Thursday 24 March 2011

THE 3 STOOGES - Kisah 3 Bahalol !!!

Apa sebenarnya motif 3 bahalol ni buat pendedahan yang hanya kacau daun dan tambah memburukkan lagi nama dan imej UMNO??? Ini bukan nak menolong Dato' Najib memperbaiki imej UMNO yang dah hancur dirosakkan oleh rejim Pak Lah - tetapi menambahkan lagi pekung dan kudis yang dah merebak. Kalau tak boleh menolong, duduklah diam-diam. Janganlah buka mulut kalau tak gunakan otak. Dahlah Dato Trio yang diketuai oleh Rahim Tamby Chik(RTC) tu rekodnya di kotorkan dengan kes perlakuan seks dengan budak bawah umur (statutory rape), tambah pulak jadi kepala alam yang memalukan parti.



Cuba tanya si RTC ni nak menolong UMNO ke atau nak menjahanmkan UMNO ??? Kita ni kan nak menghadap PILIHanraya tak lama lagi. Jagalah sikit kelakuan dan mulut...jangan gah dan sombong. Penyudahnya di benci dek orang. 3 Bahalol ni nak UMNO menang ke kalah? Apa bodoh sangat? SEBAB KELAKUAN MACAM NILAH YANG MEMBUATKAN ORANG SEMUA MENYAMPAH SEMENYAMPAH MENYAMPAH NYE PADA UMNO??? Kalau tindak tanduk 3 Stooges ini jadi backfired kepada UMNO, maka Dato Najib kena buat 'house cleaning' - supaya ulat-ulat gonggok dan cencorot ini dibuang sebelum rumah UMNO jadi busuk lantung.

Mula2 buat suspense kononnya ada berita panas Dato T yang nak mengeluarkan video seks pemimpin tertinggi PKR. Tiba-tiba yang keluar muka 3 Stooges UMNO mengaku dialah dalang di sebalik pendedahan yang dijangka boleh menjebak pembangkang. Oiii...pakailah kepala otak tu sikit. Dato Najib tu tengah bersusah payah membawa agenda transformasi supaya rakyat pulih hubungan dengan UMNO. Adakah tindakan 3 bahalol ini dalam pengetahuan Majlis Tertinggi? Nampaknya 3 Stooges ni nak menggagalkan usaha Dato Najib untuk membina semula kredibiliti UMNO yang telah dimusnahkan oleh muka-muka korup yang tidak bertanggung jawab dulu tu. Sebab 3 Kerbau balau yang otak lumpur, habis satu UMNO terpalit!!!

Ini kah yang kita mahu???

Apa jugak motif mereka, Dato Najib kena berani bertindak ke atas mana-mana personaliti UMNO yang menjadi liabiliti kepada parti supaya nama baik UMNO dapat dipelihara dan dipertahankan. Sebaliknya jika tindakan 3T ini ada kebenarannya dan mendatangkan kebaikan kepada UMNO, maka bolehlah kita kekalkan mereka di layar perak UMNO pada musim yang akan datang. Jika tidak pastikan supaya siaran 3 Stooges ini tiada ulangtayang di mana mana saluran sampai bila-bila. Sama-samalah kita tunggu kesudahan kisah 3 Bahalol.

JENG JENG JENNNNGGG.....

Sunday 13 March 2011

TAHNIAH KERDAU DAN MERLIMAU ??? BETUL KE BN MENANG ???



Ramai yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan berganda yang dicapai di Kerdau dan Merlimau dari kalangan ahli serta penyokong Barisan Nasional. Namun terdapat beberapa suara yang kurang ghairah menyambut kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Ahad 6 Mac 2011 yang lalu kerana mengkhuatiri bahawa itu hanya umpan untuk  pembangkang yang tahu mereka akan kalah. PAS menurut mereka memberi kemenangan selesa kepada Barisan Nasional supaya mereka dapat menyimpan peluru yang lebih kuat untuk dilancarkan pada PRU 13 nanti. Maka PAS membiarkan BN ibarat Luncai  terjun dengan labu-labunya - kerana calun mereka adalah calun recycle yang pernah kalah sebelum ini dan perlu dikeluarkan dari gelanggang.

Senyuman mereka disembunyikan apabila melihat para penyokong BN berpesta meraikan kemenangan di Pekan Temerloh selepas keputusan diumumkan. Ini baru First Round, kata mereka...bagi dia orang sedap dulu...nanti bila diorang mula tersengguk, kita belasah sampai tak bangun. Tujuannya adalah supaya mereka terus dapat habuan yang diturunkan oleh BN baik dalam bentuk jalan tar, bangunan baru,   geran tanah atau apa saja selagi boleh didapati sebagai janji pilihanraya. Malah mereka berpandangan pengundi Cina semuanya memang mencari kesempatan pilihnraya kecil seperti ini untuk menuntut dan mendapatkan sebanyak mungkin sekiranya sokongan dan undi mereka diperlukan.

Samada sangkaan ini betul atau tidak, BN tak boleh mengambil sambil lewa. Mereka perlu meningkatkan keupayaan jentera yang ada di samping menyediakan barisan calun yang punya kredibiliti dan boleh diterima oleh rakyat. Hakikatnya selera pengundi adalah kepada ciri-ciri kepimpinan yang menawan hati rakyat antaranya berwibawa, bersih, berkualiti dan berwawasan - berani, tegas, diminati ramai (likeable) dan tidak flip flop. Kemungkinan besar parti bukan lagi jadi jenama penentu kemenangan. Rakyat khususnya pengundi akan mengenalpasti siapa wira yang mampu memperjuangkan hak serta kepentingan mereka.

Walaupun parti-parti yang menaja calun bertanding merasakan bahawa mereka boleh mempengaruhi pengundi melalui  taktik dan helah yang terancang, tetapi mereka jangan memandang sepi kepada kebolehan pengundi yang sentiasa mengawasi dan menilai bagaimana calun-calun ini melaksanakan tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Soalan yang perlu dijawab oleh BN ialah adakah kemenangan mereka di Kerdau dan Merlimau menjamin kemenangan besar pada PRU 13 nanti.

Jawab...jangan tak jawab!