Wednesday 12 October 2011

ASAL USUL MALAYA: Buta Sejarah atau Tak Terima Hakikat

 Diterjemahkan ...
"Mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya"... 

Kata-kata George Santayana (seorang ahli falsafah keturunan Sepanyol yang lahir di Madrid pada hujung abad ke-19 dan beroleh pendidikan di Harvard, Amerika Syarikat) yang  masyhur ini menghukum sesiapa saja yang sewenang-wenangnya hilang ingatan apabila selera politik mendorong mereka mengubah fakta sejarah semata-mata bagi membolehkan matlamat menghalalkan cara.

Sejarah antara sumber bagi kajian sains politik. Kenapa? Kerana Sejarah bukan ramalan. Ia adalah "catatan peristiwa yang telah berlaku" dan justeru merupakan "rekod yang konsisten, tetap dan tidak berubah" untuk ahli politik dan pengkajinya membuat perbandingan atau rujukan. Kalau Malaysia merdeka pada tahun 1957 ... maka Sejarah merakamkan bahawa pada tahun 1957 lah, Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman telah berteriak "Merdeka" di Stadium Merdeka. Dokumen, gambar dan lain-lain bukti yang menyokong peristiwa sejarah itu menyebabkan ia menjadi kenyataan yang tak dapat di nafikan.

Mat Sabu - "MAHARAJA LAWAK" pembangkang 
Menukar fakta sejarah untuk memuaskan ego pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka untuk mengelirukan kefahaman ramai sebenarnya tak akan  mengubah hakikat sejarah itu. Kerana itu bila Mat Sabu mengagung-agungkan Komunis seperti Mat Indera sebagai wira sebenar dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong - ia hanya membuktikan bahawa Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terlalu cetek pengetahuan tentang Sejarah negara sendiri...... dan selain dari ia menunjukkan bahawa Mat Sabu hanya bertujuan menidakkan keperwiraan pihak polis dan memperkecilkan pengorbanan nyawa mereka mempertahankan negara ini ... ia juga membuktikan bahawa Mat Sabu bermasalah menerima hakikat bahawa Komunis sudah tidak lagi punya tempat dalam dunia politik sekarang. Kalau dalam istilah psychology Barat, Mat Sabu yang cakap merepek ni dalam keadaan in denial... atau dalam cakap biasa - tak boleh terima hakikat!  Motifnya politik. Mat Sabu tak peduli samada kenyataan yang dibuat merupakan fakta sebenar atau hanya mimpi siang yang direka sendiri!

Yang menyokong cakap Mat Sabu juga hanya pembangkang yang  sama-sama buta sejarah seperti dia dan yang ambil kesempatan cuba main silap mata dengan memutarbelit tindakan, cakap serta watak dalam sejarah itu sendiri. Itu semua kumpulan yang tak boleh terima kenyataan sejarah.
Prof Dato Dr Ramlah Adam
Bila fakta sejarah yang sebenar dibentangkan pada mereka, maka jadilah seperti kejadian yang berlaku pada Forum anjuran Sinar Harian tempoh hari di mana ceramah penerangan YBrs. Prof. Dato Dr. Ramlah Adam, seorang ilmuwan dan pakar sejarah di "boo" oleh para penyokong pembangkang yang berada di kalangan hadirin. Tindakan yang liar, tidak profesyenal dan tidak bertamadun ini bukti jelas bukan sahaja bahawa mereka tak dapat menerima hakikat sejarah yang sebenar tapi juga menunjukkan bahawa mereka tak punya hujjah yang boleh disokong dengan data serta dokumen yang ilmiah. Pembangkang hanya mampu melontar cakap kotor dan membuat bising supaya hadirin lain tidak dapat mengikuti ucapan Prof Dato Dr Ramlah.  Orang lain yang hadir di acara itu dapat menyaksikan sendiri betapa pembangkang yang sebenarnya takut berdepan dengan fakta sejarah.

Lagi pun Prof Dato Dr Ramlah bukan orang politik. Beliau bukan langsung calun yang bertanding untuk UMNO atau BN. Beliau ahli akademik yang tersohor di dalam bidang sejarah negara. Kenapa pembangkang takut sangat cakapnya di dengar umum?Apa jadi dengan kesediaan nak menyelesaikan kesalahfahaman sejarah ini secara berdebat dan berbincang? Kata pembangkang ramai yang bijak pandai dan terpelajar, masuklah gelanggang secara profesyenal. Kenapa "boo"?  

HAKIKATNYA MALAYSIA LAHIR DARI KEBIJAKSANAAN RUNDINGAN DAN PERJUANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU TERDAHULU
Malaysia lahir hasil kebijaksanaan rundingan dan perjuangan pemimpin Melayu


















Hakikat ini terbukti dari catatan sejarah. Kita menuntut kemerdekaan kerana  kita dijajah oleh British. Kalau kita tidak bebas membuat urustadbir negara sendiri dan terpaksa sentiasa merujuk (refer) kepada British Resident yang menjadi Penasihat - maknanya kita tidak bebas bertindak sebagai pemerintah. Bila kita tidak bebas bertindak sebagai Tuan di negara kita sendiri, maknanya kita tidak merdeka dari belenggu penjajah. Itulah lojiknya!

Itulah sebabnya YTM Tunku Abdul Rahman,  mengepalai utusan ke London UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA!

Selepas beroleh kemerdekaan barulah muka-muka Resident British lenyap dari carta organisasi pentadbiran negara dan negeri. 
ITU HAKIKAT! BUKAN PENDAPAT! 
OPINION IS NOT FACT!

Hakikat itulah menjadi intipati kepada kenyataan jelas yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia untuk menjawap segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang tentang sejarah negara ini. Baru-baru ini perkara ini telah dibangkitkan oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) dalam soal jawab Parlimen.

