'Treme' adalah siri baru TV Astro yang mengisahkan bagaimana penduduk-penduduk di New Orleans, Amerika Syarikat yang terkenal dengan muzik jazz tradisi nya membina semula hidup mereka selepas dilanda Hurricane Katrina. Seperti di mana-mana tempat atau negara yang di timpa bencana alam yang maha dahsyat, membangunkan semula keujudan yang telah dimusnahkan oleh malapetaka merupakan sesuatu yang maha mencabar . Bukan sahaja mereka ini perlu mengumpul semula segala simpanan atau bekalan yang hapus dibawa ribut, tetapi mereka juga perlu mencari dan menghidupkan semula budaya dan cara hidup yang sebelum ini menjadi identiti, amalan serta kebiasaan.
Sungguh pun saya lebih tertarik menonton Treme disebabkan muzik dixieland jazz yang sekian lama menjadi identititinya, namun entah macam mana siri itu menyebabkan saya membuat perbandingan dengan kemelut Hurricane Omega yang singgah sebentar di Sarawak pada awal April baru-baru ini.
Ada pemerhati politik yang mengatakan bahawa taufan yang melanda Sarawak itu adalah retak yang mencari belah. "It's a matter of time, " kata mereka "before DAP takes over and rule Malaysia". (Macam ternampak-nampak sedara DAP di selatan Johor tersenyum suka) Ada pula yang berpendapat bahawa ini sandiwara SUPP yang sudah kaotim dengan DAP bawah tanah. (Teringat macam mana Koh Tsu Koon dan Gerakan kalah pada Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang - macam sama aja filem tu).
Taib Mahmud dan semua barisan PBB menang tapi George Chan kalah dan hilang kerusi Piasau yang telah didudukinya selama enam penggal. Sebaik saja keputusan diketahui, George Chan yang tewas terus buat kenyataan bahawa kekalahan SUPP disebabkan oleh kegagalan Kerajaan Negeri dan Pusat yang kononnya memekakkan telinga kepada masalah rakyat. (Teringat Samy Vellu yang menyalahkan Kerajaan tak menjaga kebajikan orang India sehingga dia kehilangan sokongan mereka - yang dia jadi Menteri Kabinet lebih lama dari Mahathir jadi PM tu, kebajikan bangsa mana yang dia jaga agaknya??). George Chan bukan orang lain dengan Taib Mahmud - dah jadi keluarga. Kalau tak berpeluang dalam Dewan Persidangan, di meja makan di rumah pun boleh sangat mengingatkan Taib Mahmud untuk mendengar rintihan rakyat. Boleh cadang perubahan dasar-dasar tak adil yang dikatakan menyakitkan rakyat. Manalah orang tak meluat dengan orang politik...masa ada kuasa, tak ingat dunia, masa kalah, menyalahkan orang...mengaku ajalah yang kau nak serah pada DAP, George!
Ada juga yang merasakan BN tidak cukup bala tentera yang melancarkan serangan mahu pun yang menjadi barisan pertahanan semasa pilihanraya negeri itu. Presiden BN, Dato Sri Najib terpaksa turun sendiri mengepalai gerakan kerana pasukan yang diturunkan ke gelanggang kurang peluru. Kesian! Duit pilihanraya banyak habis, tapi kerja takde jugak orang yang buat. Dato Najib kena hati-hati bagi ganjaran pilihanraya, jangan tersalah bagi pada orang yang hanya nak buat duit atas alasan buat kerja. Wanita UMNO pun katanya dah ada ketua-ketuanya yang tak telus dengan duit pilihanraya - duit habis, undi tak banyak dapat. Ramai yang berjalan makan angin dan shopping aja ke Sarawak. Itulah tragedi UMNO/BN yang berlaku hari ini...tak dapek den nak nolong ehh..
Perbandingan dengan Treme membantu den membuek beberapo kesimpulan...
1. Trend untuk percaya pada janji yang ditabur oleh orang yang memang terkenal tiada kredibiliti memberi mahu pun menepatinya terus berleluasa. Samada kecenderungan untuk percaya kepada pembohongan ini lahir dari keyakinan yang tulin atau for the sake of convenience perlu kita kaji dan atasi. It's just sexy to be anti establishment!
