ni dah bincang dan dapat izin ke dari Godfather dia, DAP (Lim Kit Siang) nak tubuh negara kebajikan? Ke dah ada masalah??? DAP boleh bagi ke kawasan Bukit Bintang pada Mat Sabu? Katanya DAP lebih respect kat Mat Sabu daripada dua calun Timbalan yang bertanding! Jadi kita cabar Mat Sabu untuk bertanding di Bukit Bintang. Jangan cakap aja besar. Kalau tengok sejarah Sarawak, satu kerusi pun PAS tak menang. Sebelum bertanding, cakap takbur dan riak. Bila keluar keputusan, PBB yang sapu bersih. Syabas rakyat Sarawak!

5. Untuk kekal dalam politik, adalah sangat penting bagi sesuatu entiti itu terus menerus relevan!

Entiti yang dimaksudkan boleh mengambil bentuk personaliti atau individu, organisasi atau pun ideologi perjuangan.

Istilah 'relevan' mensyaratkan supaya individu, organisasi atau perjuangan berkenaan menepati tuntutan konteks politik yang menjadi persekitarannya. Ini sangat penting kerana sebaik sahaja entiti itu sudah tidak relevan pada mata umumnya, dia akan serta merta kehilangan peminat, luntur sokongan dan seterusnya tidak lagi menarik perhatian audience nya.

Having said that, it is crucial in politics, to stay relevant - if you're serious about staying in the game.... 


Apabila seseorang pemimpin, atau parti atau asas perjuangan parti itu dianggap relevan, secara otomatis kerelevenan ini akan menyumbang kepada kewibawaan pemimpin, parti atau perjuangan berkenaan. Kerana itulah, manifesto parti amat penting kerana ia mengabadikan asas perjuangan yang menggariskan segala dasar yang menjamin parti itu kekal relevan di hati pengikut dan penyokong.

Jadi PAS tak usah perasanlah yang UMNO ni kemaruk sangat nak bersama. Kita tak nak lagi Trojan Horse di kalangan kita, yang ada tu semua tunggu masa je. PAS sudah tidak lagi relevan kawan-kawan...tinggalkan, tinggalkan!

Saturday, 4 June 2011

PAS REBRANDING: Kebajikan atau Kejutan!

The unholy alliance...peluk ke tikam belakang?..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri!  Hikmah disebalik kata-kata ini merupakan sesuatu yang sering diberi berbagai interpretasi oleh penganut ugama Islam sendiri.

Ada yang mentakrifkannya sebagai bermaksud sesuatu kaum itu yang sebenarnya berperanan penting dalam menentukan nasib mereka. Bagi mereka ini, Tuhan pasti akan mengubah  sesuatu takdir yang bakal menimpa mereka sekiranya mereka berusaha keras untuk mempastikan takdir yang mereka tidak inginkan dari berlaku.

Kemudian ada pula segolongan lain yang berpandangan bahawa takdir atau nasib mereka itu telah sedia ditentukan oleh Allah swt - jadi kenapa mesti kita manusia pandai-pandai mengubahnya??? Apa pun takrif yang menjadi pegangan masyarakat Islam yang ada di Malaysia, mereka yang di dalam parti PAS pada hari semalam telah mengubah nasib mereka - atau berusaha keras untuk Allah mengubah nasib mereka dalam membuat ketentuan kepimpinan yang akan menerajui parti politik yang selama hari ini membawa Islam sebagai jenamanya.

Pada 3 Jun 2011 tewaslah golongan pemimpin ulamak PAS di tangan pemimpin gelombang barunya! Dua pertiga dari saf kepimpinan baru PAS adalah mereka yang tergulung dalam kumpulan Erdogan yang pro Ketua Pembangkang.

Pada kali ini kita dapat menyaksikan satu angin perubahan bertiup kencang di dalam parti yang pada satu ketika dahulu digambarkan begitu ultra Islamic dalam dasar serta pendiriannya. Ramai yang menyangka bahawa PAS seperti parti lain akan mengalami pergerakan dalam tindak-tanduknya - maklumlah, kalau dunia berubah, parti pun turut berubah. Tapi kali ini, kejutan yang masih buat umum terfikir-fikir ialah bagaimana PAS yang sebelum ini tak putus-putus menyebut tentang usaha mengujud 'Negara Islam' boleh membuat kona baring 360 darjah dan menukarkan slogannya menjadi 'Negara Kebajikan'!