KONTEKS suatu ciri penting dalam kajian Sejarah. 'Konteks' bermakna persekitaran yang menjadi prasyarat kepada sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Zaman di masa komunisme hidup dan berleluasa sudah lama berlalu. Menyebut tentang komunisme di zaman Internet ini sama seperti menonton wayang tentang dinosaur di zaman Jurassic. Ia hanya khayalan sesuatu yang ujud pada satu masa dulu yang kini sudah kabur, cair dan hanya boleh ditonton di pangung wayang atau di muzium. Komunisme lahir dalam keadaan jurang ekonomi rakyat terlalu besar - yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Ia boleh ujud di tempat-tempat kelahirannya seperti Tanah Besar China, Indonesia, negara-negara Eropah Timur (East Germany, Poland dll) dan Soviet Union yang kini dikenali sebagai Russia. Tetapi di negara seperti Malaysia di mana taburan ekonomi dan taraf hidup rayat amat seimbang, komunisme tidak akan boleh bernyawa!

Chin Peng
Bila Free Malaysia Today  menganjurkan supaya Chin Peng dikembalikan ke dalam rekod sejarah negara kita sebagai freedom fighter ramai rakyat yang marah - terutama sekali generasi kedua pada mereka yang hidup di zamannya dan berpeluang menyaksikan Chin Peng in action.  
How do you rationalise to the families who lost their loved ones at the hands of the Communist like Chin Peng and his band of Bintang Tiga terrorists? Whose freedom was Chin Peng fighting for that these innocent lives were sacrificed? What good did Malaysians gain from the horrors of Communism? That part of history is still remembered by the rakyat ... don't take the people for fools!!


Kalau Malaysian Insider menyanjung dan mengakui Chin Peng sebagai pahlawan (warrior) mereka, bagaimana pula dengan Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela dan lain-lain penentang British? Siapa Chin Peng di kalangan nama-nama yang hebat ini? Kita tak dengar wira-wira yang menentang British ini mengganas dan membunuh rakyat sendiri. Bunuh askar British dan Gurkha yang jadi tentera mereka adalah. Tapi Chin Peng mengganas dan membunuh bukan sahaja Melayu, tetapi jugak China dan India! Warrior apa namanya tu?
Tiba-tiba pulak hari ni saki baki puak Chin Peng yang di Malaysia ni nak mengarak dia balik sebagai hero... Apa hal ni? Langkah mayat kita dulu, jangan ingat kita takut!

Tapi sekarang, semua orang nampaknya nak mencipta sejarah baru. Semua fakta sejarah nak dijadikan free for all untuk diubah dan ditukar. Sejarah Amerika Syarikat dah masuk berapa centennial tak ada pulak orang berani (yang tak ada asas sejarah pulak tu) nak meminda peristiwa dan chronology nya. Apa ke jadah kita nak biarkan orang buat begini pada sejarah negara kita? Nampaknya pembangkang ni dah semakin bankrap idea untuk nak menang. Cipta sejarah baru untuk kelirukan rakyat. Bajet negara di kata bajet Santa Claus. ISA dihapuskan kononnya mereka yang punya kerja. Bila bagi negeri untuk perintah, hancur. Tengok aja Selangor dan Kedah, tiga tahun tak jadi apa! Khazanah negeri makin kosong, masalah makin bertambah. MB Kedah sampai masuk IJN tak boleh handle masalah negeri. MB Selangor nak kena ganti MB baru. Kelam kabut Malaysia dibuatnya!

Rakyat sebenarnya semakin cerdik dan boleh buat perbandingan. Mereka dah fed up dengan gelagat pembangkang yang semakin hari semakin menunjukkan mereka tidak boleh memimpin negara ini. Kerja tak lain, cari isu, bangkang dan buat cerita rekaan. Mungkin kerjaya yang lebih sesuai bagi puak pembangkang ini ialah jadi movie star di Hollywood sebab pandai berlakun. Mereka bukan politician dalam ertikata sebenarnya...dan jadi pemimpin jauh sekali. Perubahan-perubahan baru yang banyak dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional sudah membuat mereka kecut perut. Jadi pembangkang ni tunggu masa ajalah untuk dibungkus sebagai bahan sejarah di PRU 13 nanti!

Friday 19 August 2011

ZIN vs MUSTAFA: UMNO Selangor jawab PAS Pusat

Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Selangor, YB Dato Sri Ir Zin Mohamed merupakan yang pertama di Selangor bersuara menafikan tuduhan Mustafa Ali, Setiausaha PAS Pusat yang telah jauh tersasar dari target. Sana sini rakyat ketawa melihatkan PAS yang jelas semakin tak mampu mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu murtad yang sepatutnya menjadi tumpuan perhatian dan pengkhususan mereka sebagai parti Islam. Mula-mula PAS menyalahkan Hasan Ali (Exco Agama Negeri dan Ahli PAS sendiri) dan mempertahankan pihak Gereja Methodist, Damansara Utama. Anak Nik Aziz sendiri, Nik Abduh yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS kata "...kena ada bukti kukuh , baru serbuan boleh dibuat..."
YB Dato Sri Ir Zin

Kekecohan bermula apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu telah bersama Hasan Ali pergi ke gereja berkenaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik makan malam muhibbah anjuran pihak gereja berkenaan yang menimbulkan kontroversi 'murtad' yang semakin hebat diperkatakan.  Masyarakat Melayu Islam yang rata-rata menantikan sesuatu tindakan yang tegas lagi berkesan daripada pemimpin-pemimpin PAS terutama di peringkat pentadbiran negeri begitu kecewa apabila PAS seperti mengelak daripada menangani isu sebenar.  Once again, instead of solving the problem, PAS turns around to point an accusing finger to their long-time nemesis - UMNO! 