2. Slogan 'Undi untuk Perubahan' atau 'Vote for Change' akan terus dimainkan hingga PRU13 - walau pun perubahan dan kemajuan jelas sudah dinikmati oleh rakyat. Adatlah kalau perubahan dan kemajuan lebih pesat berlaku di bandar-bandar dan pekan-pekan yang memang sudah ada pendedahan. Anehnya yang terjerit-jerit hendakkan perubahan itu adalah penghuni-penghuni bandar dan pekan (kebanyakkan Cina) sendiri yang sedia menikmati kemajuan tersebut. Jadi rumusan yang boleh dibuat ialah perubahan yang diinginkan sebenarnya adalah perubahan yang boleh memberi DAP peluang untuk duduk atas takhta pemerintahan di Sarawak...itu aja.
3. PKR sudah mula main duit...menabur wang yang banyak kepada pengundi-pengundi walau pun mereka jugak yang pada awalnya mengecam BN mengamalkan politik wang. Ada yang bertanya mana diorang dapat duit yang begitu banyak sedangkan Anwar dah lama takde slip gaji. Tapi apa nak hairan, hubungan Anwar dengan kuasa besar yang menajanya sudah berlanjutan begitu lama dan mereka tak akan membiarkan Anwar lapar selagi Anwar setia menjadi anjing mereka. Apa nak mesti dapat.. Tulang? Steak? Hot dog? ..oopp...bukan untuk makan ke? Rakyat Sarawak kena kenal betul-betul dengan manusia yang bernama Anwar ini kerana dia boleh merupa bermacam-macam bentuk.
Justeru Selangor juga patut berhati-hati kerana manusia bernama Anwar ini (yang semasa gawat ekonomi satu masa dulu, hampir menyebabkan negara kita berhutang dan terikat jadi hamba pada kuasa besar dunia) kini menjadi Penasihat Kewangan kepada Selangor yang tak mungkin jadi negeri terpesat kemajuannya di Semenanjung...kalau tak kerana BN. Nauzubillahi min zaliq... Nak kiamat betul dunia ni! Dajal pulak naik mimbar jadi imam yang berkhutbah kebaikan!
Di Istanbul, setelah meneguk secangkir Turkish coffee, anda kemungkinan akan didatangi oleh seseorang yang secara sukarela menawarkan khidmat menengok nasib dengan menilik corak yang dibuat oleh keladak kopi yang kering pada dasar cawan yang diterbalikkan setelah selesai minum. Anda mungkin percaya pada tilikan tersebut, atau mungkin tidak - atau anda mungkin suka-suka nak tau. Tapi sebenarnya tak perlu ada tukang tilik yang hebat bagi kita membaca keladak yang tinggal pada Sarawak setelah cawan mereka di terbalikkan pada Pilihanraya negeri 16 April 2011 yang baru lalu.
4. Hakikatnya seperti warga Treme yang dapat melihat di mana letaknya kesilapan, kelemahan dan kekurangan mereka mempertahankan bandar mereka dari dilanda bencana alam hanya selepas berlakunya bencana tersebut - semua rakyat Sarawak dan yang mengikuti perkembangan keputusan pilihanraya tersebut terpaksa megakui bahawa keladak di dasar cawan negeri Sarawak menampakkan corak pengundi Cina yang rata-rata menyokong dan memberi kemenangan kepada DAP. Yang setia tinggal menyokong BN, adalah Melayu Melanau, dan kaum Pribumi seperti Iban, Bidayuh dan lain-lain. Ramai yang mengatakan bahawa perkara ini sudah mereka jangkakan akan berlaku. Tapi bagi penyokong BN di Semenanjung, soalan mereka adakah trend ini memberi bayangan kepada kecenderungan pengundi Cina di Semenanjung juga???
The fever has broke, said some...and the worst is over - or is it?
Sarawak did not come out of this unscathed. Its scars were indicative of a much more aggressive epidemic and a larger, more impending doom looming in the foreground.
Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim pernah menggelar Anwar - the father of conspirators ?*#@... Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga. Hanya seorang pakar konspirasi dapat memprofailkan konspirasi dengan tepat. Anwar Ibrahim knows all he needs to do to have the upper hand and come up with a conspiracy is to play victim. Pengikut-pengikut PKR dan samdol-samdol parti lain pun kesianlah menengok dia, berkorbanlah harta, tenaga dan maruah untuk mempertahankan Anwar yang gelak besar di belakan tirai melihatkan wayangnya berjaya. Sepandai DAP dan PAS masih belum cukup bijak untuk membaca taktik psy-war yang dimainkan oleh Anwar dan untuk kesekian kali mereka termakan dengan tipu helahnya.