Hairan bin ajaib... ganjil bin pelik!

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Negara Kebajikan' yang disebut oleh Hadi Awang sebagai halatuju baru parti PAS?

In English, you'd call that a "Welfare State"... does that mean PAS is promising free education, free medicare, free sustenance allowance, assistance for the poor and needy, subsidies, shelter homes, welfare homes, old folks' homes etc, etc, etc.... But wait a minute, don't we already have the people's welfare being taken care of in the country? I thought we already have a Welfare Department under a Welfare Ministry. That does not include the barrage of Welfare NGOs (of all races) that are sprouting like wild mushrooms by the minute - all getting grants from the BN Government.


Haji Hadi kena beri penjelasan terutama kepada ahli-ahli PAS apa yang dia maksudkan dengan Negara Kebajikan yang merupakan produk baru PAS menggantikan produk lama mereka iaitu Negara Islam! Haji Hadi juga kena beri rasional kepada ahli-ahli partinya, sebabnya produk ini perlu ditukar?

Kalau dilihat dari segi branding, UMNO (United Malays' National Organisation) dan BN (Barisan Nasional) ,jenama yang dibawa dari dahulu hingga sekarang ialah perjuangan nasionalisma bangsa (berteraskan persatuan bangsa Melayu). Itu memang tak berubah dari dulu. Sampai UMNO dituduh racist disebabkan oleh pendirian dan dasar ini.

Tapi bagi PAS pula, branding mereka buat sekian lama ialah Islam. Adakah mungkin perubahan yang diumumkan oleh Haji Hadi ini berpunca dari rasa terdesak untuk menyesuaikan PAS dengan citarasa dan selera penyokong mereka dalam DAP dan PKR??? Sebab kalau kita ingat balik, Karpal Singh (DAP) ada bertempik 'langkah mayat dia dulu' sebelum PAS berani mengujudkan Negara Islam - jadi DAP memang terang-terang menolak sebarang unsur keislaman dalam perjuangan mereka. PKR pulak memang Islam celup, jadi mereka memang tak mengutamakan Islam dalam manifesto mereka. Yang utama pada PKR hanyalah Anuwar Ibrahim...

But "Welfare" Hadi, why don't you tell us something new???

And WHY NOW? Why not 52 years ago? I have a hard time following this logic.  If that was the object of PAS why did Hadi announce it immediately after his Ulamak buddies lost in the party elections? Shouldn't he be announcing this before the Pemilihan so that the members are aware and accept that this will be the party's new direction?


Nampak sangat ini politik - dan bukan ada kena mengena atau kaitan langsung dengan Islam. Adakah mungkin Hadi menang kalau dia buat pengumuman tentang Negara Kebajikan awal-awal?


Lepas tu ada pulak pandangan sempit mengatakan UMNO/BN sekarang ni takut melihatkan kepimpinan baru PAS yang menang pada 3 Jun baru-baru ini! Astaghafirullah al 'azim...tolong lah...ada ke menasabah UMNO/BN takut pada barisan lawak  di bawah ni??? 


Yak yak yeeeii....

Hakikatnya ...

PAS rebranding


 atau penjenamaan semula PAS ini sebenarnya adalah kerana PAS, DAP dan PKR (terutama yang pro Anuwar) sudah naik gerun melihatkan usaha perpaduan di antara Melayu Islam yang diinisiatifkan oleh UMNO/BN mula menampakkan hasil dikalangan pemimpin ulamak mereka. Penyokong-penyokong Anuwar di dalam PAS seperti Kamarudin Jaafar merupakan di antara Trojan horse yang takkan menginginkan perkara itu terjadi. 


Itulah yang mendorong puak-puak Erdogan ni berkerja keras untuk memenangkan pasukan mereka kerana seperti parti-parti lain,  PAS juga ada Team A dan Team B nya. 


Baik ada maknaa tu...
Hakikatnya juga Haji Hadi (sisa Team A) yang sebenarnya  terperangkap dikelilingi serigala-serigala Team B yang diketuai oleh Mat Sabu, Timbalan barunya.  Hadi's in a catch 22 position - damned if he does, damned if he doesn't!...and he knows it.

Soalnya sekarang, boleh ke Haji Hadi menakhoda kapal PAS ni, sedang hati kecilnya tahu dia hanyalah the de jure leader manakala Mat Sabu adalah the leader de facto - dengan anak-anak kapal renegade seperti Husam, Salahudin dan Mahfuz yang pada bila-bila masa boleh melancarkan mutiny on the bounty sebaik sahaja Mat Sabu memberi isyarat?