Tindakan yang dibuat oleh Dato Sri Zin selaku Setiausaha UMNO Selangor memang wajar memandang perkara ini berlaku di Selangor dan tuduhan dibuat ke atas UMNO. "DIAM MAKNANYA SETUJU"... sudah terlalu banyak tuduhan dilemparkan oleh PAS  terhadap UMNO dan jika didiamkan tanpa dijawab, perbuatan ini akan berterusan dan tumpuan kita terhadap isu sebenar akan terus dikelirukan oleh PAS. 

Jadi, jangan hilang fokus!
Damansara Utama Methodist Church (DUMC)
Pokok perbincangan yang menjadi tumpuan kita adalah peristiwa pihak Gereja Methodist, Damansara Utama yang diberitakan telah berusaha memurtadkan 12 orang penganut agama Islam pada majlis berkenaan. Apa yang dituntut oleh rakyat Melayu Islam (bangsa dan agama lain memang tak kisah apa jadi) ialah kenapa siasatan atau pemeriksaan atau serbuan atau apa saja istilah yang sesuai nak digunakan itu...seolah-olah dihalang daripada sampai ke penghujungnya? Tindakan memurtadkan atau memesongkan aqidah adalah satu kesalahan yang besar di sisi agama. Pantang bagi orang Melayu Islam sejati, kalau agamanya diusik. Kita semua tahu itu. PAS pun tahu itu.

Jadi PAS sepatutnya lebih berminat menyiasat motif pihak gereja menganjurkan makan malam kesyukuran itu...di dalam gereja,... untuk mereka yang beragama Islam,... pada bulan Ramadhan!  
Mustafa Ali naik biol


Apabila PAS enggan memberi perhatian kepada permasalahan yang berlaku dan memekakkan telinga kepada aduan yang dibuat oleh Hasan Ali, Exco agama PAS cadangan mereka sendiri, masyarakat Melayu Islam semakin meragui pendirian dan prioriti pemimpin-pemimpin PAS!

Apabila pihak gereja tidak mahu memberi kerjasama dan bertemu dengan pihak-pihak yang berwajib, masyarakat Melayu Islam mula menyimpan syak wasangka bahawa ada satu agenda jahat sedang dirancang untuk mencabuli kesucian agama mereka dengan merosakkan aqidah penganutnya yang 12 orang itu.

Apabila MB Khalid Ibrahim selaku orang kuat PKR di peringkat negeri yang juga Melayu Islam lebih mempertahankan pihak gereja daripada  mengambil berat melindungi aqidah 12 orang yang mungkin dimurtadkan, masyarakat Melayu Islam mula membuat andaian tentang sikap berat sebelahnya.

Apabila Mustapa Ali tiba-tiba menuduh UMNO yang mendalangi serbuan JAIS, masyarakat Melayu Islam tercengang-cengang hairan melihat bagaimana PAS boleh melalut sampai tahap NYANYOK!

Apabila  UMNO bersuara aja, PAS tuduh pulak UMNO  menggunakan isu murtad untuk mendapatkan simpati Melayu Islam! Macam mana boleh ke situ pulak perginya???

Masa dulu, bila UMNO yang mentadbir Selangor, PAS dan pembangkang kata UMNO tak menangani isu. Sekarang ni bila PAS yang memerintah melalui Pakatan Haramnya, mengapa mereka tak menangani isu yang semakin menjengkelkan rakyat Melayu Islam khusus yang berada di Selangor?

Dato Sri Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor senada  dengan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Dato Sri Zin apabila beliau pada hari ini  mengakui bahawa tuduhan PAS tidak lojik kerana JAIS bawah pentadbiran negeri Selangor yang kini diperintah oleh Pakatan. Betul jugak! Apa kena mengena isu murtad DUMC (Damansara Utama Methodist Church)  dengan UMNO???

Yang pergi bersama JAIS untuk menyerbu DUMC pun orang PAS jugak...geng Pakatan. Dah tu apasal pulak UMNO yang terpalit. Orang lain makan nangka, orang lain pula yang kena getah...hairan betul!

Begitu banyak musuh dalam selimut, UMNO jugak yang PAS igaukan...tut tut tut...apa nak jadi PAS ni???

Apabila meneliti petikan kenyataan media Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu yang sama (dalam blog Manjadda wajada), kita bertambah yakin bahawa PAS memang dah raban. Ikuti petikan berikut berserta jawapan serta reaksi saya dan buatlah penilaian sendiri:
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim: Kenapa Kerajaan tidak sedia menggubal Akta pencegahan murtad?


Jawapan: Hello Tuan Ibrahim...bukankah awak orang tu sekarang Kerajaan? Awak yang memerintah, awak yang berkuasa...awaklah buat!


Tuan Ibrahim:  Kenapa ajaran Qadiani terus di Kg Nakhoda, Batu Caves yang berjalan merosakkan aqidah umat Islam?


Komen: Tuan Ibrahim ni tak cukup minum air agaknya bulan-bulan puasa ni. Kg. Nakhoda, Batu Caves tu bukan ke bawah negeri Selangor. Awak punya geng yang mentadbir negeri Selangor ni Tuan Ibrahim oi, mengapa pulak UMNO kena masuk campur? ... Tapi besok, bila Pakatan Rakyat kalah pada PRU 13, insyaallah boleh UMNO masuk semula untuk selesaikan masalah. Don't you worry ok! We'll take care of everything..


Tuan Ibrahim: PAS tegas menjaga aqidah umat Islam dan pada masa yang sama , PAS juga pentingkan  cara menyelesaikan murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia terus dipelihara dan dijaga berbanding dengan UMNO yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.