5. Sarawak membuat kita bertanya siapa yang racist sebenarnya? Pemimpin-pemimpin dalam BN - atau Lim Guan Eng dan Violet Yong dalam DAP??? Selama pemimpin BN memerintah, siapa yang makin kaya??? Bukan kah golongan Cina yang selamba mengaut semua??? Pemimin BN tak bising pun. Tapi bila Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang, Melayu langsung tak boleh cari makan. Masih tak sedar ke kita yang mengata dulang, paku serpih ni lah sebenarnya yang maha racist ??
Anwar Ibrahim dari Ceruk To' Kun, Pulau Pinang sebenarnya dah tak kisah apa yang berlaku pada bangsanya di negerinya sendiri. Dulu masa dalam UMNO, dia lah yang sibuk nak memperjuangkan Melayu. Pendek kata semua pemimpin UMNO lain (termasuk Mahathir) tak dapat menandingi betapa ultra Melayunya Anwar pada ketika itu - sampai cakap pun Melayu baku! Sekarang ni bila tak dapat apa yang dihajat, Melayu ke, baku ke, ...semua hilang!
Anwar tidak tahu erti setia dan tidak punya setiakawan. Sama tabiat dengan DAP - kalau dihantukkan kepala berdua tu, melekat! Sebab tu diorang ngam sangat. Anwar bawa nilai yang sama dalam PKR. Wawancara di Astro dengan Wakil-Wakil Rakyat Bebas (dulu PKR) iaitu YB Zul Nordin dan YB Gobalakarishnan di ambang Pilihanraya Sarawak sebanyak sedikit membuka mata ramai bahawa apa yang diagung-agungkan tentang Parti PKR dan pemimpinnya itu sebenarnya adalah wayang pacak murahan yang dimainkan dalam berbagai versi untuk menarik sokongan mereka. Komen-komen YB berdua ini wajar kita teliti kerana ia pengakuan dari mangsa tipudaya Parti (dan pemimpin) yang mengaku membawa keadilan untuk semua - mereka telah memberi first hand account on prime time television tentang muslihat PKR, DAP, PAS dan selainnya. Begitu juga interview dengan RPK - nasib baik cepat sedar kan??
6. Syukur, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Yang penting negeri-negeri yang kalah seperti Selangor harus mengambil iktibar dari Sarawak. Panglima-panglima di Selangor misalnya tak payahlah menunggu PM turun baru nak angkat senjata. Mereka harus ikhlas bersatu dan awal-awal berkerja keras menghimpun kekuatan dan keberanian duduk di barisan paling hadapan bersedia menepis peluru yang datang dan mempastikan Selangor kembali kepada BN. Jangan hanya satu dua aja yang tak tidur malam memikirkan macam mana nak ambil alih manakala selainnya tunggu tumpang tui. Begitu juga negeri-negeri lain.
7. Akhir sekali corak keladak di cawan semakin menampakkan penulis column politik di akhbar-akhbar mainstream contoh Joceline Tan (STAR) sudah tak segan silu menunjuk belang membangga dan mewar-warkan kemenangan 12 kerusi DAP berbanding 55 kerusi BN. Kemudian Zaini Hassan (Utusan Melayu) pulak menCuit balas dengan "1 Melayu, 1 Bumi". Eloklah tu...professional reporting ...
Treme telah memberi kesempatan kepada penduduk New Orleans untuk membina kehidupan baru di atas kehancuran yang berlaku. Yang buruk dan dah sedia hapus, jangan lagi dibangun dan dihidupkan. Biar dia hanyut bersama dosa seperti banjir besar di zaman Nabi Noh. BN patut bijak guna peluang ini untuk membersih dan mengemas struktur dan kerangka politik negeri dan negara kepada sesuatu yang boleh bertahan sebarang tsunami dan taufan masa depan! If you don't do it now, you'll never have this chance again.
Sebenarnya punca semua masaalah ini adalah dari si peliwat Anuwar lah. Kalau tak pasal dia cina dengan india, semuanya tak berani kurang ajar. Dia ingat cina DAP tu sayang kat dia...anuwar memang melayu bodoh. Melayu PAS dan PKR yang menyokong sama juga bodohnya. Padan muka di peralatkan oleh DAP yang makan haram. Leteh aje sembahayang tunggang tonggek penyudahnya mengikut cakap orang yang tak mengadap kiblat. Lama-lama Pas akan hilang kuasa dan pengaroh dan melayu akan hilang keyakinan terhadap Pas. Maka Pas akan terkubur bersama dengan PKR macam nasib Semangat 46 yang sudah tammat riwayatnya.
ReplyDelete