Allah itu Maha Kaya...keputusan pemilihan yang berlaku pada Muktamar PAS itu rupanya sesuatu mukjizat yang  tidak kita sangka akan membuahkan harapan untuk UMNO dan BN.

Malaysia has been one of the most outspoken of Islamic countries. 


And surprisingly not because it has been ruled by fundamentalist leaders of Taliban inclinations - but Malaysia attained its exalted position in the pinnacle of glory and success because its leaders who were undoubtedly staunch Muslims had always encouraged the Muslim people (predominantly Malays and UMNO) to pursue knowledge outside the confines of religious studies and education.


The leaders knew that Malays needed to stop allowing Islam to become a religion of rituals. They knew that the inward interpretation of Islam and refusal to pursue excellence in the sciences and other branches of knowledge will make Muslims lag behind those of other faiths. For that these leaders have been labelled as 'secular' and 'infidels' (kafir).


Sebenarnya pemimpin UMNO/BN yang memerintah selama 52 tahun ini bijak membezakan di antara aqidah dan ideologi.

Islam adalah aqidah dan agama suci yang menjadi agama rasmi negara ini seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan.

Islam bukan ideologi politik yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pemimpin-pemimpin yang berselera besar untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak boleh di re-package sesuka hati, kerana peraturan serta hukumnya sudah siap diwahyukan oleh Allah swt.


Pengikut-pengikut PAS perlu beringat tentang nasib dan masa depan mereka yang kini dalam tangan Lim Kit Siang dan Anwar.

Pemimpin dan penyokong UMNO/BN pula kena menapis dan screen habis-habisan agar calun-calun yang ditaja di PRU 13 nanti bukan Trojan horse Anwar dan tidak setitik pun mempunyai DNA nya. 

 The moment we smell a hint of Anwar in their moves, exterminate them!



Wednesday, 1 June 2011

Antara PRU 13, Sejuta Belia, Biasiswa JPA dan 1 Malaysia

Soalan utama dalam kepala semua orang sekarang ini ialah BILA PILIHANRAYA???

Baik parti BN yang memerintah atau parti pembangkang yang ingin mengekalkan kuasa di negeri-negeri tertentu, samada orang politik atau yang bukan orang politik semuanya membuat kira-kira sendiri bila kah tarikh untuk mereka membuat penentuan sekali lagi.

Sambil menunggu pengumuman tersebut dibuat, semuanya mengisi masa dengan cara mereka sendiri.

Seperti biasa pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong BN sibuk membuat persiapan menjelang Hari Raya politik ini yang memang merupakan tarikh yang ditanda dalam diari masing-masing. Pemimpin-pemimpin yang komited untuk melihat BN menang semuanya awal-awal lagi dah turun padang mempastikan gerakerja berjalan dengan lancar dan janji-janji ditunaikan. (Yang tak komited tapi berkepentingan pulak akan sit and wait, menunggu kalau-kalau ada peluang dapat jadi calun atau sekurang-kurangnya peluang nak buat duit...maklumlah Raya...bukan budak kecik je tunggu angpow!)

Pada  masa sama penyokong parti pembangkang pun sibuk jugak - selain dari tugas biasa memburukkan sebarang usaha yang dilakukan oleh BN selaku parti yang memerintah, mereka bertungkus lumus mencari isu-isu panas yang boleh dikipas bagi menimbulkan masalah.

Kerja puak pembangkang macam PKR, PAS dan DAP tak susah - complain dan kritik je...tak payah pakai duit, tak perlu peruntukan dan tak payah ada bukti bagi menyokong sebarang kenyataan. Pembangkang faham sangat bahawa psikologi rakyat yang sedang marah atau tak puas hati atas sebarang perkara lain yang tak ada kena mengena - termasuklah cuaca...akan termakan apa juga pembohongan yang dihidang pada mereka...dan tidak teragak-agak untuk menyalahkan pemimpin walau pun yang selama hari ni terbukti memelihara kebajikan mereka.

Misi utama pembangkang ialah mempastikan BN tak senang duduk dan tak lena tidur...dan rakyat terus dihasut dan diapi-apikan supaya tidak menghargai apa jua usaha BN.  Pemikiran rakyat akan dimanipulasi supaya mereka terus melompat, melatah dan terus menerus benci dan hilang keyakinan pada kemampuan BN untuk memerintah negara.