Komen: Silakan lah wahai PAS. Siapa yang melarang? Sekali lagi kita nak ingatkan awak yang memerintah. Tunjukkanlah tindakan  kalau awak betul boleh dan pandai buat kerja. Jangan cakap aja besar, tapi kerja tak satu pun menjadi.


Tuan Ibrahim: Isu aqidah - UMNO marah pada PAS, kononya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.


Komen: Memang betul. Kalau PAS betul buat kerja, dah lama dah masalah ni selesai.


Tuan Ibrahim: Isu jual kerakyatan - UMNO bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan berbagai penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak padanya.


Komen: Pulak??? Siapa yang membisu??? Siapa yang buat penafian??? Siapa yang bawa bukti pada siapa??? 


Tuan Ibrahim: Itulah UMNO - dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi 'hero' Islam.


Komen:  C'mmon man ... that is strictly value judgement! Takde langsung disokong dengan bukti dan fakta yang kukuh. Ia hanya pendapat perseorangan yang tidak berasaskan kajian. Sebenarnya UMNO tak payah nak jadi 'hero' ... sebab UMNO dah memang 'hero'.  UMNO dah jadi 'hero selama 54 tahun. Kalau tak takkan Melayu gagah di Nusantara hingga sekarang - sampai orang lain nak bunuh dan hapuskan. Kalau tidak takkan PAS tunggu UMNO untuk dapatkan bantuan dan sokongan. Idea nak selesaikan isu murtad ni pun tunggu UMNO jugak! Dah tu camno???

UMNO bukanlah musuh utama PAS. Ada MUSUH yang lebih hampir lagi ... cuma PAS aje yang tak nak mengaku!
Tengok betul-betul..bukan UMNO yang tendang PAS

Kalau UMNO buat komen tentang isu murtad, itu adalah kerana sebagai orang Melayu dan Islam, UMNO juga berhak bersuara tentang perkara yang menyentuh bangsa dan aqidah mereka - seperti jugak PAS dulu sewaktu UMNO memerintah di Selangor.

Tapi sekarang giliran PAS pulak mentadbir - jadi sekarang giliran PAS pulaklah mendengar rungutan UMNO.

UMNO Selangor tak payahlah tunggu sampai 3 hari untuk nak bawak perkara ni ke Mahkamah. SAMAN SEKARANG!

Saman atas nama PAS atau atas nama perseorangan  Mustafa Ali. Kali ni UMNO jangan lagi bertolak ansur. Kalau PAS ada bukti, bawak! Kita jumpa di Mahkamah! Kalau UMNO tak saman, PAS sekali lagi akan terlepas dengan membuat tuduhan yang tak berasas. Lepas tu mana yang mendengar dan tak fikir panjang terus percaya.


Nampaknya PAS memang tak boleh memerintah. Begitu jugak PKR yang senyap sekarang tak berbunyi, macam batu jatuh ke lubuk. Khalid Ibrahim daripada gagap terus bisu ... sampai lepas Raya, katanya!


Jadi PAS kena berhenti cakap dolak-dalik dan berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakupayaan mereka. PAS yang memerintah Selangor dengan geng-geng PAKATAN HARAM yang kena cari penyelesaian kepada isu murtad ni. BUKAN UMNO! Itu tanggungjawab atas bahu PAS bila mereka berebut untuk berkuasa di Selangor!


Namun kalau UMNO jugaklah yang dipandang oleh PAS untuk menyelesaikan masalah, maka eloklah PAS serah aje semula kuasa tu pada UMNO pada PRU 13 ini!


HIDUP UMNO! 
HIDUP BARISAN NASIONAL!      

Saturday 13 August 2011

LONDON UNREST PUTS BERSIH TO REST!

