Wednesday 12 October 2011

ASAL USUL MALAYA: Buta Sejarah atau Tak Terima Hakikat

 Diterjemahkan ...
"Mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti akan mengulanginya"... 

Kata-kata George Santayana (seorang ahli falsafah keturunan Sepanyol yang lahir di Madrid pada hujung abad ke-19 dan beroleh pendidikan di Harvard, Amerika Syarikat) yang  masyhur ini menghukum sesiapa saja yang sewenang-wenangnya hilang ingatan apabila selera politik mendorong mereka mengubah fakta sejarah semata-mata bagi membolehkan matlamat menghalalkan cara.

Sejarah antara sumber bagi kajian sains politik. Kenapa? Kerana Sejarah bukan ramalan. Ia adalah "catatan peristiwa yang telah berlaku" dan justeru merupakan "rekod yang konsisten, tetap dan tidak berubah" untuk ahli politik dan pengkajinya membuat perbandingan atau rujukan. Kalau Malaysia merdeka pada tahun 1957 ... maka Sejarah merakamkan bahawa pada tahun 1957 lah, Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman telah berteriak "Merdeka" di Stadium Merdeka. Dokumen, gambar dan lain-lain bukti yang menyokong peristiwa sejarah itu menyebabkan ia menjadi kenyataan yang tak dapat di nafikan.

Mat Sabu - "MAHARAJA LAWAK" pembangkang 
Menukar fakta sejarah untuk memuaskan ego pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat mereka untuk mengelirukan kefahaman ramai sebenarnya tak akan  mengubah hakikat sejarah itu. Kerana itu bila Mat Sabu mengagung-agungkan Komunis seperti Mat Indera sebagai wira sebenar dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong - ia hanya membuktikan bahawa Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terlalu cetek pengetahuan tentang Sejarah negara sendiri...... dan selain dari ia menunjukkan bahawa Mat Sabu hanya bertujuan menidakkan keperwiraan pihak polis dan memperkecilkan pengorbanan nyawa mereka mempertahankan negara ini ... ia juga membuktikan bahawa Mat Sabu bermasalah menerima hakikat bahawa Komunis sudah tidak lagi punya tempat dalam dunia politik sekarang. Kalau dalam istilah psychology Barat, Mat Sabu yang cakap merepek ni dalam keadaan in denial... atau dalam cakap biasa - tak boleh terima hakikat!  Motifnya politik. Mat Sabu tak peduli samada kenyataan yang dibuat merupakan fakta sebenar atau hanya mimpi siang yang direka sendiri!

Yang menyokong cakap Mat Sabu juga hanya pembangkang yang  sama-sama buta sejarah seperti dia dan yang ambil kesempatan cuba main silap mata dengan memutarbelit tindakan, cakap serta watak dalam sejarah itu sendiri. Itu semua kumpulan yang tak boleh terima kenyataan sejarah.
Prof Dato Dr Ramlah Adam
Bila fakta sejarah yang sebenar dibentangkan pada mereka, maka jadilah seperti kejadian yang berlaku pada Forum anjuran Sinar Harian tempoh hari di mana ceramah penerangan YBrs. Prof. Dato Dr. Ramlah Adam, seorang ilmuwan dan pakar sejarah di "boo" oleh para penyokong pembangkang yang berada di kalangan hadirin. Tindakan yang liar, tidak profesyenal dan tidak bertamadun ini bukti jelas bukan sahaja bahawa mereka tak dapat menerima hakikat sejarah yang sebenar tapi juga menunjukkan bahawa mereka tak punya hujjah yang boleh disokong dengan data serta dokumen yang ilmiah. Pembangkang hanya mampu melontar cakap kotor dan membuat bising supaya hadirin lain tidak dapat mengikuti ucapan Prof Dato Dr Ramlah.  Orang lain yang hadir di acara itu dapat menyaksikan sendiri betapa pembangkang yang sebenarnya takut berdepan dengan fakta sejarah.

Lagi pun Prof Dato Dr Ramlah bukan orang politik. Beliau bukan langsung calun yang bertanding untuk UMNO atau BN. Beliau ahli akademik yang tersohor di dalam bidang sejarah negara. Kenapa pembangkang takut sangat cakapnya di dengar umum?Apa jadi dengan kesediaan nak menyelesaikan kesalahfahaman sejarah ini secara berdebat dan berbincang? Kata pembangkang ramai yang bijak pandai dan terpelajar, masuklah gelanggang secara profesyenal. Kenapa "boo"?  

HAKIKATNYA MALAYSIA LAHIR DARI KEBIJAKSANAAN RUNDINGAN DAN PERJUANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU TERDAHULU
Malaysia lahir hasil kebijaksanaan rundingan dan perjuangan pemimpin Melayu


















Hakikat ini terbukti dari catatan sejarah. Kita menuntut kemerdekaan kerana  kita dijajah oleh British. Kalau kita tidak bebas membuat urustadbir negara sendiri dan terpaksa sentiasa merujuk (refer) kepada British Resident yang menjadi Penasihat - maknanya kita tidak bebas bertindak sebagai pemerintah. Bila kita tidak bebas bertindak sebagai Tuan di negara kita sendiri, maknanya kita tidak merdeka dari belenggu penjajah. Itulah lojiknya!