Sebab tu lah rakyat yang berakal dan waras tidak sedikit pun terkejut apabila usaha Dato Sri Najib mengumpul sejuta belia dan beliawanis untuk menjadi tetamunya di Putrajaya menjadi bahan ejekan dan cemuhan parti seperti PKR, PAS dan DAP. Mala'on pembangkang bertiga yang 'cakap tak serupa bikin' ni mati-matian tak akan membenarkan rakyat melihat atau menghargai kemurnian niat  BN.

PKR mengaku memperjuangkan 'keadilan', tapi mereka sebenarnya tidak berminat untuk melihat keadilan itu dijalankan. Penyokong PKR yang dikaburkan penglihatan mereka oleh Anuwar sudah sampai ke tahap enggan melihat kebenaran walaupun  kebenaran itu mencucuk mata mereka. Anuwar pula akan terus memainkan wayang konspirasinya untuk mengelak dari dibawa ke muka pengadilan.

PAS pulak, walau pun membawa agama sebagai lambang jenamanya, namun merekalah yang pertama mengajar rakyat amalan yang tidak menampakkan keagamaan, supaya menutup mata pada kebenaran, supaya tidak bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat keamanan negara dan kestabilan ekonomi yang telah dirasai selama BN memerintah hingga ke hari ini. Takkan tak ada langsung kebaikan yang dilakukan oleh BN yang turut dikongsi kebaikan dan manfaatnya oleh PAS - bohonglah tu!! Takkan semua ahli UMNO itu ahli neraka, dan semua ahli PAS penghuni syurga...lagilah tak masuk akal!

Dan akhirnya DAP yang kononya Democratic Action Party, tidak langsung demokratik dalam tindak-tanduknya di Pulau Pinang dan di tempat-tempat lain, malah lebih racist dari  pihak yang mereka tuduh sebagai racist.

Siti Aisyah (ketua srikandi PKR) , jurucakap muda yang diberi tasking oleh PKR untuk membidas serta menempelak 1,000,000 belia/wanis yang sebaya dengannya kerana meramaikan perhimpunan anak-anak muda sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya baru-baru ini...adalah senjata terbaru yang digunakan oleh pembangkang 3 Samdol untuk memperkecilkan usaha BN menyemarakkan perpaduan di kalangan para pemimpin muda masa depan negara.


To Siti Aisyah Shaik Ismail... I don't know which is worse, girl...for you to parrot those who push you to this like a cockatoo (I'm of course giving you more credit than that given to you by your puppet masters) - or for you to assume all the youth in this country acts and thinks like you. You seem to forget that one million persons equates one million hearts and minds...who hail from different ethnic as well as religious backgrounds.  Do you really think that every single one of these one million individuals (young though they may be) lacks the power of reasoning and the conscience to act on their own accord? Do you honestly believe that you can force 1 million young people to congregate and listen to the Prime Minister speak if they didn't want to? 


Do you not see that the beneficiaries of Putrajaya are the youth themselves? And that includes YOU. Why are you so hell bent on   helping PKR discourage the youth in the country from uniting?? Because... that is so NOT COOL!!!


I'm sure Anuwar was your public speaking instructor. Your style and delivery mimics your sifu. Including your references to personalities and other specifics that cannot be accounted for... (why should you condescend a hardworking newspaper/bottle collector for earning RM400 when that is deserving of his labor)... so typically Anuwar!


If you have no inkling as to the kind of sacrifice made by your forefathers to ensure that you become the educated and privileged young person that you are today, don't you dare dishonor and disrespect their memory!


Tapi itulah sebenarnya peranan yang diajar oleh pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP - kepada anak-anak muda mereka. Mereka galakkan anak-anak muda supaya biadab, riak dan tak ada bahasa. Kalau dah Melayu sendiri mengajar anak Melayu untuk tidak menghormati keturunan sendiri, jangan marah kalau Cina dan India pun turut sama meludah juga.

 KPI mereka ialah untuk memecahbelahkan perpaduan ummah dan persatuan di antara rakyat di dalam negara ini, daripada rakyat biasa macam belia tadi sampailah ke pemimpin peringkat atasan. Tengok saja usaha mereka melagakan PM dan TPM. Padahal dah cantik gandingan Dato Sri Najib sebagai PM membawa dasar 1 Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin selaku TPM mempastikan kedudukan Melayu terus terpelihara dalam equation keseimbangan (seperti juga peranan pemimpin MIC, MCA, GERAKAN dll) yang diketuai pemimpin masing-masing.