Sigmund Freud, of behavioral psychology fame explains that people who are in a crowd act differently towards people - from those who are thinking individually. The minds of the group would merge to form a way of thinking. Each member's enthusiasm would be increased as a result, and one becomes less aware of the true nature of one's actions...such is the nature of how the 'crowd behavior' theory operates.
Tottenham dijadikan bara api oleh warganya sendiri...
Citizens turned looters
Dalam bahasa mudah, pakar psikologi Sigmund Freud menerangkan bahawa sikap atau perangai yang ditunjukkan oleh seseorang sewaktu ia berada di dalam khalayak amat berbeza dari sikap atau perangainya sewaktu dia berseorangan. Dalam kumpulan, perangai dan tidak tanduk seorang individu akan mengikut atau mengambil bentuk mereka yang di sekelilingnya. Itu hakikat yang baik kalau kita memerlukan sokongan dan kerjasama. Tapi ia sesuatu yang bahaya dan boleh membawa kepada tragedi bila emosi kumpulan berada di luar kawalan. 
Psikologi berkumpulan atau herd behavior ini menerangkan bagaimana individu-individu dalam kumpulan tiba-tiba saja boleh bertindak bersama tanpa arahtuju yang dirancang dari awal. "Herd" adalah istilah yang digunapakai untuk haiwan-haiwan yang bergerak ramai secara menderu berkumpulan seperti lembu, kerbau, ikan, kuda - dan termasuk manusia seperti yang kita lihat mencontohi perlakuan mereka semasa:
  • pasaran saham melonjak atau merudum
  • demonstrasi jalanan
  • perlawanan bola
  • perhimpunan agama berbentuk ritual pemujaan
  • peristiwa rusuhan
  • proses membuat keputusan
  • proses mencapai kata sepakat
London pada hari ke-3 rusuhan
Hakikatnya emosi tak boleh kita kawal atau kurangkan kadar pergerakannya semudah kita mengecilkan bunyi radio atau menutup paip air bagi menghalangnya dari menghambur keluar. Apabila emosi sudah meledak,  personaliti individu akan dikuasai atau diambil alih oleh personaliti khalayak tanpa disedari oleh individu tersebut. Pada ketika itu, emosi dan perasaan yang berganda ibarat gunung berapi yang memuntahkan laharnya memusnahkan segala yang melintasi tanpa memilih kawan atau lawan. Itulah yang berlaku di London beberapa hari lalu.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar
Itulah juga yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, "mimpi ngeri" yang telah berjaya dihalang menjadi realiti di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu tatkala puak Bersih 2.0. menganjurkan perarakan haramnya. Setelah menyaksikan apa yang berlaku di London, rakyat jelata umumnya bersyukur bahawa dengan kecekapan pihak Polis Di Raja Malaysia, Bersih 2.0 hanya berlangsung selama 4 jam berbanding London riots yang berterusan lebih 4 hari.
Nurul anak Papa
Namun seperti yang kita dapat jangka, pihak penganjur Bersih serta  juak-juaknya tentu sekali punya pendapat yang berlawanan sama sekali. Seperti biasa, Nurul anak Papa yang sentiasa menyokong membabi buta selain BUTA kepada hakikat kebenaran kata-kata TKP Datuk Seri Khalid yang menurutnya tak boleh diterima - dan dengan nada biadap konon "meminta TKP berkenaan menyemak faktanya dulu sebelum membuka mulutnya". 
Untuk makluman Nurul Izzah di kalangan kita ramai yang juga tak boleh terima mulutnya yang kurang ajar tu dan kita juga nak suruh Nurul semak fakta dia dulu sebelum buat kenyataan. Maklumlah awak tu masih berhingus lagi, banyak lagi yang perlu di pelajari sebelum layak digelar pemimpin. Kita pun faham role model macam Papa nya bukanlah sesuatu yang boleh membantu prestasi kerjaya Nurul sebagai wakil rakyat. 
Ikut macam Papa...
Malah Pakatan Haram yang mereka anggotai anak beranak memang menggalakkan 'keceluparan' serta budaya jalanan (street culture) yang kini menjadi ikutan anak-anak muda.    
Ini trend baru didikan ala Bersih yang dimainkan pada website, portal, blog, facebook, twitter dsb bagi memanipulasi pemikiran dan tindak tanduk anak-anak muda yang minat perlakuan 'rebel without a cause'! 
Taktik 'manipulasi' minda anak muda digunakan di sini apabila gambaran-gambaran berikut ditayangkan untuk merangsang darah muda yang memang gemar menentang dan melakukan sesuatu yang anti-kebiasaan. Lihat dulu visuals di bawah yang boleh diperolehi di portal Jom Tawan Malaysia-Agenda Rakyat (tentunya portal pembangkang) yang sedang aktif mempromosi BERSIH 3.0 PULAK! Cuba lihat dan fahamkan BAGAIMANA sesuatu seperti ini dijadikan psy war untuk merasuk kepala anak muda kita!

Pada kepala orang muda yang kurang disiplin dan didikan moral atau agama, perlakuan rakan sebayanya (di sebelah ini) memang mengujakan. And the use of that four-letter word makes the whole act bad and yet cool at the same time - get what I mean!

Lihat visual seterusnya!


Lihat sendiri apa yang pembangkang lakukan terhadap minda anak-anak muda. Budaya jalanan diagungkan dan disanjung sebagai satu tindakan wira!

Kementerian Belia dan Sukan - apa perancangan mengatasi gejala ini?
Dan seterusnya...

Jadi kalau ini "diet of hate" yang disuap kepada generasi muda kita setiap waktu dan saat, apa nak hairan bahasa tak beradat yang keluar dari mulut Nurul Izzah, atau mulut Siti Aisyah, Ketua Srikandi PKR, atau mulut Marina, anak Tun Mahathir sendiri...kerana itulah yang mereka telan hari-hari!

BERSUARA ADALAH HAK ASASI!
TAPI KALAU BERSUARA DENGAN BIADAP, SIAP DENGAN MENCARUT ... HAA.. ITU BARU TINDAKAN PEJUANG HAK ASASI YANG TERPUJI!
AND THE FACT THAT TV PROGRAMMES GLORIFYING GANGSTERISM AND THE UNDERWORLD ARE SHOWN DAILY ON OUR NETWORK TELEVISION DOESN'T HELP EITHER!!!
ADAKAH PIHAK MEDIA DAN KEMENTERIAN PENERANGAN KITA AKAN LAKUKAN SESUATU UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN INI?
Anak muda dan belia London sendiri memusnahkan negaranya
JANGAN TUNGGU HINGGA ANAK-ANAK MUDA KITA JADI SEPERTI MEREKA YANG DI LONDON BARU-BARU INI, BARU KITA NAK BUAT SESUATU! 
JANGAN LAMBAT BERTINDAK!
TOO LONG TOO LATE!!!


