Apa sebenarnya motif 3 bahalol ni buat pendedahan yang hanya kacau daun dan tambah memburukkan lagi nama dan imej UMNO??? Ini bukan nak menolong Dato' Najib memperbaiki imej UMNO yang dah hancur dirosakkan oleh rejim Pak Lah - tetapi menambahkan lagi pekung dan kudis yang dah merebak. Kalau tak boleh menolong, duduklah diam-diam. Janganlah buka mulut kalau tak gunakan otak. Dahlah Dato Trio yang diketuai oleh Rahim Tamby Chik(RTC) tu rekodnya di kotorkan dengan kes perlakuan seks dengan budak bawah umur (statutory rape), tambah pulak jadi kepala alam yang memalukan parti.
Cuba tanya si RTC ni nak menolong UMNO ke atau nak menjahanmkan UMNO ??? Kita ni kan nak menghadap PILIHanraya tak lama lagi. Jagalah sikit kelakuan dan mulut...jangan gah dan sombong. Penyudahnya di benci dek orang. 3 Bahalol ni nak UMNO menang ke kalah? Apa bodoh sangat? SEBAB KELAKUAN MACAM NILAH YANG MEMBUATKAN ORANG SEMUA MENYAMPAH SEMENYAMPAH MENYAMPAH NYE PADA UMNO??? Kalau tindak tanduk 3 Stooges ini jadi backfired kepada UMNO, maka Dato Najib kena buat 'house cleaning' - supaya ulat-ulat gonggok dan cencorot ini dibuang sebelum rumah UMNO jadi busuk lantung.
Mula2 buat suspense kononnya ada berita panas Dato T yang nak mengeluarkan video seks pemimpin tertinggi PKR. Tiba-tiba yang keluar muka 3 Stooges UMNO mengaku dialah dalang di sebalik pendedahan yang dijangka boleh menjebak pembangkang. Oiii...pakailah kepala otak tu sikit. Dato Najib tu tengah bersusah payah membawa agenda transformasi supaya rakyat pulih hubungan dengan UMNO. Adakah tindakan 3 bahalol ini dalam pengetahuan Majlis Tertinggi? Nampaknya 3 Stooges ni nak menggagalkan usaha Dato Najib untuk membina semula kredibiliti UMNO yang telah dimusnahkan oleh muka-muka korup yang tidak bertanggung jawab dulu tu. Sebab 3 Kerbau balau yang otak lumpur, habis satu UMNO terpalit!!!
Ini kah yang kita mahu???
Apa jugak motif mereka, Dato Najib kena berani bertindak ke atas mana-mana personaliti UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti supaya nama baik UMNO dapat dipelihara dan dipertahankan. Sebaliknya jika tindakan 3T ini ada kebenarannya dan mendatangkan kebaikan kepada UMNO, maka bolehlah kita kekalkan mereka di layar perak UMNO pada musim yang akan datang. Jika tidak pastikan supaya siaran 3 Stooges ini tiada ulangtayang di mana mana saluran sampai bila-bila. Sama-samalah kita tunggu kesudahan kisah 3 Bahalol.
JENG JENG JENNNNGGG.....
Sdr. Lord OTR,mungkin motif 3 stooges ni menayang blue movie Anuar dengan tujuan:- (1)RTC nak balas dendam kat Anuar kerana pernah malukan dia dulu dengan kes rogol budak bawah umur dan (2) RTC nak jadi wira kalau dia dapat hapuskan politik Anuar dengan video sek. Rasanya tindakan RTC ni tidak akan mendatangkan kesan kalau beliau tidak dapat membuktikan pelakun video sek itu adalah Anuar. Nescaya "backfire" lah usaha nak mengenakan Anuar jadi gagal. Walaubagimanapun gambar 3 stooges tu betul2 kelakar giler.hehehe!!!
ReplyDelete