Ini tak...diorang tak puas hati selagi kita tak berbunuh sesama sendiri. Sebagai Melayu yang bijak dan waras, jangan biar diri kita diperbodohkan dengan taktik kotor 3 Samdol ni.

At the recent 25th. ASIA PACIFIC Roundtable held in the nation's capital from 30th May to 1st June 2011, Tan Sri Muhyiddin in his keynote address aptly reminded, "Even when it may seem expedient to use force, ASEAN member states have taken the laborious path to peace and upholding the TAC (Treaty of Amity and Cooperation) of which countries like China, India, the European Union, Japan and the United States who are binding signatories must follow the example led by ASEAN member states in displaying the non-use of force in the settlement of disputes. Stick to resolving ASEAN conflicts the ASEAN way..."


Seperti ASEAN kita pun ada cara kita sendiri, jadi apasal pulak kita nak ikut cara orang lain?

Keadaan dan persekitaran kita tak sama dengan tempat-tempat lain jadi kita diharuskan bertindak menangani masalah kita dengan pendekatan yang sesuai dan akan memanfaatkan kita. Pada masa yang sama kita juga wajib mengingatkan diri kita untuk 'berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Maknanya janganlah kita sampai dalam keadaan 'bagi betis, nak peha'. Kalau dah ternyata apa juga kebaikan yang dah di perolehi, jahat jugak yang dituduh - berhentilah kita menari mengikut rentak si tamak haloba ni.   


Dalam isu biasiswa JPA misalnya Free Malaysia Today tak fikir dua kali menuduh sistem di Malaysia tidak menghargai akal cerdik pandai. Menurutnya pelajar India semuanya "menderita tanpa sebarang harapan untuk mendapatkan bantuan dari negara tempat mereka dilahirkan".

"Kerajaan telah mengecewakan rakyat,"  FMT berkata lagi "dan menafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan berkualiti terutama di universiti luar negara". Ia seterusnya menyarankan sektor swasta khususnya syarikat-syarikat besar tampil membantu 'pelajar-pelajar malang' ini dengan mengujudkan satu tabung khas yang akan menawarkan biasiswa kepada setiap pelajar yang cemerlang tanpa mengira bangsa, kononnya.

Free Malaysia Today ni seolah-olah mengatakan bahawa tak ada langsung sebarang kebaikan dinikmati oleh kaum selain dari Bumiputra. Jadi terlanjur dia menyuruh syarikat-syarikat  besar ni menyediakan biasiswa yang begitu berkurangan, mari kita ingatkan FMT untuk  mintak jugak dari 10 penama teratas Senarai Forbes 2011 orang terkaya di rantau ini iaitu:

1. Robert Kuok Hock Nien (US $12.5 billion)
2. Ananda Krishnan (US $9.5 billion)
3. Puan Sri Lee Kim Hue (US $6.6 billion)
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (US $ 5 billion)
5. Tan Sri Quek Leng Chan (US $ 4.8 billion)
6. Tan Sri Teh Hong Piow (US $ 4.7 billion)
7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (US $ 2.7 billion)
8. Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary (US 2.5 billion)
9. Tan Sri Vincent Tan (US $ 1.25 billion)
10. Tan Sri Tiong Hiew King (US $ 1.2 billion)

untuk membiaya bangsa yang konon nya teraniaya ini. Yang pelek tu, kalau betul dasar-dasar negara tak memihak kepada yang selain dari Bumiputra, macam mana pulak 9 ekor di atas ni jadi yang terkaya di Malaysia? Yang Bumiputra adalah satu terkonteng-konteng, jangan ke tidak!

Manusia-manusia tak mengenang budi ni ingat kita ni bodoh agaknya!


Tapi selain dari bertanya BILA...mana yang lebih praktikal bertanya DAH BERSEDIA KE???

Jadi JIHAD utama bagi kita sekarang ini ialah - mempastikan individu yang bakal kita tawarkan sebagai calun PRU 13 nanti mestilah yang TIDAK PEMBOHONG (macam Anuwar), TIDAK BUTA SEJARAH (macam Siti Aisyah), TIDAK KHIANAT (macam DAP) dan TIDAK BODOH (macam Sam kemetot)!