APA PULA STATUS ISU 'MURTAD' DAN JABATAN AGAMA ISLAM? TAKKAN KENA TEKEH SEKALI, TERUS LARI? MANA KETAHANAN DIRI SEBAGAI PENYEBAR SYIAR ISLAM? ISLAM MASIH LAGI AGAMA RASMI NEGARA NI! 
TAKKAN PI BIAR YB ZUL NORDIN BUAT KERJA HANGPA? YB ZUL SAJA YANG NAMPAKNYA BERANI TAMPIL SELAKU WAKIL RAKYAT MELAYU ISLAM SELAIN HASAN ALI UNTUK BERSUARA SECARA BERPRINSIP TENTANG 'MURTAD'.
MANA WAKIL RAKYAT MELAYU ISLAM LAIN DARI UMNO, PKR DAN PAS?
INI SOAL AGAMA, BEB!!!
AWAT SENYAP SEMUA?
MANA PENGERUSI DAN AJK BIRO-BIRO AGAMA PARTI EMPAT PERINGKAT? 
MANA MENTERI AGAMA JAMIL KHIR?
APA CADANGAN UNTUK ATASI MASALAH NI?
TAKKAN NAK TUNGGU SAMPAI ADA AHLI KELUARGA SENDIRI YANG MURTAD, BARU NAK BUAT SESUATU?
Bayangan awal Bersih 3.0 ???
Nurul Izzah membuat kenyataan bidas Timbalan Ketua Polis Negara kerana takut pengikut dan penyokong mereka tak jadi keluar untuk Bersih 3.0. yang sedang dalam perancangan.
Raja Ahmad
Lepas Nurul, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Piss pulak buat statement bodoh.  Patutnya Nurul suruh Al-Piss wal Bengap ni yang semak fakta dia dulu sebelum dia bukak mulut. Ooo...polis Britain tak guna kekerasan iya?? HABIS YANG DI BAWAH NI APA? BUKAN KEKERASAN KE???










BUKANNYA RANCANGAN MARI BERDANSA NI!!!
ORANG BAGI STATEMENT, AWAK PUN NAK BAGI STATEMENT... AKHIRNYA... NAMPAK AWAK YANG BODOH !!!


Ashraf Haziq
Puak-puak Pakatan ni memang TAK CERDIK. Diorang tak tengok ke apa jadi pada pelajar Malaysia Ashraf Haziq yang hanya nak pergi berbuka puasa dan tak langsung kena mengena dengan rusuhan di kota London? Tak pasal-pasal kena belasah dan kena rompak oleh 'budak-budak sekolah'! Itulah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Khalid tu wahai Nurul dan Al-Piss yang dungu. PATUT bersyukur kita pada Tuhan sebab semasa Bersih 2.0 tak ada pihak yang tak bersalah terkena tempias macam Ashraf kena di London! KALAU ADA PUN yang terkorban ... ITU NAHAS YANG DICARI SENDIRI! DAH TAU AWAK SAKIT LELAH, JANGANLAH PERGI DEMO!


Going to the demonstration when you know full well you have an ailment, is AN ASSUMPTION OF THE RISK! You have nobody to blame but yourself.
16,000 orang polis bertugas menangani rusuhan di London 














16,000 riot police were deployed to contain the London riots but this action came too late. The damage has been done!
Pertembungan antara polis dan perusuh
















Dah buta agaknya mata si Al-piss dan Nurul ni tak nampak apa yang berlaku. Nak menafikan jugak hakikat bahawa kalau lambat diambil tindakan oleh pihak polis kita, Bersih 2.0 juga pasti menjadi seperti rusuhan di London!  


David Cameron, Perdana Menteri Britain berkata beliau telah mengarahkan pihak polis Britain untuk menyiasat satu persatu  pesalah mengikut gambar yang dirakam. Lebih menarik lagi katanya beliau tak akan membenarkan 'dongeng hak asasi' di jadikan alasan yang diguna untuk menghalang mereka yang bersalah dari menerima hukuman yang setimpalnya!!!


BARU MEREKA TAU IYA!  


BARU BEBERAPA MINGGU SAJA DULU MEREKA KECAM MALAYSIA - KONON PEMERINTAH KITA ZALIM MENYEKAT KEBEBASAN HAK ASASI UNTUK BERSUARA DENGAN MENGHALANG BERSIH DARI DIBAWA KE JALANAN.
Saki baki London pasca rusuhan
HARI INI BILA NEGARA SENDIRI JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR, AKIBAT BAGI MUKA SANGAT PADA AMALAN HAK ASASI, BARU MEREKA SEDAR KESILAPAN MEREKA TAK BERTINDAK SEBAGAI PEMERINTAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN WARGANEGARA MEREKA! 


Baru sekarang Theresa May, Home Secretary Britain berkata apa saja yang diperlukan oleh pihak polis akan diberikan oleh Kerajaan...apa juga taktik yang pihak polis rasa mereka perlu laksanakan, kerajaan Britain akan memberi sokongan perundangan (legal backing) sepenuhnya! 


KESIMPULANNYA...


1. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Najib telah melakukan tindakan yang wajar dan penuh tanggungjawab apabila dia memberi kebenaran Bersih 2.0 dianjurkan hanya di dalam stadium. 
We make no apologies for what we did . We did better than London. The fact of the matter is time and time again it has been proven that what supposedly started out as a peaceful demonstration can at any time become an uncontrolled mob. Seperti yang diketahui umum, puak-puak Bersih yang melanggar syarat-syarat mereka mengadakan perhimpunan dengan sengaja tidak mematuhi larangan pihak berkuasa, keluar ke jalanraya dan membahayakan nyawa dan keselamatan rakyat biasa. 


2. Pihak berkuasa keselamatan kita khususnya PDRM juga telah bertindak dengan profesyenal dan penuh tanggungjawab mempastikan keselamatan, kebajikan dan nyawa 27 juta rakyat biasa lain (yang tak terlibat dalam Bersih) terpelihara dari sebarang bahaya dan ancaman.
Lihatlah berapa ramai nyawa terkorban di London, berapa banyak harta benda yang musnah, berapa ribu keluarga yang hilang tempat tinggal dan berapa juta kerugian yang ditanggung hanya untuk memuaskan hati beberapa penunjuk perasaan jalanan. 
3. Rakaman-rakaman dan rekod peristiwa yang dibuat pihak berkuasa keselamatan adalah tindakan yang bijak kerana secara sah dan rasmi kita ada bukti siapa penganjur yang menjadi dalang sekiranya apa yang dijanjikan sebagai "peaceful assembly" tiba-tiba berubah menjadi "uncontrolled riot".
Bersih yang KOTOR
Pastikan Bersih 3.0 tidak berlaku walau apa pun alasan (termasuklah amalan bebas hak asasi) yang diberikan kerana menyesal kemudian tiada gunanya. Apabila negara sudah hancur, hanya diri kita sendiri saja yang boleh di persalahkan kerana tidak membuat keputusan yang waras dan bijaksana!