Itulah sebabnya YTM Tunku Abdul Rahman,  mengepalai utusan ke London UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA!

Selepas beroleh kemerdekaan barulah muka-muka Resident British lenyap dari carta organisasi pentadbiran negara dan negeri. 
ITU HAKIKAT! BUKAN PENDAPAT! 
OPINION IS NOT FACT!

Hakikat itulah menjadi intipati kepada kenyataan jelas yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia untuk menjawap segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang tentang sejarah negara ini. Baru-baru ini perkara ini telah dibangkitkan oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) dalam soal jawab Parlimen.

KONTEKS suatu ciri penting dalam kajian Sejarah. 'Konteks' bermakna persekitaran yang menjadi prasyarat kepada sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Zaman di masa komunisme hidup dan berleluasa sudah lama berlalu. Menyebut tentang komunisme di zaman Internet ini sama seperti menonton wayang tentang dinosaur di zaman Jurassic. Ia hanya khayalan sesuatu yang ujud pada satu masa dulu yang kini sudah kabur, cair dan hanya boleh ditonton di pangung wayang atau di muzium. Komunisme lahir dalam keadaan jurang ekonomi rakyat terlalu besar - yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Ia boleh ujud di tempat-tempat kelahirannya seperti Tanah Besar China, Indonesia, negara-negara Eropah Timur (East Germany, Poland dll) dan Soviet Union yang kini dikenali sebagai Russia. Tetapi di negara seperti Malaysia di mana taburan ekonomi dan taraf hidup rayat amat seimbang, komunisme tidak akan boleh bernyawa!

Chin Peng
Bila Free Malaysia Today  menganjurkan supaya Chin Peng dikembalikan ke dalam rekod sejarah negara kita sebagai freedom fighter ramai rakyat yang marah - terutama sekali generasi kedua pada mereka yang hidup di zamannya dan berpeluang menyaksikan Chin Peng in action.  
How do you rationalise to the families who lost their loved ones at the hands of the Communist like Chin Peng and his band of Bintang Tiga terrorists? Whose freedom was Chin Peng fighting for that these innocent lives were sacrificed? What good did Malaysians gain from the horrors of Communism? That part of history is still remembered by the rakyat ... don't take the people for fools!!


Kalau Malaysian Insider menyanjung dan mengakui Chin Peng sebagai pahlawan (warrior) mereka, bagaimana pula dengan Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela dan lain-lain penentang British? Siapa Chin Peng di kalangan nama-nama yang hebat ini? Kita tak dengar wira-wira yang menentang British ini mengganas dan membunuh rakyat sendiri. Bunuh askar British dan Gurkha yang jadi tentera mereka adalah. Tapi Chin Peng mengganas dan membunuh bukan sahaja Melayu, tetapi jugak China dan India! Warrior apa namanya tu?
Tiba-tiba pulak hari ni saki baki puak Chin Peng yang di Malaysia ni nak mengarak dia balik sebagai hero... Apa hal ni? Langkah mayat kita dulu, jangan ingat kita takut!

Tapi sekarang, semua orang nampaknya nak mencipta sejarah baru. Semua fakta sejarah nak dijadikan free for all untuk diubah dan ditukar. Sejarah Amerika Syarikat dah masuk berapa centennial tak ada pulak orang berani (yang tak ada asas sejarah pulak tu) nak meminda peristiwa dan chronology nya. Apa ke jadah kita nak biarkan orang buat begini pada sejarah negara kita? Nampaknya pembangkang ni dah semakin bankrap idea untuk nak menang. Cipta sejarah baru untuk kelirukan rakyat. Bajet negara di kata bajet Santa Claus. ISA dihapuskan kononnya mereka yang punya kerja. Bila bagi negeri untuk perintah, hancur. Tengok aja Selangor dan Kedah, tiga tahun tak jadi apa! Khazanah negeri makin kosong, masalah makin bertambah. MB Kedah sampai masuk IJN tak boleh handle masalah negeri. MB Selangor nak kena ganti MB baru. Kelam kabut Malaysia dibuatnya!

Rakyat sebenarnya semakin cerdik dan boleh buat perbandingan. Mereka dah fed up dengan gelagat pembangkang yang semakin hari semakin menunjukkan mereka tidak boleh memimpin negara ini. Kerja tak lain, cari isu, bangkang dan buat cerita rekaan. Mungkin kerjaya yang lebih sesuai bagi puak pembangkang ini ialah jadi movie star di Hollywood sebab pandai berlakun. Mereka bukan politician dalam ertikata sebenarnya...dan jadi pemimpin jauh sekali. Perubahan-perubahan baru yang banyak dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional sudah membuat mereka kecut perut. Jadi pembangkang ni tunggu masa ajalah untuk dibungkus sebagai bahan sejarah di PRU 13 nanti!