4. Tidak ada perbezaan antara 3rd World Demonstration dan 1st World Demonstration. Malah dari bukti yang kita lihat di kaca TV dan di Internet, 1st World Demo lebih 'destructive' dan takde apa yang baik untuk dicontohi. 


So I hope you're watching London, Marina, ... you and that so-called respectable human rights lawyer friend of yours, whatever her name is. Thank your lucky stars, Bersih 2.0 did not become  that way or the blood of the Malaysian people would have been on all your hands!


5. THE LONDON UNREST SHOULD BE A VALUABLE LESSON TO ALL OF US AND PUT BERSIH TO REST ... FOR GOOD!





Tuesday 9 August 2011

GELOMBANG MURTAD ... PENGHAPUSAN ETNIK YANG MUTAKHIR!

HOW FAR WILL PAS GO???

Dr Burhanuddin Helmi
PAS sudah tak macam dulu. Pada mula PAS (ڤرتي اسلام س-مليسيا) muncul di persada politik negara, ia ditubuh untuk menghapus penjajah Barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam. Diterajui oleh ulamak, mubaligh dan aktivis agama serta pejuang aqidah yang berjiwa Melayu seperti Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan, Dr Burhanudin al-Helmi dan Tan Sri Mohd Asri Hj Muda, PAS mengundang rasa hormat dan segan khusus di kalangan masayarakat Melayu Islam di Malaysia (Malaya sebelumnya) - walau pun ada pihak-pihak pada ketika itu (dan juga sekarang) yang merasakan bahawa kurang sesuai bagi agama - sesuatu yang suci dijadikan  'branding' sebuah parti politik.  Namun oleh kerana majoriti rakyat adalah Melayu yang beragama Islam  dan perjuangan kelompok ini pada ketika itu berteras kepada kekuatan ummah yang seagama, PAS tampil ke depan sebaris dengan UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan!
Tapi itu dulu! PAS dulu lain, PAS sekarang lain!  

Seperti SEMANGAT 46 dan PKR, PAS jugak lahir dari UMNO. 
PAKATAN SYAITAN 3 Jebon
Namun pada hari ini dek kerana dendam kesumat, mereka tidak teragak-agak nak menghapuskan UMNO sehingga sanggup membuat perjanjian syaitan bersama DAP dengan Anwar Ibrahim (PKR) raja Iblis yang munafiq. 
Tan Sri Asri Hj Muda
Tan Sri Asri Hj Muda semasa hayatnya pernah dipetik berkata.."Ramai orang menang bila diuji dengan kesusahan...tapi tak ramai yang menang bila diuji dengan kesenangan...". Aneh, kata-kata beliau yang diucapkan beberapa dekad yang lalu tiba-tiba jadi begitu bermakna dan relevan dalam konteks peristiwa terbaru di Selangor di mana orang Islam terdorong menerima undangan gereja sebagai balasan pada pertolongan diterima. Peristiwa yang dimaksudkan tentulah Makan Malam Thanksgiving yang di adakan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya  sebagai TOPENG pihak gereja kepada apa yang sebenarnya satu program orientasi agama dianjurkan terhadap sebilangan tetamu Islam yang diundang.

Demikianlah bila pemberian dan kesenangan yang diterima melemahkan kekuatan dalaman seseorang dan menjadikannya tewas dan tidak berdaya melawan desakan pihak yang memberi. MACAM RASUAH LAH JUGAK!!! Taktik yang digunakan dalam strategi berdakwah cara begini amat berkesan kerana budaya terhutang budi ini adalah satu nilai universal yang diketahui umum dan para pendakwah missionary sudah berkurun mengeksploitasi rasa terhutang budi di kalangan kumpulan-kumpulan yang mereka bantu atas dasar hak kemanusiaan!

Hangat perbincangan yang timbul dari peristiwa ini. Ramai yang menuding jari - PKR tunjuk UMNO, UMNO tunjuk PAS, sibuk seperti biasa salah menyalah antara satu sama lain. Tiada siapa yang nak mengaku mereka sama-sama menyumbang terhadap kejadian yang mengejutkan umat Islam negara ini (baik parti mana pun mereka sokong). Dalam kekecohan ini, tak seorang pun terfikir untuk melihat ke arah kelompok satu lagi yang menjadi DALANG kepada perkara-perkara berkenaan, yang baling batu sembunyi tangan, yang cepat-cepat mengubah strategi kerana takut langkah mereka sudah di bau musuh!


IYA!!! DI SEBALIK SALAM PAKATAN, ISLAM ADALAH MUSUH MEREKA YANG TERBESAR!!! 

DARI ITU OBJEKTIF UTAMA GERAKAN KELOMPOK INI ADALAH UNTUK MEMESONGKAN AQIDAH PENGANUT-PENGANUT ISLAM KHUSUS YANG SUDAH MULA GOYANG AKIBAT PENDERITAAN HIDUP YANG  MEREKA TANGGUNG SERTA KEYAKINAN YANG SEMAKIN PUDAR TERHADAP INSTITUSI KEBAJIKAN YANG SEHARUSNYA MENOLONG MEREKA! 


The UN Commission on Human Rights  considers the recanting of a person's religion a human right legally protected by the International Covenant on Civil and Political Rights!


Tapi siapakah yang di sebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sebenarnya memainkan peranan???


SEKALI LAGI LAGU "HAK ASASI" JADI NYANYIAN YANG DIDENDANG BAGI MENYEMBUNYIKAN NIAT KELOMPOK INI YANG SEBENAR!

Mana-mana agama menganggap 'murtad' adalah satu dosa. Ugama Islam terutama sekali tidak mengizinkan umatnya terjebak dalam MURTAD kerana dosa turut ditanggung oleh mereka SEMUA dan bukan setakat mereka yang melakukan. 


CHRISTIAN CHURCHES EX-COMMUNICATES APOSTATES!
BUT ARE WE LOOKING AT THE BIGGER PICTURE???


Tan Sri Harussani Zakaria
SEBELUM INI, MUFTI PERAK, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA, (DALAM BLOG TUKAR TIUB) DILAPORKAN MEMBUAT PENDEDAHAN TENTANG KENYATAAN PERSATUAN PADRI MALAYSIA YANG MENDAKWA LEBIH 230,000 UMAT ISLAM MASUK KRISTIAN PADA TAHUN 2008 TAPI TIADA PIHAK BERKUASA ISLAM YANG MENYIASAT ... MALAH KATA-KATA BELIAU 'DIDUSTAKAN'! DIMANA LETAKNYA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKUASA ISLAM KITA YANG TIDAK BERTINDAK SEWAJARNYA??? 


PENGUATKUASAAN KITA BEGITU LEMAH! 


WHAT GOOD IS LAW IF IT IS UNENFORCEABLE?


PERNAHKAH KITA BERTANYA APAKAH SEBENARNYA TUJUAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DI 'MURTAD' KAN???


Adakah setakat memenuhi KPI bilangan sasaran kepala yang berjaya di Kristian kan? Atau adakah AGENDA LAIN YANG LEBIH BESAR?
Jawapan kepada soalan ini sepatutnya jelas dapat kita lihat kalau kita menggunakan akal fikiran yang rasional dianugerah Allah swt.
KITALAH PEWARIS YANG HAK KEPADA TANAH BESAR BERNAMA MALAYSIA INI. Namun hari demi hari hak kita sebagai orang Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk di Tanah Melayu ini hakikatnya semakin jelas terhakis!


Lim Guan Eng (DAP) menerima nasihat PAP
Dengan peminggiran orang-orang Melayu di Pulau Pinang hasil dasar perumahan dan penempatan DAP melalui Lim Guan Eng yang menganaktirikan mereka ... dan penyerahan tanah secara besar-besaran di Perak untuk jangkamasa yang tiada terhad (999 tahun) tindakan penghapusan etnik Melayu secara sistematik telah pun berlaku.

Nizar  (PAS) menerima nasihat dari  DAP
Ethnic cleansing is defined as the forced deportation or population transfer by deliberately inflicting on the displaced groups, conditions of life calculated to bring about its destruction in whole or in part!


IT IS THE ELIMINATION OF AN UNWANTED GROUP FROM A SOCIETY AS BY GENOCIDE OR FORCED MIGRATION!


GENOCIDE is the deliberate and systematic destruction of a racial, political or cultural group!
Di Malaysia oleh kerana hak-hak orang Melayu Islam sebagai anak watan pribumi diperuntukkan oleh Perlembagaan, maka menghapuskan etnik Melayu bukan sesuatu yang mudah  malah ia memerlukan strategi yang lebih halus. 


Siapa menyepit dan siapa yang disepit?
Di Selangor, ia dilakukan cara bersahaja dan santai melalui acara-acara rakyat, majlis-majlis keramaian termasuk Majlis Thanksgiving di Gereja Methodist yang menjadi kontroversi.


PERNAH KAH MELAYU PKR DAN MELAYU PAS TERFIKIR APA NASIB MELAYU ISLAM DI MALAYSIA KALAU DAP MENGAMBIL ALIH KUASA SEPENUHNYA??? 


DD...ddd....diamlah!!!


MB KHALID IBRAHIM SIAP KELUAR 'GAG ORDER' ... itu tak menafi hak asasi untuk bersuara ke?


Sejauh manakah mereka akan melacurkan BANGSA dan AGAMA demi mengekalkan KUASA dan KEKAYAAN???


Khalid Gereja???
ADAKAH MEREKA PEDULI???
Semuanya takut pada DAP.
 Datuk Hasan Ali




SIAPA  dan BERAPA ahli PAS mempertahankan Hasan Ali?
Hj Hadi Awang








HADI AWANG sendiri  boleh kata isu murtad adalah perkara kecil! PAS NI DAH GILA KE??


Sedarlah, apabila lebih ramai yang dimurtadkan, maka secara automatik bilangan MELAYU ISLAM di negara ini akan menjadi MINORITI. Secara automatik juga mereka akan hilang HAK BERSUARA dan BARGAINING POWER atau KUASA PERUNDINGAN yang bakal dimonopoli oleh DAP KRISTIAN yang menjadi MAJORITI!


MULA-MULA MEREKA PERTIKAI BAHASA DAN KERAKYATAN, KEMUDIAN MEREKA RAMPAS TANAH DAN KAWASAN,  ... KESUDAHANNYA?


Beginikah masa depan Melayu Islam?














KITA BELUM SAMPAI KE PENGHUJUNG CERITA.


GELOMBANG MURTAD ADALAH AGENDA PENGHAPUSAN ETNIK MELAYU ISLAM YANG MUTAKHIR!


APOSTASY IS THE FINAL ACT OF ETHNIC CLEANSING UPON US, THE MALAY MUSLIMS! WE ARE DOOMED UNLESS WE DO SOMETHING!!!


BANGKIT DAN LAKUKAN SESUATU WAHAI MELAYU ISLAM!


INI KESEMPATAN TERAKHIR!!